HALAMAN SANTAI

Jumaat, 24 Februari 2012

Khalid Samad :Hasan Ali Dibiayai Syabas, Puncak Niaga?

Post Pic

ANTARA POS.COM


SHAH ALAM: “Saya tidak menuduh tetapi cakap-cakap di kedai kopi ialah Datuk Dr Hasan Ali di biayai oleh Syabas atau Puncak Niaga, demikian disyorkan oleh Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor Khalid Samad.

Pada sidang media di sini, Khalid mendakwa Hasan membelanjakan lebih kira-kira RM30,000 hanya untuk melancarkan Jalur Tiga (JATI) di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) awal Selasa lalu.

“Sewa SACC … tak kurang daripada RM30 ribu..itu belum lagi termasuk perbelanjaan lain begitu juga dengan roadshow yang dilakukan (oleh Hasan),” kata beliau.

“Jadi timbul persoalan yang merupakan perbincangan di peringkat kedai kopi, siapa biayai Hassan Ali. ” kata Khalid.

“Jawapan yang diperolehi secara umum adalah orang yang membiayainya ialah orang yang akan mendapat keuntungan apabila BN memerintah Selangor. Antara nama-nama yang kerap disebut ialah Puncak Niaga atau Syabas yang sekiranya BN kembali memerintah Selangor,” kata Khalid

Bercakap pada sidang media di pejabatnya hari ini, Khalid melontarkan pandangan bahawa dua syarikat itu tidak bermasalah membiayai Hasan sehingga RM100 juta kerana mereka bakal mengaut lebih RM1bilion jika Selangor jatuh balik ke tangan Barisan Nasional.

Diminta mengulas tuduhan itu, Hasan berkata beliau akan menjawab sama ada menerusi kenyataan bertulis atau mengadakan sidang akhbar tidak lama lagi.

Pengurus Besar Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Syabas Abdul Halem Mat Som menyifatkan kenyataan Khalid itu sebagai mainan politik semata-mata, sekali gus menafikan syarikat itu membiayai Hasan dalam apa bentuk sekali pun.

" Ini tidak ada kena-mengena. Mengarut. (Jati) tidak ada kena mengena dengan Syabas. Kita tak campur urusan politik,” kata beliau kepada AntaraPos.com.

Hasan menubuhkan Jati selepas beliau dipecat daripada Pas dan digugurkan sebagai Exco Kerajaan Selangor bulan lalu kerana dituduh membelakangkan kepentingan parti itu dan Pakatan Rakyat.

Hasan menafikan tuduhan itu dan menyifatkan dirinya sebagai mangsa politik “parasit”dalam parti itu yang mahu menjatuhkan beliau, Hasan menamakan Khalid sebagai antara parasit dalam parti itu.

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu sering menegaskan Jati tidak mempunyai agenda politik tetapi mahu membela kemajuan orang Melayu menegakkan syiar Islam disamping mendokong pemerintahan Raja-Raja.

Khalid mendakwa beliau tidak membuat tuduhan terhadap Hasan namun “saya mahukan penjelasan dan penafian sekiranya ianya tidak benar dan berikan janji perkara itu tidak akan berlaku jika BN menang balik Selangor.”

Tiada ulasan: