Kakitangan awam yang terus setia menanti dengan sabar keputusan semakan gaji SBPA 2012, tetapi belum ada kata putus yang dicapai pada masa itu. Masing-masing baik JPA mahupun Cuepacs terus melontarkan pendapat, cadangan dan hujah masing-masing, akhirnya perbincangan berakhir tidak seperti yang diharapkan. Sehinggalah……
Sehinggalah Cuepacs berjumpa sendiri dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selama 2 jam di pejabat Perdana Menteri bagi membincangan isu semakan gaji SBPA 2012 ini. Yang ada pertemuan pada masa itu, semestinya :
- Datuk Seri Najib Razak (Perdana Menteri)
- Datuk Omar Osman (Presiden Cuepecs)
- dan Tan Sri Mohd Sidek Hassan (Ketua Setiausaha Negara)
Akhirnya, Datuk Najib memutuskan untuk mengumumkan “sesuatu” pada 12 Mac 2012. Ingat sekali lagi 12 Mac 2012 yang jatuh pada hari Isnin. Katanya, pengumuman yang bakal dibuatnya berkaitan Skim Saraan Malaysia dan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan lebih adil dan saksama.
Dijangka pengumuman semakan gaji SBPA 2012 itu akan dibuat di Stadium Bukit Jalil bersama-sama 15,000 kakitangan awam yang lain. Dan dengan pengumuman ini nanti, sekurang-kurangnya “bebanan kerajaan akan dapat dikurangkan” menjelang berlangsungnya Pilihanraya Umum ke 13 tidak lama sahaja lagi.
Bagaimana adil dan saksamanya semakan gaji SBPA 2012 ini? Sama-sama nantikan pengumuman “emas” daripada Datuk Najib.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan