HALAMAN SANTAI

Ahad, 26 Februari 2012

Kit Siang: Tiba masa audit penuh kerugian Mahathir

MALAYSIA KINI

DAP menggesa supaya dilakukan audit penuh terhadap kerugian akibat skandal kewangan yang didakwa berlaku sewaktu pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang - dalam satu kenyataan semalam - berkata langkah itu perlu kerana pentadbiran sekarang "nampaknya seperti tidak mengambil sebarang pengajaran daripada (skandal yang lalu)".

NONEKatanya, rakyat Malaysia terkejut dan marah dengan komen sinis Dr Mahathir (kanan) yang menjustifikasikan tindakan kerajaan menyelamatkan MAS yang mengakibatkan kerugian dana awam, atas alasan terdapat kes yang lebih teruk daripada itu selepas beliau (Dr Mahathir) bersara.

Lim (kanan) menyifatkan alasan Mahathir semalam untuk menerangkan tindakan menyelamat MAS membabitkan RM1.8 bilion sewaktu pentadbirannya sebagao "logik sesat".

Bekas perdana menteri itu membidaskan pihak media yang menurutnya hanya memberi tumpuan kepada perkara itu, sedang orang lain, contohnya pengganti beliau, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, juga kerugian sejumlah besar wang awam.

Lim menganggap penyelesaian antara bekas pengerusi MAS, Tan Sri Tajudin Ramli dan pihak pengurusan Danaharta Nasional Bhd, sebagai kesinambungan contoh yang dibuat oleh Dr Mahathir, dan berkata sudah tiba masa untuk menyiasatnya.

Oleh itu, katanya, sudah tiba masanya untuk melakukan audit penuh kerugian RM100 bilion dalam skandal-skandal kewangan selama 22 tahun Tun Dr Mahathir menjadi perdana menteri, "terutama apabila kerajaan Najib nampaknya seperti tidak mengambil sebarang pengajaran daripadanya."

Tiada ulasan: