HALAMAN SANTAI

Selasa, 28 Februari 2012

Beri lebih kuasa, Najib akui SPRM tidak bebas- Surendran

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR :Cadangan Datuk Seri Najib Razak untuk memberikan lebih banyak kuasa kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia membuktikan SPRM tidak bebas dan berada di bawah telunjuk Barisan Nasional.

“Kenyataan ini mengesahkan kritikan pihak pembangkang dan masyarakat sivil selama ini bahawa SPRM berada di bawah telunjuk dan campur tangan pemerintah.


“Dengan pengakuan daripada Najib sendiri, kerajaan Umno BN perlu bertanggungjawab sepenuhnya akan kegagalan SPRM yang cukup mengaibkan ini”, kata Naib Presiden KEADILAN, N. Surendran dalam satu kenyataan.

Semalam, perdana menteri menyatakan bahawa sebuah Suruhanjaya Perkhidmatan Anti Rasuah (SPAR), seperti yang dicadangkan oleh lembaga penasihat SPRM akan ditubuhkan.

Najib mengumumkan akan mencadangkan usul penubuhan SPAR, yang akan memberi lebih kebebasan kepada SPRM, pada sesi parlimen terdekat sekiranya Umno-BN mendapat majoriti 2/3 dalam pilihanraya umum akan datang

Ia bagi membolehkan badan pemantau anti-rasuah itu mempunyai kawalan penuh ke atas pegawai-pegawainya, termasuk kuasa untuk melantik dan memecat mereka.

Menurut Surendran, Penubuhan suruhanjaya perkhimatan ini tidak membawa sebarang makna, kecuali BN menghentikan campur tangan politik terhadap sistem perkhidmatan awam.

“Berdasarkan rekod mereka, ia jelas menunjukkan Umno-BN tidak memiliki keazaman politik untuk melindungi dan mengukuhkan SPRM dan perkhidmatan awam lain.

“Penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Polis di bawah artikel 140 sebelum ini tidak menghalang BN untuk memanipulasi pihak polis demi tujuan politk mereka,” jelas Surendran lagi.

“Selagi Umno BN tidak menghormati kedaulatan undang-undang, dan merubah diri mereka sendiri, sistem perkhidmatan kita akan kekal lumpuh, dan berada di bawah telunjuk,” ujar beliau.

Beliau turut berkata, pengumuman Najib ini tidak lebih daripada satu helah untuk memancing undi rakyat mengembalikan kuasa majoriti 2/3 kepada mereka.

“Berbeza dengan mereka, kerajaan Pakatan Rakyat pasti akan membebaskan sistem perkhidmatan awam daripada campurtangan politik dan menegakkan negara hukum,” tegas Surendran.

Tiada ulasan: