HALAMAN SANTAI

Sabtu, 25 Februari 2012

Bekas Kakitangan KSSB Buat Laporan Polis Terima Ancaman Bunuh

Post Pic

ANTARA POS.COM


KLANG: Seorang bekas kakitangan syarikat melombong pasir milik kerajaan negeri Selangor Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) membuat laporan polis kerana mendakwa menerima ancaman bunuh selepas mendedahkan salah laku syarikat.

T. Sivanesan, 25, yang dipecat KSSB September lepas, membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan, semalam.

Sivanesan mendakwa menerima satu panggilan di telefon bimbitnya pada 12.54 tengah hari yang menegah beliau masuk campur dalam isu pasir.

"Pemanggil berkata 'Jangan masuk campur isu pasir. Jangan ganggu ADUN (Anggota Dewan Undangan Negeri) Sri Muda (Shuhaimi Shafie), KSSB dan MB (Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim). Jika tidak, kami akan bunuh awak'," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis itu.
Beliau yang bertugas sebagai eksekutif pemasaran ketika bekerja di KSSB, berkata suara pemanggil misteri itu seperti biasa didengarinya dan beliau mengesyaki individu tersebut bekerja dengan KSSB.
"Panggilan itu datangnya daripada 018-3142328 dan mengambil masa kurangdua minit," katanya.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Mohammad Yusof mengesahkan menerima laporan itu. - BERNAMA

Tiada ulasan: