HALAMAN SANTAI

Ahad, 26 Februari 2012

Rakyat Asing Mungkin Pilih Iskandar Malaysia Ekoran Peraturan ABSD Singapura

MALAYSIA CHRONICLE


JOHOR BAHARU -- Lebih ramai ekspatariat dijangka membeli hartanah di Iskandar Malaysia berikutan pengumuman Kerajaan Singapura mengenakan tambahan 10 peratus Duti Setem Pembeli (ABSD) akhir tahun lepas bagi kategori tertentu pembelian hartanah kediaman di republik berkenaan.

Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman berkata ABSD memberikan sumber perolehan yang baik untuk Singapura, namun kadar itu agak tinggi untuk pembeli asing membeli hartanah.

Abdul Ghani ditemui selepas melancarkan projek pembangunan Southkey oleh Selia Pantai Sdn Bhd - usaha sama pintar awam-swasta antara Selia Group dan kerajaan negeri Johor milik Kumpulan Prasana Rakyat Johor Sdn Bhd, di sini.

Ketua Pegawai Eksekutif Selia Group, Datuk Mohamed Zaini Amran yang bersetuju dengan Abdul Ghani, berkata jarak antara Johor Baharu dan Singapura yang berdekatan, akan menarik rakyat asing membeli hartanah di sini.

Pada 7 Dis lepas, Singapura mengumumkan ABSD sebanyak 10 peratus ke atas rakyat asing atau bukan individu (entiti korporat) yang membeli hartanah kediaman.- BERNAMA

Tiada ulasan: