HALAMAN SANTAI

Sabtu, 25 Februari 2012

Mahathir Tahu Najib Akan Kalah Jika Berdebat Dengan Anwar

KELAB GREENBOC


M
ahathir ulangi debat Najib-Anwar tak perlu

PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi pendiriannya bahawa debat antara Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu meskipun ramai berpendapat debat itu harus dijalankan.

Beliau berkata, debat antara Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang itu hanya membuang masa dan tidak mendatangkan hasil kerana masing-masing akan tetap menegakkan pendirian sendiri.

"Buat apa nak debat, saya tidak rasa masing-masing boleh perbetulkan persepsi masing-masing hasil daripada perdebatan seumpama ini.

"Debat kalau dijalankan, tidak akan dapat mengubah pandangan Anwar mahu Najib. Justeru, tak perlulah nak diteruskan hasrat debat dia tu, biar rakyat buat penilaian sendiri kebolehan kedua-dua mereka," katanya selepas sesi soal jawab pada Program Bicara Minda anjuran Kementerian Belia dan Sukan di sini, hari ini.

Bekas Presiden Umno ini berkata, niat Anwar ingin berdebat untuk isu luar negara dan ekonomi adalah kerana merasakan dirinya lebih arif bercakap mengenai isu berkenaan berbanding soal dalam negara.

"Dia (Anwar) tidak setuju dengan Datuk Seri Najib. Bila bercakap mengenai hal luar negara dan ekonomi, dia merasakan dia dapat buktikan apa Najib buat selama ini adalah salah.

"Saya tahu, Anwar memang nak jadi perdana menteri sejak dari dahulu lagi, malangnya strategi dia buat tu salah. Dia cabar saya dulu, tapi dia gagal," katanya. -SH

Ulasan GB

Pokoknya Mahathir tahu bahawa Najib akan tewas jika berdebat dengan Anwar, justeru Mahathir cuba sedaya upaya untuk pastikan debat Anwar-Najib tidak menjadi kenyataan.

Mahathir sendiri juga tahu bahawa, tidak seperti politikus yang lain Najib naik di persada politik dengan bertakhtakan warisan emas dan kemewahan sejak kecil. Najib tidak mempunyai kekuatan selain dari kekuatan "menghulur habuan" dan "penipuan".

Mahathir menyatakan bahawa "Anwar memang nak jadi perdana menteri sejak dari dahulu lagi". So whats wrong with that?

Tambah Mahathir, "malangnya strategi dia buat tu salah".

Benar, Anwar ada melakukan kesilapan di dalam strategi. Malah GB pun pernah mengkritik pedas strategi politiknya satu ketika dulu. Tetapi, berjaya atau tidak strateginya, beliau sendiri yang menanggung risikonya.

Strategi Mahathir sendiri tak semuanya betul. Contoh paling jelas ialah perlantikan penggantinya, Abdullah Ahamd Badawi sebagai PM oleh beliau sendiri diakui olehnya sebagai strategi yang salah.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

debat yang tidak memberi apa2 sumbangan kepada rakyat rasanya tidak perlu untuk dilaksanakan.

Tanpa Nama berkata...

mana2 pemimpin pun pasti pernah tersilap langkah. jadi, berhati2 kerana ia boleh memberi impak kepada negara.

Tanpa Nama berkata...

perlu lihat juga apa hasil debat tersebut, jika ia tak ada hasil baik tak perlu.

Tanpa Nama berkata...

kenapa pula Anwar tolak cabaran debat Khairy?? takut kalah??

TuhauBam berkata...

Debat hanya membuang masa dan kedua2nya pasti akan menunjukkan kebenaran masing2. tiada penyelesaian.

Hamdan Hadillah berkata...

Rasanya Debat itu tidak ada makna langsung. Apa yang ada dengan debat?

Hamdan Hadillah berkata...

debat cuma sesuatu cara bagi mencari kesalahan orang lain dan bukannya satu jalan penyelesaian bagi masalah yang ada.

jackie berkata...

Hanya akan membuang masa dan tiada apa2 hasil.