HALAMAN SANTAI

Ahad, 26 Februari 2012

Polis kecewa, peserta berarak, bawak kanak-kanak

Ketua Polis Daerah Kuantan Mohd Jasmani Yusof meluahkan rasa kekecewaannya dengan penganjur Himpunan Hijau 2.0 kerana melanggar beberapa peruntukan dan syarat-syarat yangdipersetujui bersama sebelum ini.

NONEPelanggaran itu, termasuk mengadakan perarakan dan kehadiran kanak-kanak pada perhimpunan tersebut. Perarakan adalah dilarang mengikut Akta Perhimpunan Aman 2011 yang diluluskan baru-baru ini.

"Kami telah berbincang dan mempunyai perjanjian bahawa mereka tidak berarak dan membawa kanak-kanak, tidak sangat baik," kata Jasmani.

Beliau dihubungi di sebuah pangkalan polis sementara yang didirikan kira-kira 200 meter dari padang Majlis Perbandaran Kuantan di mana perhimpunan berkenaan diadakan.

Ditanya jika polis akan bertindak terhadap penganjur, beliau menjawab: "Tidak mengapa".

NONEWalau bagaimanapun, Jasmani berkata polis akan menyiasat pelanggaran syarat-syarat tersebut dan menghubungi pihak penganjur untuk menasihati mereka.

Katanya, perhimpunan hari ini boleh dijadikan contoh pada masa depan dalam penganjuran perhimpunan dan majlis hari ini adalah sebagai "ujian pertama" Akta Perhimpunan Aman.

Mengenai jumlah yang hadir, Jasmani berkata ia sekadar 3,000 orang - jumlah yang jauh lebih kecil daripada 10,000 peserta seperti yang didakwa oleh penganjur perhimpunan.

Tiada ulasan: