Keputusan Najib mengenepikan peranan Menteri Besar, Ketua Menteri Pakatan dalam satu mesyuarat yang membincangkan kebajikan rakyat adalah tidak profesional.
PETALING JAYA: Keengganan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengundang Menteri Besar dan Ketua Menteri dari negeri Pakatan Rakyat menghadiri Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke 114 memperlihatkan sikap hipokrasinya.
Menurut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan media hari ini, mesyuarat itu dipengerusikan sendiri oleh Najib di Putrajaya pada Selasa lalu.
Oleh itu katanya, Kerajaan Negeri Selangor menyeru Perdana Menteri untuk membuat satu penjelasan kepada media bahawa mesyuarat tersebut adalah sebenarnya Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri Barisan Nasional.
“Adalah amat tidak professional untuk Perdana Menteri mengenepikan peranan Menteri Besar dan Ketua Menteri dari Pakatan Rakyat dalam satu mesyuarat yang membincangkan kebajikan rakyat.
“Apatah lagi rakyat dari Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan menyumbang lebih dari setengah hasil ekonomi Malaysia.
“Sikap beliau ini bukan sahaja membuktikan bahawa konsep 1Malaysia yang dipromosikan hanyalah sekadar gimik politik tetapi ia juga memberi kesan buruk kepada proses transformasi yang ingin beliau lakukan,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan