HALAMAN SANTAI

Selasa, 19 Jun 2012

Adilkah peneroka dapat 800 unit, Isa Samad 180,000 unit saham Felda?

Oleh zaminc

Peneroka Felda adalah golongan yang telah bertahun mengusahakan tanah-tanah rancangan di Felda. Usaha gigih dengan titik peluh golongan penerokalah yang telah menjayakan serta membuahkan hasil yang lumayan di tanah rancangan Felda.



 Baru-baru ini, apabila terdapat usaha menyenaraikan Felda di Bursa Saham melalui Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH), ramai peneroka yang keliru dan bimbang akan nasib tanah rancangan mereka.

Kini jelas sudah, siapakah sebenarnya yang akan mengaut keuntungan yang besar daripada penyenaraian saham Felda ini. Sila rujuk gambar di atas yang di ambil daripada prospektus FGVH.


Amat memalukan apabila Isa Samad menyatakan bahawa saham sebanyak 800 unit yang diberikan kepada peneroka adalah WAJAR sedangkan beliau sendiri sebagai Pengarah FGVH, yang tidak mengusahakan langsung tanah rancangan di Felda menerima 180,000 unit saham tersebut. Bukti jumlah saham yang diterima Isa Samad boleh dirujuk di mukasurat 906 prospektus FGVH tersebut.


Jurang diantara 800 unit dan 180,000 unit amatlah besar dan jauh sekali. 800 unit bermakna tidak sampai satu lot pun saham yang menjadi pegangan peneroka berbanding dengan Isa Samad sebagai Pengarah FGVH. Siapakah yang akan mengaut keuntungan besar dan siapakah pula yang akan dipergunakan dalam isu penyenaraian saham Felda nanti?


Para peneroka perlu berhati-hati dengan penyenaraian saham FGVH ini kerana ianya melibatkan masa hadapan mereka. Jangan dibiarkan pihak-pihak tertentu mengaut keuntungan di atas angin daripada usaha titik peluh bertahun-tahun peneroka negara kita.

Tiada ulasan: