Najib
yang semakin kesuntukan masa disebabkan pilihanraya umum yang harus
diadakan menjelang pertenghan tahun hadapan, telah berpaling kepada
cara yang paling efektif untuk BN mendapat kembali kepercayaan rakyat
yang semakin beralih kepada pihak pembangkang Pakatan Rakyat – Wang
ringgit!Najib telah ditakutkan dengan perkhabaran bahawa Anwar akan
mengumumkan 6 pemimpin BN yang bakal melompat parti ke PKR dan 2 orang
daripadanya mempunyai kerusi Parlimen.
Walaupun
ini tidak akan memberi kesan kepada pembahagian kuasa, pemerhati
menjangka bahawa ini boleh member kesan domino terhadap pemimpin Sabah
yang sedang cuba melarikan diri daripada parti BN yang semakin goyah
dan mungkin buat pertama kalinya menyaksikan pertukaran rejim dalam
masa 55 tahun.
Tawaran yang belum di sahkan lagi untuk tarik semula Ahli Parlimen
Tidak
hairanlah sekarang terdapat pula khabar yang dibocorkan media Umno
bahawa ahli parlimen –ahli parlimen ini akan mendapat RM1.5 juta setiap
seorang selepas Bujet 13 dibentangkan pada 28 September.
Menurut
Malaysian Insider, ahli parlimen BN yang menghadiri mesyuarat pra
persidangan parlimen itu telah mengesahkan bahawa terdapat rancangan
sedemikan yang dicadangkan oleh Najib tetapi tiada yang berani untuk
mengesahkan jumlah sebenar yang diperuntukkan. Ada yang mengatakan
bahawa peruntukkan ini akan diberi sekiranya dipinta.
“Kami
terpaksa memohonnya berdasarkan projek tertentu,” Timbalan Menteri
Sains, Teknologi dan Innovasi, Fadillah Yusof dilaporkan sebagai
berkata.
Para Ahli
Parlimen BN ini tidak keberatan untuk memberikan maklumat termasuk
maklumat bahawa ia akan mengambil masa 3 bulan untuk projek-projek
dikenal pasti dan dijalankan. Mereka juga mengatakan bahawa bantuan
wang BR1M yang dirancangkan untuk kali kedua itu mungkin akan mengambil
masa untuk dijalankan sekiranya ia diluluskan pada Bujet 2013.
“Ini bermakna, Najib tidak akan mengadakan PRU 13 dalam masa terdekat. Beliau sedang cuba untuk menangguhkan perpecahan BN Sabah, “ ujar naib presiden PKR dan ahli parlimen Batu, Tian Chua kepada Malaysia Chronicle.
“Ini bermakna, Najib tidak akan mengadakan PRU 13 dalam masa terdekat. Beliau sedang cuba untuk menangguhkan perpecahan BN Sabah, “ ujar naib presiden PKR dan ahli parlimen Batu, Tian Chua kepada Malaysia Chronicle.
“Beliau
sedang menunggu satu keajaiban yang tidak mungkin akan berlaku. Sabah
sedang diperhatikan dan ia boleh menyebabkan berlakunya kesan domino
sekiranya ahli parlimen BN yang diperkatakan ini memutuskan ikatan
dengan UMNO demi menjamin peluang mereka untuk mengekalkan kerusi
mereka. Umno-BN bukanlah nama yang digemari di Malaysia buat masa
sekarang.”
PRU 13 tahun depan- fokus sekarang pemilihan UMNO
Pilihanraya
ke 12 Malaysia telah diadakan pada 8 Mac 2008 dengan pemimpin yang ada
sekarang mengangkat sumpah pada 28 Mac. Oleh itu, mandat 5 tahun BN
akan berakhir secara automatik pada 28 Mac. Suruhanjaya Pilihanraya ada
60 hari untuk menentukan tarikh pilihanraya ke 13 yang harus diadakan
sebelum 28 Jun 2013.
Rakyat
Malaysia dan juga para pelabur luar tertanya-tanya bilakah PRU 13 akan
diadakan dan ini membuatkan mereka merasa menyampah terhadap sikap
Najib yang tidak boleh membuat keputusan. Pemimpin berusia 58 tahun itu
berhadapan dengan kemungkinan kalah teruk akibat kehilangan
kepercayaan terhadap pakatan BN yang telah memerintah sejak 1957.
“Jika
mengikut tanda-tanda dan menunggu BR1M untuk member kesan, ia kelihatan
seperti Najib sedang memberi isyarat bahawa PRU 13 akan diadakan tahun
hadapan. Bagi pihak Pakatan, kita masih tidak boleh berehat. Mana-mana
hari pun adalah hari yang mungkin untuk Najib membubarkan parlimen
jadi kita harus sentiasa bersedia,” beritahu Chua Jui Meng, naib
presiden PKR kepada Malaysia Chronicle.
“Tapi ada
cerita lain pula bagi Umno. Apa yang berlaku sekarang yang lebih
penting adalah pemilihan dalam parti- siapa yang akan menjadi orang
penting dan siapa yang boleh dapatkan kerusi parlimen dan DUN? Inilah
yang akan diperjuangkan mereka dalam parti buat masa sekarang.
Tekanan dari setiap segi: semua mata tertumpu pada UMNO
Tekanan dari setiap segi: semua mata tertumpu pada UMNO
Sememangnya
Najib terpaksa berhadapan dengan tekanan dari semua pihak termasuk
daripada orang dalaman partinya sendiri yang dahagakan kerusi dan
tempat boleh menang diperingkat negeri dan juga persekutuan.
Pertelingkahan
dalaman semakin menjadi-jadi dan ada yang terang-terangan memberitahu
bahawa dengan bertandinglah kekuatan parti akan diuji. Minggu lepas
bekas Menteri Pelancongan, Abdul Kadir Sheikh Fadzir mengumumkan
pembentukan parti baru –mungkin beliau sudah tahu ke mana arah
bertiupnya angin. Parti itu cuba untuk menegakkan semula perjuangan
asal Umno dan melahirkan ‘Bangsa Malaysia’.
“Ikatan
berkata bahawa mereka tidak akan bertanding PRU 13 dan sudah tentulah
ia tidak akan mendapat lesen untuk berbuat demikian. Akan tetapi, ia
mungkin tidak perlu untuk melakukan semua itu kerana hampir pasti ramai
dikalangan ahli parlimen Umno yang tidak berpuashati dengan Najib dan
akan menyertai Ikatan hanya untuk protes sekiranya Najib terlalu tamak
dalam pemilihan parti dan mendapatkan semua untuk dirinya,
orang-orangnya dan Mahathir sahaja,” ujar seorang pemerhati Umno kepada
Malaysia Chronicle.
Beliau
merujuk kepada bekas perdana menteri Mahathir Mohamad, satu-satunya
veteran Umno yang Najib mahukan sokongan dan menyandarkan kelestarian
kerjaya politik beliau di dalam dan luar Umno.
Sumber: Malaysian Chronicle
Tiada ulasan:
Catat Ulasan