HALAMAN SANTAI

Rabu, 20 Jun 2012

Bersih 3.0: Pakatan mahu suruhanjaya bebas siasat

MOHD ZULFADLI SHARIFUDIN

Salahuddin Ayub
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub 
 
 
SHAH ALAM - Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub mahu satu suruhanjaya bebas dibentuk untuk menyiasat pihak yang mencetuskan provokasi ketika perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

Katanya, sebuah suruhanjaya siasatan diraja wajar ditubuhkan bagi menyiasat punca sebenar mengapa kekecohanan berlaku pada perhimpunan di ibu negara.

Beliau juga berkeras menolak bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar sebagai pengerusi suruhanjaya tersebut jika ia dibentuk, sebaliknya mengesyorkan boleh diketuai oleh bekas Peguam Negara Tan Sri Abu Talib Othman.

"Kami mahu suruhanjaya bebas ditubuhkan bagi menyiasat siapa yang memulakan provokasi ketika perhimpunan Bersih," tegas beliau ketika menyampaikan hujah pada Debat Sinar di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf malam tadi.

Debat yang bertajuk “Demonstrasi Jalanan: Meruntuh Atau Mengukuh Demokrasi" menemukan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah dan Salahuddin.

Ia kali kedua dianjurkan oleh Sinar Harian selepas Debat Sinar mengenai PTPTN antara Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.

Ia dikendalikan oleh Pensyarah Jabatan Strategik dan Antarabangsa, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar.

Salahuddin berkata, jika Kementerian Dalam Negeri mempunyai koleksi rakaman video mengatakan insiden ganas dicetuskan oleh pembangkang, pihaknya juga mempunyai dokumen menunjukkan keadaan sebaliknya.

"Kita pun ada rakaman video juga, kita boleh tunjukkan," kata beliau sambil menambah mempertikaikan sehingga kini kementerian itu tidak mengeluarkan lagi rakaman yang dimaksudkan.

Jawatankuasa siasatan bebas yang dibentuk kerajaan, diketuai Hanif sedang mengadakan siasatan mereka.

Difahamkan, kemungkinan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia juga akan menjalankan siasatan pihaknya.

Tiada ulasan: