JASIN DAILY
Oleh
kerana malu dan takut dilihat oleh Boss besar mereka iaitu Najib Razak,
kerajaan Melaka terpaksa menyorokkan bas-bas buruk yang tersadai
kepunyaan anak syarikatnya PMCT Sdn Bhd.
Bas-bas tersebut yang sebelum
ini tersadai di Stesyen Bas Melaka Sentral telah dialihkan ke Dataran
Klebang bagi mengelakkan rahsia mereka terbongkar di hadapan Perdana
Menteri Najib Tun Abdul Razak yang dijangka akan membuat lawatan ke
Melaka esok bagi merasmikan program UTC (Urban Tranformation Centre)
peringkat Negeri Melaka.
Bas-bas buruk itu sebenarnya sudah lama tersadai di Melaka Sentral
kerana rosak, tiada road tax, tiada kelulusan Puspakom dan sebagainya.
Ternyata
perkhidmatan bas henti-henti di negeri ini semakin buruk selepas
diambilalih oleh kerajaan negeri melalui anak syarikatnya iaitu PMCT Sdn
Bhd.
Jelas sekali kerajaan negeri cuba menutup pekung di dada mereka dengan
menyembunyikan bas-bas tersebut sedangkan mereka tidak sedar bahawa isu
ini telah diketahui umum dan tersebar ke seluruh negara.
Inilah sikap pemimpin Umno/BN yang hanya tahu menyorokkan segala
keburukan dan kegagalan mereka tetapi tidak mahu berusaha bagi
menyelesaikan masalah sebenar yang timbul akibat kegagalan PMCT Sdn Bhd
mengendalikan sistem pengangkutan awam ini.
Apakah dengan menyorok bas ini ianya akan menyelesaikan masalah rakyat
yang menggunakan bas henti-henti sebagai pengangkutan utama mereka untuk
bergerak dari satu tempat ke tempat lain.
Banyak rungutan yang diterima
menyatakan bahawa bas Panorama kendalian PMCT ini tidak memberikan
perkhidmatan yang baik di mana penumpang terpaksa menunggu berjam-jam
untuk mendapatkan bas malah situasi di mana bas terus tidak datang.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan