Nak buat hari Hari Belia 2012
pun tiada salahnya. Buatlah selagi termampu dan matlamat dan
objektifnya jelas untuk menyatukan belia-belia di Malaysia dengan
pengisian yang memberikan manfaat dan impak besar kepada golongan belia
di Malaysia. Semestinya rakyat Malaysia termasuklah kami menyokong
usaha-usaha yang sebegitu rupa. Tetapi…
Tetapi apabila kerajaan melalui
Kementerian Belia Dan Sukan “terpaksa” berbelanja mewah pada jumlah yang
tinggi pada Himpunan Jutaan Belia pada baru-baru ini sedangkan hutang negara berada pada kedudukan yang agak tinggi
ketika ini, kami merasakan ada sesuatu yang tidak kena di situ dan ia
harus disemak semula pada masa-masa yang akan datang supaya tidak
berulang lagi.
Bil Perbelanjaan Pengajuran Hari Belia 2012 (Himpunan Jutaan Belia)
Semakan berdasarkan bil yang telah
dituntut oleh sebuah syarikat pengurusan program (event management)
terhadap kerja dan tugas yang telah disiapkan untuk ‘pelbagai segmen
pada Hari Belia Negara 2012′ telah tertera angka sejumlah
RM10,613,993.62. Tuntutan yang dibuat sekitar 70 peratus daripada
RM15,155,175.60 yang termasuk bayaran khemah kanopi, pondok, pentas,
lampu dan sistem suara termasuk persembahan oleh artis tempatan dan konsert K-pop di Malaysia.
- Kos membawa masuk artis K-pop di Malaysia mencecah RM2.04 juta?
- Kos untuk menyediakan tandas dan kerja-kerja pembersihan berjumlah RM590,000 dan RM1 juta?
- Kos membekalkan khemah, kanopi dan pondok berjumlah RM1,709,750.00?
Kami suka melihat reaksi
pantas Majlis Fatwa Kebangsaan yang cepat membuat “kerja rumah” untuk
menyatakan pendirian selepas sahaja tamat sahaja Perhimpunan Bersih 3.0
sebelum ini. Kami sebagai kalangan rakyat Malaysia yang beragama Islam
semestinya menerima apa-apa saranan dan nasihat daripada kelompok yang
lebih pakar dan arif tentang agama. Tetapi kami sehingga ke hari ini
masih-masih tertanya, di mana Majlis Fatwa ketika ini? Adakah Majlis
Fatwa tidak berminat untuk mengkajinya?
- Adakah Majlis Fatwa hanya akan cepat-cepat menyiasat dan mengkaji setelah artis Malaysia ataupun artis luar yang membuat konsert bertindak di luar batasan dan pemikiran akal rakyat Malaysia semasa melakukan persembahan?
Ketika negara digemparkan dengan kehadiran Erykah Badu yang memaparkan Tattoo Allah ketika mahu mengadakan konsert di Malaysia, kemasukannya dilihat tanpa sebarang halangan dan masalah. Sehinggalah rakyat Malaysia bangkit dan menyatakan pendirian membantah kehadiran Erykah Badu di Malaysia,
barulah “kerajaan ” tersedar daripada tidur yang mana apa yang mereka
lakukan itu tidak boleh diterima dan tidak patut dilakukan di Malaysia.
- Jikalau nak buat juga, jangan kita emua melatah jika gejala sosial di kalangan anak muda semakin menjadi-menjadi
- Jikalau nak buat juga, jangan kita bercerita dan berbincang bagaimana mahu membentuk golongan anak muda yang berkualiti dan berakhlak
Inilah
apa yang terjadi, apabila ada bantahan barulah Menteri tampail memohon
maaf sekiranya persembahan K-Pop di Malaysia pada Himpunan Jutaan Belia
Ahad lalu, menyinggung perasaan mana-mana pihak di negara ini
dan berjanji pihaknya akan lebih berhati-hati untuk memastikan perkara
seperti itu tidak akan berulang.

Satu lagi yang membuatkan kami pelik, kenapa ketika mahu membuat himpunan belia kena ada persembahan Kpop di Malaysia, nyanyian, tarian, lumba kereta? Adakah ini merupakan salah satu cara kita untuk ikut selera golongan muda hari ini? Adakah kalau ditiadakan program yang sebegitu rupa, kita menjangkakan golongan muda tidak mahu datang memberikan sokongan? Apa pandangan respon orang muda di sini?
“Saya memohon maaf kepada semua pihak sekiranya mereka tersinggung dengan persembahan K-Pop, yang dikatakan berpakaian kurang sopan,” katanya.
Itupun setalah ditegur oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria Selasa yang menyatakan program belia itu tidak seharusnya dicemari dengan pemilihan artis dari luar negara yang kurang sopan dari segi aksi dan pemakaian. Adakah kita hanya bertindak setelah ditegur? Dalam masa yang sama duit negara pun habis. Dalam erti kata mudah seperti…..
Berapa kali lagi kita akan melihat insiden seperti ini?
- buat majlis dengan bajet yang besar
- bil datang, rakyat terkejut
- orang atas baru sedar yang mereka buat itu salah dan baru nak kaji??
Satu lagi yang membuatkan kami pelik, kenapa ketika mahu membuat himpunan belia kena ada persembahan Kpop di Malaysia, nyanyian, tarian, lumba kereta? Adakah ini merupakan salah satu cara kita untuk ikut selera golongan muda hari ini? Adakah kalau ditiadakan program yang sebegitu rupa, kita menjangkakan golongan muda tidak mahu datang memberikan sokongan? Apa pandangan respon orang muda di sini?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan