Nashita Md Noor
Saya masih lagi terbayangkan wajah suram Makcik Hadijah, ibu kepada Fadzullah Abdul Razak, salah seorang tahanan ISA yang kini masih merengkuk di Kem Tahanan Kamunting.
Wajah
itu merenung saya dari luar pintu Mahkamah Sesyen Jenayah Kuala
Kangsar. Pandangan itu tidak berdaya saya hapuskan dari fikiran saya
hingga kini.
Menjadi
tahanan ISA memang mudah untuk dilupakan kecuali ahli keluarga rela dan
sanggup untuk berkorban dan berjuang untuk pembebasan mereka
sepertimana yang dilakukan oleh ke semua isteri dan keluarga tahanan
Reformasi sepanjang mereka ditahan selama dua tahun dua bulan. Mereka
berjuang habis-habisan tanpa mengerti penat lelah. Saya juga walau
tidak punya ahli keluarga yang ditahan ISA turut sama berada di dalam
kelompok ini sebaik terjun berjuang bersama rakyat dan membentuk Gerakan
Mansuhkan ISA pada 30 April 2001.
Kata-kata
dari Pesuruhjaya SUHAKAM, James Nayagam, juga masih terngiang-ngiang di
fikiran saya. "Tahanan ISA warga Sri Lanka sanggup untuk dihantar
pulang ke negara mereka walau kemungkinan mereka akan disenaraihitamkan
oleh kerajaan Malaysia."
Wajah
suram Ibu Fadzullah dan wajah tabah seorang ayah yang menyokong apa jua
tindakan anak mereka tetap tersimpan dalam ingatan saya sebagaimana
wajah-wajah ahli keluarga puluhan malah pernah mencecah ratusan orang
yang pernah saya kenali dan santuni mereka sepanjang tempoh 10 April
2001 hingga kini akan tetap kekal dalam ingatan saya. Paling kecil saya
sanggup menjadi pendengar yang setia akan kisah mereka. Selagi
kerajaan Barisan Nasional yang terus mahu kekal berkuasa ini ada selagi
itu rakyat akan terus ditekan dengan segala bentuk undang-undang yang
Saya masih lagi terbayangkan wajah suram Makcik Hadijah, ibu kepada Fadzullah Abdul Razak, salah seorang tahanan ISA yang kini masih merengkuk di Kem Tahanan Kamunting.
Pagi itu pada 14 Mei 2012, ketika
saya berada di dalam Mahkamah Sesyen Jenayah Kuala Kangsar mengikuti
perbicaraan suami saya yang sedang membela diri bagi pendakwaan berada
di Perhimpunan Aman di Masjid Ubudiah, saya menerima panggilan dari
Makcik Hadijah memaklumkan kepada saya bahawa anaknya Fadzullah sedang
mogok lapar dan mereka gagal untuk bertemunya pada hari tersebut kerana
kuota lawatan habis kerana Fazullah baru dilawati oleh adiknya pada
minggu yang sama.
Ya, ibu mana yang tidak risau
dan tidak tenang. Apatah lagi anaknya ditahan tanpa dibicarakan,
dituduh dengan dakwaan yang tiada sebarang bukti.
Kebetulan
Makcik Hadijah juga berada di Kuala Kangsar, maka saya mengajak beliau
untuk bertemu di Mahkamah supaya saya dapat mendengar berita darinya.
Bunyinya sangat terdesak sekali.
Makcik Hadijah
menyampaikan perkhabaran bahawa anaknya sudah memulakan mogok lapar bagi
membantah penahanan mereka dan mendesak mereka dibebaskan dengan
segera. Ini adalah satu aksi yang agak mengejutkan kami.
Ya,
agak mengejutkan, manakan tidak mereka seolah dilupakan di sebalik
tembok batu dan besi yang semakin tinggi dan berlapis-lapis sejak kali
terakhir saya menziarahi kem ini ketika enam orang tahanan ISA Reformasi
dikurung selama dua tahun di sana sejak 2001-2003 dan disusuli dengan
penahanan ramai tahanan ISA yang didakwa sebagai anggota Jamaah
Islamiyyah sehingga kebanyakan mereka dibebaskan pada tahun 2009.
Akhirnya pada
malam 16 September 2011, Perdana Menteri Malaysia Najib Razak
mengumumkan bahawa ISA akan dimansuhkan. Berita ini sudah tentu
disambut dengan penuh pengharapan oleh tahanan ISA dan ahli keluarga
mereka. Mereka menanti-nanti saat mereka akan dibebaskan sebaik akta
zalim ISA ini benar-benar dihapuskan.
Malangnya
ianya tidak berlaku walau akta baru UNDANG-UNDANG KESALAHAN KESELAMATAN
(LANGKAH-LANGKAH KHAS) 2012 diperkenalkan pada sesi Parlimen yang baru
berakhir April 2012 menggantikan akta Keselamatan Dalam Negeri ISA.
Ramai
yang menegur saya juga AJK Gerakan Mansuhkan ISA yang lainnya bahawa
GMI tidak akan ada lagi dan kami boleh fokus dalam aktiviti yang
lainnya. Ramai yang tidak tahu bahawa ISA masih wujud. Tahanan ISA
masih dizalimi di sebalik tembok batu Kem Tahanan Kamunting.
Menderita... mengharap dan terus menerus mengharap agar mereka dibebaskan.
Fadzullah
Abdul Razak ditahan sejak Julai 2010 adalah antara mangsa akta Zalim
ISA yang masih menjadi penghuni KEMTA. Mereka masih menjadi mangsa
kerana tertakluk di bawah fasal 32 Pemansuhan dan Kecualian, Akta
Kesalahan Keselamatan
(2) Pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 tidaklah menjejaskan :-
a)
apa-apa perintah yang dikeluarkan atau dibuat di bawah Akta yang
dimansuhkan itu sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, melainkan
jika dibatalkan terlebih dahulu oleh Menteri: dan
b) Apa-apa tindakan atau prosiding yang diambil di bawah Akta yang dimansuhkan itu sebelum tarikh permulaan kuat kuasa akta ini.
Di bawah fasal ini Menteri masih berkuasa untuk terus menerus menahan mereka.
Maka
sebagaimana tarikh Pilihan Raya Umum yang tidak tahu bila akan berlaku
begitu juga nasib 45 orang tahanan ISA yang masih merengkuk di dalam Kem
Tahanan Kamunting. Mereka tidak tahu bila mereka dapat mengecapi
kebebasan.
Ini cukup untuk menunjukkan bahawa kebebasan itu tiada nilainya, begitu bererti.
Mengikut
maklumat dari Pesuruhjaya SUHAKAM yang melawat tahanan ISA di Kamunting
sebaik mendapat maklumat mereka melancarkan mogok lapar, terkini ada
seramai 45 orang tahanan ISA di KEMTA yang terdiri dari 20 orang rakyat
Malaysia dan 25 orang warga Asing.
Dari sejumlah
20 orang rakyat Malaysia ini, 9 di antara mereka ditangkap pada bulan
November dua bulan selepas Perdana Menteri mengumumkan ISA akan
dimansuhkan serta merta. Kesemua mereka berasal dari Tawau, Sabah.
Dari
sejumlah 25 orang warga asing pula 7 di antara mereka adalah warga Sri
Lanka yang mengikut maklumat yang diberikan oleh SUHAKAM, pihak kedutaan
Sri Lanka sendiri tidak tahu menahu rakyat mereka ini ditahan dan
dikurung di bawah akta zalim ISA.
Beginilah ISA
terus menerus menzalimi bukan sahaja rakyat Malaysia bahkan sesiapa
sahaja boleh ditangkap dan dikurung untuk tempuh yang ikut suka Menteri
yang berkuasa.
Harga diri, kasih sayang, sudah
tidak ada nilainya bagi mereka yang berkuasa ini. Usah disebut tentang
keadilan yang lansung tidak wujud bila mana peluang untuk dibicarakan
tiada di bawah akta zalim ini.
Mungkin itulah yang
menjadi langkah terakhir buat tahanan ISA di KEMTA bila mana desakan
mereka untuk dibebaskan atau didakwa dan dibicarakan di mahkamah tidak
diendahkan. Bawa bukti, bawa ke Mahkamah jika bersalah. Maka tindakan
terakhir mereka ialah Mogok Lapar. Inilah yang telah dilakukan oleh
mereka bermula 12 Mei 2012 dan berakhir pada 18 Mei 2012 apabila mereka
dikunjungi oleh pihak Kementerian Dalam Negeri dan SUHAKAM.
Namun
difahamkan mereka juga merancang akan meneruskan Mogok Lapar ini
sekiranya pihak yang berwajib tidak mengendahkan desakan mereka.
Hanya
mereka yang tahu, hanya mereka yang merasa dan keluarga mereka terus
terusan menderita menyimpan perasaan rindu dan risau akan keselamatan
mereka. Sampai bila mereka akan terus ditahan.
zalim.
"Jika hari ini kita memerintah ISA akan dimansuhkan dengan segera!"
Inilah kalimah yang saya sering dengar dari Pemimpin Pakatan Rakyat dan kami rakyat akan menunggu saatnya.
Lawan tetap lawan!
*Nashita
Md Noor ialah ibu kepada empat orang anak, suri rumah, aktivis
masyarakat, tiga kali ditangkap dan dua kali merengkuk dalam penjara.
Kini dibicarakan untuk dua kes perhimpunan aman, PROTES kenaikan harga
barangan dan himpunan Mansuh ISA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan