HALAMAN SANTAI

Selasa, 31 Julai 2012

Apa kemungkinan kesan tokoh Umno BN berhijrah

Abdul Aziz Mustafa,

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuik Mahfuz Omar meminta rakyat bersedia menghadapi pelbagai kemungkinan tindak balas Umno dan Barisan Nasional (BN) berikutan perubahan yang berlaku kini.



"Maklumat-maklumat menyatakan lebih ramai lagi yang akan meninggalkan Umno dan BN. Apa sahaja boleh terjadi termasuklah runtuhnya pemerintahan 55 tahun parti yang dipanggil parti perasuah yang busuk hingga ke usus oleh (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) itu.

"Walaupun satu dua tokoh Umno peringkat bawahan pernah membuat kenyataan bahawa parti itu akan menerima perubahan tanpa bertindak ganas, tetapi rakyat perlulah bersedia menghadapi dengan matang apa jua kemungkinan tindak balas parti yang hanya hidup dengan mengapi-apikan isu perkauman itu," kata beliau.

Bagi Mahfuz, apa yang disifatkannya sebagai permulaan penghijrahan lebih ramai wakil rakyat dan tokoh Umno BN itu bukanlah sesuatu yang memeranjatkan.

"Dari perbincangan-perbincangan secara jujur dengan mereka sebelum ini, sebenarnya ramai ahli-ahli Parlimen BN yang sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak).

"Mereka melihat pentadbiran Najib sebagai pentadbiran 'flip flop' yang lebih teruk dari pentadbiran Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) sebelum ini, lemah dan kucar kacir," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mereka, katanya lagi, melihat keputusan kabinet Najib bersifat separuh masak seperti keputusan mengenai Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

"Mereka juga melihat polisi-polisi kabinet di"u turn"kan seperti keputusan mengenai penggabungan MAS-Air Asia sebelum ini.

"Mereka juga tidak sanggup menghadapi tekanan akar umbi Umno yang semakin tidak berpuas hati apabila kroni-kroni seperti George Kent ditawarkan projek berbilion ringgit walaupun tidak layak.

"Kesemua ini menyebabkan rasa meluat mereka terhadap Najib dan kerajaannya sampai ke tahap kemuncak," kata Mahfuz.

Menambahkan rasa benci mereka, katanya lagi, ialah apa yang mereka lihat dan dakwa sebagai campur tangan berlebihan isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, dalam urusan pentadbiran kerajaan.

"Dalam perbualan-perbualan tersebut, ada pemimpin tertinggi Umno secara bergurau menyatakan BN maknanya 'bini Najib'.

"Walaupun bergurau dalam rungutan tersebut, tetapi kita dapat melihat keresahan mereka terhadap apa berlaku sehingga ada di antara mereka yang menyifatkan Rosmah adalah Perdana Menteri sebenar atau de facto Prime Minister," katanya.

Sebahahagian yang lain pula, kata Mahfuz, menyatakan rasa meluat mereka kepada bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir.

"Walaupun tidak ramai dan tidak lantang kerana Dr Mahathir begitu dirasai sangat berpengaruh dan mata serta telinganya dikatakan ada di mana-mana di dalam Umno termasuk di kalangan ahli-ahli Parlimen parti itu, golongan yang meluat kepada Dr Mahathir mahu bekas Presiden Umno itu tutup mulut atau 'shut up'," kata Mahfuz.

Dalam perkembangan berkaitan, para pemimpin Umno kini dilaporkan sibuk menangani gelora yang berlaku di Sabah yang dimulakan dengan tindakan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin meninggalkan Umno dan Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Bumburing meninggalkan BN.

Tarikh pilihan raya yang dirancang oleh Najib juga dilaporkan terpaksa dipinda berikutan perkembangan yang dilihat sebagai permulaan kepada bencana yang lebih besar kepada BN itu.

Kajian penambahbaikan polis dalam bajet Pakatan

Hazayani Zakaria,
 
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat akan memasukkan kajian mengenai penambahbaikan pasukan polis dalam bajet 2012 mereka bagi mengemukakan satu kaedah yang dapat menyelesaikan masalah peningkatan jenayah.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, kajian itu penting kerana polis seolah-olah kekurangan tenaga untuk membanteras jenayah.

"Kita lihat hari ini gambaran bukan sahaja persepsi tapi realiti, kedudukan jenayah semakin parah sehingga kerajaan terpaksa mencadangkan Rela untuk membantu polis menjaga tempat-tempat yang selalunya berlakunya jenayah.

"Ini menggambarkan jenayah itu parah dan semacam tidak cukup tenaga untuk mengendalikan perkara ini," kata beliau pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat bersama wakil DAP dan PKR di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut hari ini.

Mustafa juga berkata, peratusan perbelanjaan kerajaan dari tahun 2010 hingga 2012 dalam bidang keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam lebih tinggi berbanding perbelanjaan untuk penyiasatan jenayah.

Peratusan perbelanjaan untuk keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam ialah 42.27 peratus manakala untuk penyiasatan jenayah sebanyak 72.45 peratus.

"Dari segi angka yang kita boleh lihat sebahagian besar tenaga untuk keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam. Sebahagian perbelanjaan itu boleh dimanfaatkan untuk penyiasatan jenayah," katanya.

Kajian itu akan turut disertai Bekas Ketua Bahagian Siasatan Jenayah (CID) Bukit Aman Datuk Fauzi Shaari.

Hadir sama, Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Hatta Ramli, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok, Setiausaha Antarabangsa DAP, Liew Chin Tong dan Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke.

Pakatan tubuh JK pilih tema Hari Kemerdekaan

Hazayani Zakaria,
 
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat menubuhkan jawatankuasa pemilihan tema Hari Kemerdekaan bagi menukar tema yang diberikan kerajaan, 'Janji Ditepati' yang merupakan slogan Barisan Nasional.

Jawatankuasa tersebut akan dipengerusikan oleh Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said dan dianggotai bekas Menteri Kabinet, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil, bekas ahli jawatankuasa kerja Gerakan, Dr Toh Kin Woon dan pengarah eksekutif  Women's Aid Organisation ( WAO), Ivy Josiah.

Menurut Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, jawatankuasa itu akan memilih tema Hari Kemerdekaan yang dicadangkan oleh rakyat, selepas Pakatan membuka ruang kepada sesiapa sahaja untuk berbuat demikian.

"Sebelum ini kita beri tempoh seminggu kepada kerajaan untuk tukar tema hari merdeka agar lebih inklusif dan merangkumi semangat kemerdekaan rakyat Malaysia," kata beliau pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat bersama wakil DAP dan PKR.

Beliau berkata, selepas pengumuman tersebut, Pakatan menerima lebih kurang 250 cadangan tema kemerdekaan daripada pelbagai pihak.

"Setakat ini kita terima lebih kurang 250 cadangan tema daripada rakyat, jadi kita tubuhkan jawatankuasa untuk memilih tema yang terbaik," katanya.

Hadir sama, Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Hatta Ramli, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, Bukit Bendera, Liew Chin Tong dan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari.

Salleh: Keputusan Lajim dipengaruh perang psikologi pembangkang

SINAR HARIAN

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak
 
 
KOTA KINABALU - Keputusan bekas Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Lajim Ukin untuk meletakkan semua jawatan dalam parti didakwa kerana terpengaruh dengan perang psikologi pakatan pembangkang yang kononnya akan membentuk kerajaan akan datang selepas pilihan raya umum akan datang.

Menyifatkan keyakinan pakatan pembangkang untuk mencapai cita-cita mereka itu hanya sekadar propaganda politik, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata peletakan jawatan oleh Lajim tidak ada kena mengena dengan masalah dalaman Umno negeri.

"Saya percaya beliau (Lajim) tidak mahu terlepas peluang...sebab itu kenapa beliau cuba mencari sebab untuk misinya itu, tetapi bagi saya, apa yang dijanjikan pakatan hanyalah satu harapan atau impian sahaja," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Lajim sebelum ini mengumumkan beliau meletakkan jawatan sebagai Anggota Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Beaufort berkuat kuasa serta merta.

Bagaimanapun, beliau memilih untuk kekal sebagai anggota Umno dan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Semalam, Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan Tengku Mansor dipetik sebagai berkata "apa yang berlaku merupakan isu dalaman yang bersifat peribadi membabitkan Lajim dan orang tertentu dalam kancah politik negeri. Ia tidak sewajarnya dikaitkan dengan parti yang telah banyak berjasa kepada negara dan rakyat keseluruhannya".

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan juga dipetik sebagai berkata keputusan Lajim untuk keluar daripada BN lebih kepada masalah peribadi.

Salleh, yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, berkata pucuk pimpinan negeri sentiasa bersikap terbuka kepada perbincangan mengenai bagaimana untuk memperkukuhkan parti dan setiap orang perlu memainkan peranan.

"Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah (Datuk Seri Musa Aman) amat terbuka dan sedia berbincang. Bagaimanapun, parti mesti menolak pemimpin yang mahu mempertaruhkannya.

"Perkiraan politik Lajim adalah silap. Semua kajian yang dijalankan profesional menunjukkan populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berada di tahap selesa," katanya dan menurutnya keputusan Lajim itu tidak akan menjejaskan kekuatan BN di negeri ini.

Bekas ketua menteri itu berkata: "InsyaAllah, populariti Najib akan dapat menerajui BN memperoleh majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum akan datang".

Salleh berkata Umno dan BN sudah bersedia menghadapi pilihan raya umum akan datang yang dijangka diadakan tidak lama lagi. - Bernama

Rozali disaran letak jawatan daripada terus terajui Syabas

Wartawan Sinar Harian

Pengerusi Biro Kepenggunaan Parti Keadilan Rakyat, Mohd Yahya Mat Sahri.
Pengerusi Biro Kepenggunaan Parti Keadilan Rakyat, Mohd Yahya Mat Sahri.
 
 
TANJONG KARANG - Pengerusi Biro Kepenggunaan Parti Keadilan Rakyat, Mohd Yahya Mat Sahri mahu Kerajaan Persekutuan menghormati keputusan Kerajaan Negeri dan sewajarnya rundingan dibuat berdasarkan pilihan rakyat.

Kerajaan Persekutuan seharusnya mengutamakan pilihan rakyat, bukannya berunding dengan syarikat persendirian yang bermatlamat keuntungan persendirian.

Menurutnya yang juga Pengerusi Sekretariat Impak Pengguna turut menyokong sepenuhnya Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menyarankan agar Lembaga Pengarah Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) memecat Pengerusi Eksekutif Syabas, Tan Sri Rozali Ismail kerana dengan itu mampu menjimatkan kos operasi berjumlah sekurang kurangnya RM5.1 juta setahun.

“Rozali sewajarnya sudah lama melepaskan jawatan ini kerana gagal menguruskan bekalan air terawat kepada seluruh rakyat Selangor. Kalau beliau seorang yang benar-benar mahir serta handal dalam selok belok pengurusan air, kenapa masalah air sentiasa berlaku meskipun hak pengambilan konsesi pengurusan air dipegang sehingga kini?

“Pelbagai persoalan timbul termasuk masalah saluran bekalan paip masih tidak selesai, status paip air kerap pecah, kerap berlaku tekanan air yang rendah di banyak kawasan dan kekeliruan bacaan meter air masih berlaku sehingga kini.

“Syabas hanyalah sebuah syarikat persendirian dan matlamat utama Syabas untuk mendapatkan keuntungan. Seandainya Syabas merancang kepentingan rakyat sudah semestinya Lembaga Pengarah Syabas tidak tergamak untuk membolot hasil keuntungan air dengan tarif bil terus meningkat setiap tahun,” katanya.

Mohd Yahya berkata. alasan Syabas berhubung isu air yang hanya dapat diselesaikan dengan pembinaan Projek Langat Dua menunjukkan kedangkalan tahap proses penyelesaian masalah. Apakah sumber air mentah daripada sungai di Selangor sudah habis hingga perlu mendapatkan air daripada Pahang?

“Laporan yang menyatakan masalah kehilangan bekalan air terawat akibat daripada kebocoran paip air mesti diselesaikan Syabas. Jika benar kehilangan air daripada kebocoran mencecah 40 peratus, maka kelemahan inilah yang sepatutnya diatasi kerana inilah punca utama kekurangan air,” katanya.

Setengah Juta MyKad Tidak Dituntut

MSTAR ONLINE
 
 
KUALA LUMPUR: Sebanyak 501,941 MyKad belum dituntut di seluruh negara sehingga 30 Jun lepas, kata Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Jariah Mohd Said.

Kesemua MyKad itu merupakan kad pengenalan yang belum dituntut untuk kategori kurang daripada tempoh 18 bulan kad dikeluarkan, katanya kepada Bernama.

Daripada jumlah 501,941 itu, Selangor mencatat jumlah kad pengenalan palingbanyak tidak dituntut iaitu 81,010 kad, diikuti Johor (60,678), Sabah (51,462),Sarawak (50,334), Perak (44,855), Kuala Lumpur (36,602), Kedah (31,102),Kelantan (29,654), Pulau Pinang (26,337), Pahang (23,838), Terengganu (19,639),Negeri Sembilan (18,410), Melaka (15,018), Putrajaya (7,091), Perlis (3,751) danLabuan (2,160), katanya.

Jariah berkata, berdasarkan Peraturan 26 Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2010) Mengenai Pelupusan Kad Pengenalan Yang Tak Dituntut, kad pengenalan siap akan dipegang simpan selama 18 bulan dari tarikh ia dikeluarkan.

"Semua kad akan disimpan oleh mana-mana Pejabat Pendaftaran selama 18 bulan sebelum ia dilupuskan," katanya.

Sementara itu Jariah berkata sehingga 2 Julai lepas sebanyak 1,287 MyKad belum dituntut untuk kategori kad pengenalan tidak dituntut melebihi tempoh 18 bulan dari tarikh kad dikeluarkan.

Katanya, Sarawak mencatat angka tertinggi untuk kategori itu dengan 262, diikuti Pulau Pinang (153), Kelantan (146), Johor (131), Kedah (98), Selangor (97), Kuala Lumpur (86), Sabah (71), Pahang (41), Perak (40), Perlis (22), Negeri Sembilan (20), Labuan dan Putrajaya (sembilan) manakala masing-masing satu di Melaka dan Terengganu.

Menurut Jariah, terdapat pelbagai sebab kad pengenalan lewat atau tidak dituntut antaranya kesibukan pemohon untuk datang ke JPN mengambil MyKad mereka, berpindah ke lokasi lain serta dokumen sedia ada masih elok dan boleh digunakan.

Katanya, untuk kes pemohon berpindah ke tempat lain, mereka dinasihat supaya memaklumkan kepada JPN supaya pihak jabatan dapat menghantar MyKad mereka ke JPNberdekatan.

Jariah berkata, pelbagai usaha dilakukan oleh JPN untuk mengatasi masalah kad pengenalan tidak dituntut termasuk menghantar makluman kutipan kad pengenalansiap atau 'Calling Card' kepada pemohon berdasarkan alamat pada kad dokumenpengenalan diri itu.

"Hebahan menerusi media massa juga dibuat secara berterusan di samping paparan senarai MyKad yang tidak dituntut dalam portal JPN," katanya.

Selain itu, mulai tahun 2010 JPN telah berkerjasama dengan agensi kerajaan lain seperti Polis Diraja Malaysia dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) untuk menghantar MyKad yang tidak dituntut ke rumah pemohon. - BERNAMA

Risda juga akan disenarai di Bursa Malaysia

SINAR HARIAN

'Tindakan kukuh ekonomi Bumiputera'
Tan Sri Rahim Tamby Chik
 
 
ALOR GAJAH - Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) berhasrat mengikut jejak Felda Global Ventures Holdings (FGVH) untuk disenaraikan di Bursa Malaysia.
  
Pengerusi Risda Tan Sri Rahim Tamby Chik berkata pihaknya sedang melakukan kajian berhubung kaedah terbaik bagi tujuan itu.
  
"Risda berbeza dengan Felda kerana tanah ladang dimiliki pekebun sendiri, dan perancangan ini bergantung kepada kelulusan kerajaan," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan dividen peserta Rancangan Tanaman Baru Berkelompok (RTBB) dan Tanam Semula Komersil (TSK) negeri Melaka di Masjid Tanah di sini.
  
Seramai 2,113 peserta di seluruh negeri itu menerima dividen keseluruhan berjumlah RM26.98 juta.
  
Rahim berkata bagi tempoh terdekat, Risda bercadang mewujudkan unit amanah melalui Risda Holdings bagi menjaga kepentingan dan meningkatkan pendapatan pekebun kecil serta kakitangan Risda.
  
Sementara itu, menurutnya, Risda menjangkakan pengagihan dividen kepada peserta RTBB dan TSK di seluruh negara akan diselesaikan sebelum Aidilfitri.
  
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu lepas mengumumkan pembayaran dividen berjumlah RM314.6 juta kepada 39,306 peserta RTBB dan TSK bagi tahun 2011. - Bernama

Cuepacs harap bayaran khas RM500 dipanjangkan kepada pesara KWSP

SINAR HARIAN

logo cuepacs
Cuepacs
 
 
PUTRAJAYA - Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman berharap agar Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan turut dipanjangkan kepada pesara yang memilih untuk mencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
  
Beliau berkata pada masa ini bayaran berkenaan hanya diberi kepada pesara kerajaan yang memilih opsyen pencen, dan kira-kira 300,000 pesara yang memilih opsyen KWSP ini tidak pernah menerima apa-apa imbuhan daripada kerajaan selepas tamat perkhidmatan.
  
"Ramai yang menelefon saya meminta saya membuat rayuan kepada kerajaan agar mereka juga dapat menerima bayaran ini.
  
"Jadi kalau boleh sekali ini kita minta jasa baik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk turut memberikan mereka bayaran khas ini," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.
  
Omar berkata kerajaan turut diminta mempertimbangkan untuk memberi bayaran berkenaan kepada tentera yang berkhidmat 18 tahun ke bawah yang tidak mempunyai pencen, agar mereka tidak merasa tersisih.
  
Najib semasa mengumumkan pembayaran bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam Rabu lalu turut mengumumkan pemberian Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.
  
Pemberian bonus dan bayaran khas itu akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan. - Bernama

Majikan Dinasihat Periksa Ijazah Pekerja

MSTAR ONLINE
 
 
PETALING JAYA: Majikan dinasihat membuat pemeriksaan terhadap latar belakang bakal pekerja mereka bagi mengelak daripada mengambil kerja mereka yang memiliki ijazah palsu.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Hou Kok Chung menegaskan terdapat laporan mengenai kes penjualan ijazah palsu termasuk yang dikeluarkan oleh universiti asing yang tidak wujud serta ijazah palsu yang kononnya dikeluarkan oleh universiti tempatan.

"Saya nasihatkan majikan supaya melakukan pemeriksaan terhadap latar belakang pekerja jika mempunyai alasan kukuh yang mereka mungkin memiliki ijazah palsu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri satu majlis di Bandar Sunway di sini Selasa.

Sementara itu, Timbalan Pendaftar Unit Perhubungan Awam Universiti Sains Malaysia (USM) Mohamad Abdullah berkata universiti itu sentiasa menjalin hubungan baik dengan para majikan.

"Terdapat majikan yang menghubungi kami untuk mendapatkan maklumat mengenai bakal pekerja mereka tetapi kebanyakannya ialah syarikat Singapura. Syarikat tempatan ada berbuat demikian tetapi tidak banyak," katanya.- BERNAMA

Hudud Bukan Agenda PR Tapi Sebahagian Daripada Islam Yang Tetap Diperjuangkan PAS Sepanjang Zaman - Ketua Pemuda

MSTAR ONLINE
 
 
KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi berkata, hudud adalah sebahagian daripada dakwah PAS yang tidak dapat dipisahkan dari parti itu walaupun secara realitinya mereka sedar ia sukar untuk dilaksanakan di negara ini kerana iklim politik dan latar belakang masyarakat yang majmuk.

“Hudud adalah sebahagian dari Islam yang diperjuangkan oleh PAS sejak awal penubuhannya. Ertinya perjuangan PAS bukan berpaksikan hudud semata - mata, sebaliknya paksi perjuangan PAS ialah Islam dan hudud itu adalah sebahagian daripadanya.Seunjuran dengan itu, ditegaskan bahawa PAS konsisten memperjuangkan Islam,” kata Nasrudin dalam kolumnya di Harakahdaily.net sebagaimana yang diterbitkan pada Selasa.

Beliau juga menulis, hudud adalah undang-undang jenayah syariah yang telah diwahyukan oleh Allah iaitu satu realiti yang tidak boleh siapa pun menafikannya.

Oleh yang demikian, ia adalah satu kewajipan yang mesti dilunaskan oleh sebuah pemerintahan Islam.
Sementara pemerintahan Islam itu pula adalah terbentuk dari mandat [baiah] rakyat khasnya rakyat yang beragama Islam. Tanpa mandat tersebut, pemerintahan Islam tidak dapat dibina dengan kukuh dan baik.

“Jika PAS menang bersendirian melalui mandat majoriti rakyat yang diterjemah melalui peti undi [melalui proses demokrasi] maka PAS pastinya akan melaksanakan malah selesa untuk melaksanakan syariat Islam dalam semua aspek termasuk undang-undang jenayah Syariah sebagai alternatif kepada kegagalan sistem dan undang-undang ciptaan manusia menangani gejala mungkar dan jenayah.

”Namun secara realitinya, iklim politik dan latar belakang masyarakat yang majmuk dalam negara kita sangat sukar untuk PAS menang dan membentuk sebuah pemerintahan secara bersendirian. Ini satu realiti yang diakui walaupun ia bukanlah suatu yang mustahil.

“Namun bagi memastikan hasrat perlaksanaan syariat Islam di Malaysia menjadi satu kenyataan mudah, ia memerlukan semua pengundi dari kalangan ummat Islam termasuk ahli Umno dan atas pagar mengundi PAS.

"Maksudnya, Umno perlu menyerahkan semua kerusinya kepada PAS atau paling tidak bersama menyertai PAS, dengan itu jumlah kerusi PAS atau muslim akan melonjak maksimum ke 130 kerusi parlimen bagi membentuk kerajaan Islam yang bersedia mendaulatkan syariat Islam yang adil saksama dan telus,” ujar beliau lagi.

Pakatan Rakyat katanya telah beberapa kali berbincang tentang perkara ini dan mereka telah "setuju untuk tidak bersetuju" atau “DAP tidak menerima hudud dan PAS tidak boleh paksa mereka untuk menerimanya sebagaimana mereka tidak boleh menghalang hasrat PAS mahu mendaulatkan syariat Islam itu.”

Kata Nasrudin, itulah pendirian Pakatan tentang hukum hudud.

Oleh yang demikian kata beliau lagi, Pakatan Rakyat melalui mesyuarat tertingginya telahpun membincangkan perkara ini.

PAS katanya mengadakan kerjasama politik dengan parti - parti pembangkang yang lain iaitu DAP dan PKR untuk membentuk Pakatan Rakyat bagi mendepani Umno dan Barisan Nasional (BN).

Menurut beliau, kerjasama ini adalah kerjasama politik dan bukannya kerjasama agama dan ideologi perjuangan.

“Terdapat beberapa persamaan dalam tindakan politik antara parti-parti yang berbeza ideologi ini, antaranya seperti menentang ISA, AUKU, rasuah, pembaziran, ketirisan dalam perbelanjaan dana awam, keadilan dalam sistem pengurusan dan kendalian pilihanraya dan banyak lagi,” tegasnya.

Malah beliau menjelaskan, jika mereka (PAS) idak boleh melaksanakan semua [kandungan Islam] maka laksanakanlah apa yang termampu daripada Islam itu.

“Bertolak dari kaedah ini, PAS kemukakan pendekatan baru melalui projek "Negara Berkebajikan" yang merupakan sebahagian dari ajaran Islam itu sendiri. Sebuah projek yang dikemuka kepada rakyat ke arah pembentukan sebuah negara yang bebas rasuah, penyalahgunaan kuasa politik, penyelewengan ekonomi dan menepati piawaian " Good Governence".

"Inilah yang menjadi keutamaan PAS masa kini,” katanya.

Bagaimanapun beliau mengaitkan isu hudud yang mula diperkatakan semula ini sebagai sebahagian daripada gendang yang dipalu sekuatnya oleh Umno dan melihatnya sebagai tanda-tanda pilihan raya umum semakin hampir.

“Umno terpaksa sekali lagi menggunakan peluru karatnya iaitu hudud untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat. Saya akui hudud bukan agenda Pakatan Rakyat tetapi hudud adalah sebahagian daripada Islam yang tetap diperjuangkan oleh PAS di sepanjang zaman,” jelas Nasrudin.

ABBY ABADI TIDAK PERLU LAH NASIHAT USTAZAH UMIE AIDA LAGI...

Oleh:  WFAUZDIN NS

BUKAN mudah untuk berhijrah dari perkara buruk kepada perkara yang baik.  Sebab itu lah Allah janjikan pahala Jihad buat mereka yang sanggup berhijrah dari selalu melakukan maksiat kepada amalan kebaikan.  Ini lah yang ingin dilakukan oleh artis seperti Abby Abadi.

Boleh dikatakan ramai yang tahu dan kenal artis popular ini.  Di zaman mudanya, sama seperti kebanyakan kita juga banyak terlalai.  Waktu itu, ada sesiapa yang menegur kita dari kelalaian tersebut?  Jika ada, Alhamdulillah, itu pun mungkin ibu dan bapa kita sahaja.  Orang di luar sana seolah-olah lebih seronok melihat anak-anak remaja terus lalai.  Tiada siapa peduli.

Ketika ke Mekah bersama suami...
Umie Aida bersama suami
Abby Abadi kini bertudung menutup auratnya
Apabila Abby Abadi mahu berhijrah dari zaman yang beliau rasakan agak gelap kepada penghidupan yang lebih tenang dan diredhai Allah, mengapa banyak pihak seolah-olah merasa sakit hati dengan perubahan beliau?  Salahkah Abby Abadi menasihatkan kawan-kawannya di dalam golongan artis agar sedar bahawa dunia ini hanya sementara?  Abby Abadi dulu pun dinasihat orang lain juga sebelum beliau menjadi seperti sekarang.

Artis Umie Aida sebagai contoh artis yang galak sangat menghentam Abby Abadi.  Bukankah Umie Aida telah pergi ke Mekah?  Sepatutnya sewaktu ke Mekah menutup aurat, kembali ke Malaysia pun mestilah diteruskan menutup aurat kerana hukum menutup aurat bukan hanya berkuatkuasa di Mekah sahaja.  Tetapi Umie Aida?  Paling kecewa sekali, dia sendiri sudahlah gagal menjaga maruahnya, bila ditegur marah pula.  

Buat Abby Abadi, istiqomah dan tabah dalam meneruskan perjuangan.  Diberitakan kontrak Abby Abadi dengan syarikat pengeluar tudung ditamatkan.  Itu lah ujian buat beliau.  Adakah Abby Abadi akan kembali 'sesat' dengan mendakwa rezeki itu di tangan manusia.  Mudah-mudahan Allah pelihara beliau dan kita semua dari kesesatan./wfauzdin.blogspot.com

Siapa calon MB BN Selangor?



Oleh Subky Latif


JIKA BN berjaya menawan semula Kedah dalam PRU 13 ini calon Menteri Besarnya ialah Dato Mukhriz Mahathir.

Calon itu bukan sudah ditentukan Datuk Najib sebagai Pengerusi BN tetapi ditentukan oleh orang-orang dalam Majlis Profesor Negara. Tetapi mereka belum menentukan lagi siapa calon MB untuk Kelantan dan Selangor.

UMNO pernah mencalonkan Dato Mustapa Mohamed tetapi tidak menjadi. PRU 2008 dicalonkan pula Dr. Awang Adek Hussein. Tidak jadi juga.

Kali ini belum dicalonkan sesiapa kerana keadaan itu seperti harap ada, percaya tidak. Atau juga mungkan harap tidak, percaya pun tidak. Maka mungkin MB Kelantan itu ditentukan betul-betul PAS kalah. Selagi PAS belum kalah di Kelantan, eloklah tidak dinamakan sesiapa dulu.

Yang BN yakin dapat rampas semula ialah Selangor. Maka di sini UMNO boleh menyediakan calon MBnya. Tetapi setakat ini UMNO belum lagi mencalonkan sesiapa, malah para professor pun belum berani menamakan sesiapa.

Mereka berani mencalonkan Mukhriz di Kedah, walau pun professor lain yang mengatakan Dato Seri Azizan Razak akan kekal sebagai MB seperti yang dibayangkan oleh Prof. D. Mansor Mohamad Nor. Tetapi setakat ini semuanya tercari-cari siapa calon MBnya?

Dr. Khir Toyo sudah dari awal tak termasuk dalam senarai.

Nama yang ada dalam baris depan UMNO Selangor ialah Noh Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang juga Timbalan Pengerusi UMNO Selangor.

Sepatutnya dialah calon yang pertama. Merdeka Center patut mengambil langkah membantu BN siapakah yang dikehendaki oleh UMNO dan pengundi Selangor jadi orang yang terbaik untuk menjadi Menteri Besar kiranya ia berjaya menumbangkan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Saya tidak kata, Pakatan Rakyat dan Tan Sri Khalid akan digulingkan, tetapi semua profesor sudah bersorak sorai mengatakan UMNO akan memenangi Selangor semula.

Jika Selangor sudah boleh diambil semula maka mereka mestilah menamakan siapa pula Menteri Besarnya.

Bukanlah hak professor itu untuk menamakan calon MB itu. Ia hak mutlak PM Najib pada masa ini. Dia ketua UMNO dan dia ketua BN. Kuasanya saja yang berhak menamakannya. Bukan orang lain. Tetapi kerana sang professor sudah berani menamakan Mukhriz orang yang paling popular untuk menjadi calon pertama jawatan itu di Kedah, tentulah mereka juga boleh menamakan sesiapa di Selangor.

Cuba agensi kaji selidik dapatkan pandangan responden di Selangor adakah Noh Omar menjadi pilihan yang terbaik bagi menjadi Menteri Besar Selangor atau ada orang lain yang mereka kira lebih baik?

Mereka jangan fikirkan Noh itu adalah orang terpenting UMNO Selangor selepas Datuk Najib. Datuk Najib telah awal-awal lagi bahawa calon utama baginya untuk BN di mana-mana saja adalah calon yang boleh menang. Ketua UMNO Bahagian dan pemimpin UMNO negeri belum tentu dijamin menjajdi calon boleh menang. Maka kita tidak dapat agak siapa yang Najib fikir boleh menang.

Maka yang pertama professor dan agen kaji selidik patut bantu PM apakah Noh Omar boleh jadi calon boleh menang di mana DUN di Tanjung Karang. Mungkin dia boleh menang di mana DUN di Selangor, tetapi adakah dia calon yang membantu kemenangan untuk semua DUN bagi menjadikannya Menteri Besar?

Mungkin calon yang lain ialah Dato Seri Mohd. Zain Mohamad, Setiausaha Perhubungan UMNO Selangor. Dia pernah menjadi menteri kerja raya dalam kabinet Tun Abdullah Badawi selepas PRU 2008 tetapi telah digugurkan oleh Najib.

Mungkin Selangor yang terkaya itu memerlukan seorang korporat untuk menjadi MB bagi mengimbangi imej profesional Tan Sri Khalid bagi menjamin aliran pembangunan Selangor mendapat sambutan. Calon saudagar yang paling hebat di Selangor ialah Tan Sri Rozali Ismail, CEO Syabas.

Peranannya lebih banyak dari Noh dalam usaha menjatuhkan kerajaan Pakatan. Mungkin Rozali lebih tepat jadi MB Selangor yang baru?

Mencari Batu Tergantung Dalam As Sahkarah



Banyak bungkah-bungkah bangunan dan monumen-monumen di Baitulmaqdis yang boleh dijadikan mercu tanda atau sebagai wajah pengenalan kota berkenaan. Semua bangunan purba yang terdapat di situ layak untuk dijadikan mercu tanda. Ini termasuklah tembok-tembok ketinggian mencecah lebih 35 meter dengan ketebalan 10 hingga 15 meter yang dibina di zaman beberapa kerajaan yang menguasai tanah suci itu sejak ribuan abad lalu. 
Keindahan dan kehebatan As Sahkarah.
Sesuai dengan kota yang penuh dengan ketamadunan dan sejarah agama, maka apa juga monumen yang terdapat di situ boleh dianggap sebagai mercu tanda Baitulmaqdis atau pun sebagai identiti bandar suci yang sangat dirindui itu. Apa tidaknya semua khazanah sejarah itu unik, artifek dan monumen-monumen yang masih wujud mempesona dan mengkagumkan tiada kedapatan di tempat lain.

Apa pun Qubbat As Sahkarah atau Dome of the Rock atau pun Kubah Batu adalah paling wajar dijadikan mercu tanda berbanding dengan menara-menara kuil, gereja ataupun lain-lain bangunan. Ketinggian dan rupa bentuknya mudah disambar mata, bumbungnya yang bersadur emas terpilih itu boleh dianggap sebagai mentari Baitulmaqdis. 

Tatakala mentari dalam perjalanan pulang ke lubuk tidurnya ia akan memanah bumbung kubah itu menyebabkan pantulan cahaya kekuningan akan menyirai dan jatuh ke segenap laman di Al Haram Al Syarrif. Pemandangan ini sungguh indah dan syahud serta mengharukan rasa hiba. Mungkin inikah syurga?

Secara umum As Sakharah telah melalui tiga zaman atau tiga periode pemerintahan; iaitu zaman Islam, perang Salib, penguasaan sementara British dan zaman kependudukan Israel kini. Cis Isreal.

Kewujudannya mengambil tempat sebagai seni bina Islam termahal dan terawal di dunia. Sejarah pembinaan modennya bermula pada tahun 687 Mesihi sehingga tahun 691 Mesihi oleh Khalifah Abdul Malik Marwan, khalifah kerajaan Ummayiah. Ia dibina selepas setengah abad kewafatan Rasulullah s.a.w. Saya tidak dapat hendak berilusi apa kata dan komen Rasulullah kalau baginda melihat akan kecantikan dan keagungannya?
 
Qubbat As Sahkarah terletak di dalam satu kawasan, Al Haram As Syarrif yang dianggarkan seluas 1,500 hektar. Di dalam ini juga tedapatnya masjid Al Aqsa yang berkedudukan kira-kira 80 meter dari laman kubah Sahkarah. Masjid Al Aqsa adalah masjid suci ketiga dan terpenting dalam Islam. Tiga entiti atau komponen ini; Al Haram Al Syarrif,  masjid Al Aqsa dan As Sahkarah sukar dipisahkan. Ia adalah 'triniti' yang membentuk kompleks agung itu.

Yang jelas, As Sahkarah adalah satu entiti yang memiliki sejarah dan kelebihan tersendiri yang tidak ada kepada masjid Al Aqsa. Bahkan sejarah keagamaan inilah menjadikan kawasan Al Haram As Syariff  itu sebagai tempat suci yang mana diiktiraf oleh Quran tempat suci ketiga bagi Islam. Jika tidak wujud Qubbat As Sahkarah di situ, Al Haram Al Syariff tidak mempunyai apa-apa erti dan keawliatannya. 

Di sini saya hendak menceritakan mengenai kelebihan dan keistimewaan Qubbat As Sakharah terlebih dahulu kemudian saya akan memberi gambaran mengenai suasana dan keadaan lapangan Al Haram Al Syariff pada catatan lain. InsyaAllah ia akan dirangkumi dengan catatan atau lakaran rasa terhadap masjid Al Aqsa serta kisah-kisah atau kesan-kesan sejarah lain terdapat di sampingannya yang sungguh mengharukan. 

Banyak kekeliruan mengenai kubah yang juga dikenali dengan Kubah Baru ini sebenarnya yang sengaja dipesongkan oleh penentang agama Allah yang benar, Islam. Saya mengira orang Yahudi cuba memesongkan kerana ada tujuan dan strategi tertentu. Satu masa dan sterusnya Yahudi begitu mengidam untuk menguasai tapak masjid al Aqsa kerana mempercayai di situlah terletakkan tapak Kuil Solomon (Nabi Sulaiman) yang menjadi pujaan mereka. Jadi apabila mereka mengalihkan pandangan dengan menamamakan As Sahkarah sebagai masjid al Aqasa menyebabkan pemerhatian dan penjagaan umat Islam akan terfokus kepada kubah batu itu. Dalam masa sama mereka terus berusaha untuk menawan dan merampas masjid Al Aqsa.

Saya sendiri dulu menganggap Kubah Batu ini sebagai masjid Al Aqsa. Sekeping gambar yang saya beli di Sarajevo, Bosnia-Hezegovina, (2003) memberi caption ia sebagai masjid Al Aqsa. Sehinggalah seorang tetamu datang ke rumah yang melihat gambar itu memberi penjelasan bahawa yang tertera itu bukan masjid Al Aqsa tetapi As Sahkarah.

Keizinan Allah membenarkan saya mengujungi Baitulmaqdis dua minggu lepas memberi kesempatan kepada saya untuk menjamah dengan fizikal kubah berkenaan dan merasai akan keajaibannya dengan jiwa sendiri. Kesempatan itu juga memberi peluang untuk saya mengenali kedudukannya serta mengetahui beberapa rahsia yang sulit yang ada di sekelilingnya. Pengenalan saya kepada Sahkarah kini bukan secara zahiriah tetapi menerusi naluri spritual juga. 

Paling bertuah saya masuk sendiri ke dalam kubah berkenaan yang berbebntuk bulat pesegi yang saya anggar keluasan atau saiznya 250 atau 350 meter. Ada beberapa kesan sejarah yang terlindung di bawahnya. Yang paling bernilai ialah tempat di mana Rasulullah mendirikan solat sebelum baginda 'mikraj' ke langit. Tempat ini terletak di dalam sebuah gua kecil yang posisinya menurun ke bawah. Untuk turun ke gua ini perlu melalui beberapa anak tangga. Dipercayai dan dianggap di situlah tempat Rasulullah bersolat sebelum mikraj – naik ke langit.

Hampir setiap hari gua kecil berkeluasan 20 kali 30 meter ini dipenuhi dengan pelawat yang mengambil kesempatan meninjau dan mendirikan solat hajat, berdoa dan bermunajat. Ia dianggap sebagai lokasi mustajab untuk berdoa. Rasanya elok sesiapa yang hendak menjadi calon dalam pilihan raya atau pun bagi mendapat jodoh mengunjungi Baitulmaqdis dan berdoa di sana!

Kehadiran saya itu menjawab persoalan dan teka teki selama ini yang mengatakan di bawah As Sahkarah terdapat batu yang berkedudukan tergantung. Kononnya batu itu mulanya berada dalam jarak tinggi dengan bumi tetapi menjadi semakin rendah dan hampir mencecah bumi kerana terlalu berat menanggung dosa umat manusia.Lebih 'obiuse' lagi di zaman kanak-kanak ada saya mendengar cerita apabila batu itu mencecah bumi maka kiamat pun akan berlaku. Oh... batu itu semacam suis kiamat pula!

Versi keagamaan pula dan banyak diceritakan di dalam hadith, kononnya batu itu juga mahu mengikut Nabi 'mikraj' ke langit tetapi ditahan oleh Jibrail kerana bimbang tidak mampu menghadapi cabaran dalam perjalanan menemui Tuhan. Saya tidak pasti batu mana yang disebutkan itu. Kerana tidak mungkin batu yang membentuk gua berkenaan yang dimaksudkan itu. Kalau batu (gua) itu ia merupakan komponen yang besar dan bukan bersiri individul.

Bahagian dalam kubah itu yang dianggap sebagai inti Sahkarah kini sedang dalam proses pembinaan. Kedapatan besi-besi serta peralatan pembinaan di dalamnya, bercerangahan. Kawasan sekeliling juga ditutup. Mungkin dari belah dalam kita akan dapat melihat batu yang dikatakan. Memang dari sebuah tingkat cermin dapat dilihat akan suasana di dalamnya atau lebih tepat sebagai lantai ia adalah batu. Sekali lagi dipercaya atas batu inilah tempat Nabi kita berdiri kemudian ghaib. 

Dari maklumat lain, katanya batu itu memang asalnya tergantung tidak tersentuh bumi. Tetapi akhirnya ia dibina foundation atau tongkat konkrit untuk menahannya dari jatuh. Para pembesar Islam yang mengujungi ke tempat itu dikatakan tidak berani untuk berada di bawahnya kerana bimbang takut menghempap kepalanya. Gambaran ini menunjukkan batu itu tergantung? Sejauh mana benar walah’hualam kerana saya tidak nampak akan batu yang dimaksudkan itu, kecuali masuk ke dalam gua tempat dimana Rasulullah bersolat sebelum mikraj.

Kubah As Sahkarah yang ada kini adalah tambahan kepada kubah asal yang diperbuat dari kayu yang mana arahan pembinaannya dibuat oleh Syadina Ummar Khattab. Pembesaran dan pembinaanya modennya dilakukan pada zaman pemerintahan Ummayiah. Bermula di sinilah ia dibina dengan penuh aritistik sekali menjadikan ia satu-satu kubah yang terindah dan tercantik didunia seperti mana yang ada kini.

Kedudukannya atau posisinya di dalam Al Haram As Syaarif begitu strategik. Ia berada di muka pintu besar daripada 12 pintu yang terbentuk di tembok itu. Semua pintu berbentuk pintu gerbang mempunyai nama masing-masing. Beberapa pintu telah ditutup atau dibina baru kerana mengalami keretakan atau runtuh.

Nama-nama pintu itu ialah; Iron Gate, Counsul Gate, Cotton Merchant’s Gate, Abolution Gate, Chain Gate, Gate of Remission (pintu utama), Gate of the Prives, Gate of Mercy, Gate of Delness, Margibi Gate, (gate ini laluan masuk untuk bukan orang Muslim). Setiap di muka pintu ini tercegak binatang Israel dengan senjata yang mengawal dan memeriksa setiap orang yang hendak bersujud di rumah Allah itu.

Sebaik melangkah masuki menjaguk ke kawasan itu bumbungnya yang kuning keemasan menyilau ke dalam mata dan hati menyebabkan jantung kita akan berdegup kencang dan tertegun beberapa saat. Kehebatan dan keagungan daya cipta manusia menjadikan kita insaf dan tertunduk kepada ke besaran Allah.

Saat masuk keadaanya di dalamnya agak tidak terurusan. Mungkin disebabkan kebetulan proses pembaikpulihan bahagian tengah sedang dilakukan. Debu bertaburan di mana-mana sahaja. Karpet juga sudah ada yang lusus dan agak lama tidak bertukar ganti. Hanya kaum wanita dibenarkan mendirikan solat di bawah kubah ini. Pada hari Jumaat kaum wanita akan memenuhi kubah ini dan melimpah ke sekeliling sehingga hampir rapat dengan laman masjid Al Aqsa yang dikhas untuk kaum lelaki.

Para jemaah akan berhimpun atau bertompok di tepi-tepi mihrab-mihrab kecil yang dibina di sekeliling kawan As Sahkarah. Mihrab itu dulu merupakan tempat para imam muktabar membawa kitab dan mengajar. Imam Ghazali dikatakan pernah mengajar di salah satu mihrab berkenaan. Terdapat sekurang-kurang enam mihrab kecil, al-Silsilah, an-Nabwaj, al-Mikraj, al-Khalili, an-Nahawiah dan sebuah mimer bernama Burhan ad-Din.
 
Menurut seorang pengurus Al Haram Al Syariff mereka mempunyai wang terhad untuk menjaga dan menguruskan As Sahkarah. Biaya yang diperolehinya dari derma tidak mencukupi untuk menanggung kos pengurusan yang agak besar juga. Apa yang mereka dapat lakukan mengikut kemampuan yang ada. Keperluan kini sangat terdesak untuk membaik pulih atau merawat As Sahkarah. Kurang pasti pula sebanyak mana dana diberikan oleh UNESCO untuk penyelangaraan dan memelihara As Shakarah? Khabarnya As Shakarah antara bangunan sejarah dan antik yang dipedulikan UNESCO. 

Penguasa binatang Yahudi menurutnya tidak membantu dan tidak akan membantu. Apa yang mereka tahu mengawal setiap pintu masuk ke Al Haram Al Syarrif 24 jam. “Yang boleh membantu ialah kaum Muslim... dan bantuan itu katanya adalah kewajiban kerana walaupun Sahkarah terletak di Baitulmaqdis tetapi dari segi spritual dan historikalnya ialah adalah milik semua umat Islam tidak kira di mana mereka berada,” ujarnya. Iya sekiranya Sahkrah runtuh atau Al Aqsa jatuh ke tangan Israel seluruh umat Islam di dunia ini perlu bertanggungjawab dan merasa malu.

Seperti saya nukilkan dalam “puipen” saya mengenai Sahkarah... “kau adalah pujaanku yang hilang kesekian lama, aku memburu dan mencari.. pertemuan ini tidak lebih dari menggantungkan rasa riduku kepadamu. Kapan lagi aku kemari? Aku sendiri sendiri pandir mengenainya... tetapi wajah mu terus termimpi-mimnpi dalam mindaki.” 
Bersambung...


Bahagian dalam As Sahkarah dilihat dari tingkat bercermin.
Anak tangga untuk turun ke bawah gua.
Pemandangan dalam gua tempat Rasulullah solat sebelum mikraj.
Pemandangan bahagian dalam As Sahkarah.
Syiling As Sahkarah indan dan memegunkan.
Lagi pemandangan bahagian atas As Sahkarah.
Mihrab-mihrab kecil di laman As Sahkarah.
Lapangan dari Sahkarah ke masjid Al Aqsa.
Bergambar kenangan dengan dua sahabat, Rushdan dan Fauzi.

Gara-gara Tamatkan Kontrak Abby Sebagai Duta Tudung, AlHumaira Contemporary Diboikot


 
KELAB GREENBOC

Masuk PAS: Kontrak Abby jadi duta tudung ditamatkan

Pelakon dan penyanyi terkenal, Abby Abadi menulis dalam laman sosial Twitter yang kontraknya sebagai duta kepada sebuah syarikat tudung, baru sahaja ditamatkan kerana penglibatannya dalam PAS.

"4 Julai 2012 - Kontrak saya sebagai duta kepada tudung mereka terbatal secara rasminya.

"Saya terima dengan hati terbuka & saya minta maaf kerana terlibat Pakatan Rakyat," tulisnya di laman Twitter pagi tadi.

Sementara itu syarikat tudung berkenaan, AlHumaira Contemporary (AHC), dalam maklum balas segera dalam facebooknya berkata, kontrak itu ditamat kerana "tidak mencapai matlamat yang diharapkan".

Tanpa menyebut nama Abby, syarikat itu menegaskan bahawa pihaknya sebenarnya berhak mengikut undang-undang untuk menamatkan kontrak pada bila-bila masa yang dianggap sesuai mengikut situasi.

"Itu ialah hak kami dan kami berharap semua pihak boleh respect (hormat) keputusan ini," kata syarikat itu pada laman Facebooknya, merujuk kepada "seorang artis yang baru beberapa bulan bertudung yang juga merupakan bekas duta AHC".

Sementara itu, pelakon dan penyanyi terkenal itu yang kini aktif berceramah - ketika ditemui Malaysiakini Jumaat lalu - menyifatkan penyertaannya ke dalam parti itu merupakan sebahagian daripada langkahnya mendekati agama.

Menurut Abby, ia bukanlah satu penghijrahan politik seperti yang dianggap ramai pihak.

"Saya tak pernah terfikir nak guna istilah penghijrahan itu sebab saya terlibat secara tak sengaja," katanya sewaktu ditemui di Shah Alam.

Menurut Abby, perubahan dirinya yang kini bertudung dan mula mendekati agama dilakukan sebelum beliau mula mendekati PAS lagi.

"Hidayah atau penghijrahan ini kita dah dapat semua sebelum masuk PAS," kata Abby.

Abby yang dahulu merupakan sebahagian daripada kumpulan Elite dan popular dengan siri drama Gerak Khas menjadi ahli PAS seumur hidup pada 19 Julai lalu.

Beliau menyerahkan sendiri borang keahliannya kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat dalam satu majlis di Kota Bharu, Kelantan.

Menurutnya, beliau mula mendekati PAS selepas dijemput parti itu untuk berceramah tentang perubahan dirinya daripada seorang yang tidak bertudung kepada seorang yang bertudung.

"Saya pada mulanya dijemput untuk berkongsi tentang saya punya hijrah itu," kata Abby.

Beliau kemudiannya membuat keputusan menyertai PAS kerana tertarik dengan perjuangannya yang berteraskan agama Islam.

"Kita nampak PAS itu perjuangan dia memang perjuangkan agama. Saya sertailah sebab saya nampak benda itu memang baik untuk agama," kata Abby ringkas. -mk

Ulasan GB

Karut betul tindakan syarikat tudung (AlHumaira Contemporary) berkenaan.

Apakah PAS sebuah parti tidak berdaftar?

Tidak sedarkah syarikat itu bahawa kini sudah ramai yang menyokong dan menyertai PAS?

Pengeluar tudung bukan satu.

Rezeki itu di tangan Allah. Kita berharap Abby Abadi bersabar. Kebenaran dan keadilan bakal terjawab nanti.

Ramai yang bakal memboikot membeli tudung dari AlHumaira Contemporary!

kemaskini

Rupa-rupanya baru sebentar tadi, seperti yang GB jangkakan di atas, sudah muncul FB mengajak orangramai memboikot syarikat tudung berkenaan. Baru 1 jam dilancarkan sudah mendapat respons LIKE seramai 705 orang.


LINK: Kami Boikot Syarikat Al-Humaira' Contemporary

Biar letak jawatan, jangan dipecat

 
Tindakan itu adalah harga demokrasi yang perlu dibayar Lajim kerana meletakkan semua jawatannya dalam Umno serta Pengerusi BN Beaufort Sabtu lalu. 




KUALA LUMPUR: Naib Presiden Perkasa Datuk Zulkifli Noordin menasihatkan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Lajim Ukin turut meletakkan jawatan kabinet dan keluar Umno daripada terus membiarkan dirinya dipecat.

Zulkifli berkata, tindakan itu adalah harga demokrasi yang perlu dibayar Lajim kerana meletakkan semua jawatannya dalam Umno serta Pengerusi  BN Beaufort secara tiba-tiba Sabtu lalu.

“Tidak ada jalan lain lebih bermaruah dan demokrasi selain daripada letak jawatan dan teruskan perjuangan dengan wadah yang dipilihnya,” katanya kepada pemberita selepas di Majlis Berbuka Puasa Perkasa di Dewan Kelab Sultan Sulaiman di sini, malam tadi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini dijangka akan memutuskan kedudukan Lajim selepas beliau melepaskan jawatan sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno dan Ketua Umno Bahagian Beaufort.

Najib dalam responnya berkata beliau tidak terkejut dan sudah menjangka selepas melihat tindakan dan ucapan Ahli Parlimen Beaufort itu yang sebelum ini bertengangan dengan dasar parti.

Slogan hari kemerdekaan

Sementara itu, beliau dalam responnya turut mempertahankan slogan Hari Kemerdekaan Ke-55 ‘Janji Ditepati’ yang disifatkannya mempunia ciri universal.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu itu berkata BN sebagai kerajaan yang menguasai pentadbiran Pusat mempunyai hak mutlak untuk menetukan apa jua tema yang difikirkan sesuai.

Beliau berkata pihak pembangkang yang menentang slogan itu kerana selalu mungkir janji kepada rakyat berbanding BN.

Sementara itu di majlis tersebut Perkasa menganugerahkan ‘Bintang Pribumi Perkasa Negara’ dan dinobatkan sebagai  ‘Bapa Modal Insan Pribumi Negara’ selepas mengiktiraf sumbangannya memartabatkan pendidikan Bumiputera semasa menjadi Pro-Canselor Institut Tekbnologi Mara (ITM).
Anugerah itu disampaikan oleh Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali.

Sebelum ini, Perkasa pernah memberi anugerah kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana sumbangannya dalam kepimpinan negara dan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor dari aspek menjaga keselamatan negara.

Cegah jenayah seluruh KL, bukan Lembah Pantai saja

 
Perkara itu dibangkitkan dalam satu kenyataan bersama Nurul Izzah Anwar, Tan Sri Khalid Ibrahim, Dr Tan Seng Giaw, Tian Chua, Tan Kok Wai, Teresa Kok dan Fong Kui Lun (Bukit Bintang). 




PETALING JAYA: Pakatan Rakyat menggesa Polis DiRaja Malaysia (PDRM) tidak hanya menumpukan usaha mencegah jenayah di kawasan Parlimen Lembah Pantai dan Segambut sahaja.

Menyambut baik usaha itu, Pakatan berkata operasi yang bermula sejak hari pertama Ramadan itu juga perlu diperluaskan ke seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“Walaupun dilaporkan kadar jenayah makin menurun, penduduk sudah letih dan jemu mendengar khabar kejadian rompakan, penculikan, dan lain-lain kejadian jenayah yang seakan-akan tidak berkurangan langsung.

“Oleh itu, kami berpendirian PDRM serta Kementerian Dalam Negeri (KDN) wajib memperluas operasi cegah jenayah ini ke seluruh kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan bukannya menumpukan usaha di dua kawasan Parlimen ini sahaja,” katanya.

Perkara itu dibangkitkan dalam satu kenyataan bersama Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Tan Sri Khalid Ibrahim (Bandar Tun Razak), Dr Tan Seng Giaw (Kepong), Tian Chua (Batu), Tan Kok Wai (Cheras), Teresa Kok (Seputeh), Fong Kui Lun (Bukit Bintang).

Pakatan turut menggesa PDRM meningkatkan jumlah anggota polis yang ditugaskan untuk siasatan jenayah bukan dengan menambah lagi jumlah anggota polis secara keseluruhannya tetapi dengan melatih semula dan memasukkan anggota polis dari jabatan lain ke jabatan siasatan jenayah.

90 anggota polis


Katanya, gerak kerja PDRM di lapangan sebegini adalah langkah positif yang seharusnya dilaksanakan daripada peringkat awal.

Namun katanya kontroversi penurunan statistik telah dijadikan alasan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk berlengah-lengah sebelum bertindak,” katanya.

“Apapun diharapkan tindakan objektif dan tidak dipengaruhi arahan politik menjadi prinsip utama gerak kerja seterusnya,” katanya.

Kelmarin, Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata Operasi Pencegahan Jenayah atau ‘Ops Tawan’ yang dijalankan di sekitar Bangsar ternyata berkesan apabila tiada kejadian jenayah dilaporkan berlaku di kawasan itu sejak 48 jam lepas.

Operasi itu disertai 90 anggota polis dari Bukit Aman dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), katanya dipetik Bernama.

Perkembangan politik negeri Sabah: Syabas Wilfrid & Lajim - Azmin

Azmin Ali


KEADILAN melihat perkembangan politik Negeri Sabah sebagai kejayaan agenda reformasi yang disemai lebih 10 tahun yang lalu dan kini menyaksikan hasilnya dengan kebangkitan rakyat Sabah yang berani meruntuhkan tembok ketakutan dan kezaliman; lalu menuntut reformasi yang tulen.

Dua pengumuman penting di Tuaran dan di Beaufort pastinya mengubah landskap politik Sabah dan menzahirkan iltizam politik rakyat Sabah untuk mencetus serta melaksanakan agenda perubahan.

KEADILAN mengalu - alukan pengumuman Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin dan Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing yang meletakkan semua jawatan dari parti masing-masing; UMNO dan UPKO serta kesediaan mereka untuk bersama Pakatan Rakyat dalam usaha melakukan perubahan dalam sistem kenegaraan.

Kita juga menyambut baik iltizam mereka untuk menjana kekuatan rakyat bagi melakukan perubahan di Negeri Sabah. Makanya kerana komitmen yang jelas di kalangan pimpinan Negeri Sabah yang berani mengambil risiko; KEADILAN tidak teragak-agak untuk bersama-sama mereka demi rakyat Sabah.

Kerjasama yang disepakati bersama Pakatan Rakyat merupakan titik permulaan kepada perubahan politik Malaysia dalam Pilihan Raya Umum ke 13. Slogan 'Ini kali-lah' menandakan angin perubahan telah sampai ke bumi Sabah. Sudah tiba masanya untuk rakyat Sabah sendiri menentukan masa depan Negeri Sabah serta menikmati hasil kekayaan Negeri yang selama ini diagihkan secara tidak adil oleh pentadbiran UMNO - Barisan Nasional (BN). Rakyat Sabah juga perlu menolak UMNO - BN yang mengkhianati semangat pembentukan Malaysia.

Dua pengumuman penting yang bersejarah itu menjadi bukti betapa rakyat Sabah sudah hilang keyakinan kepada kepimpinan Dato' Seri Najib Tun Razak dan BN. Tambah pula, pentadbiran Dato' Seri Najib hanya sekadar menabur janji dan sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri, ianya ditandai kegagalan untuk menepati janji.

Tekad rakyat Sabah untuk bersama Pakatan Rakyat pada hari ini adalah berpaksikan kepada keyakinan mereka terhadap agenda Pakatan Rakyat untuk melaksanakan perubahan. Mereka yakin dengan dasar - dasar Pakatan Rakyat yang terkandung dalam Buku Jingga dan perlaksanaannya akan menepati dan memenuhi hasrat dan cita - cita murni rakyat Malaysia yang mahukan urus tadbir yang baik serta pengagihan ekonomi yang adil kepada semua rakyat.

KEADILAN turut mengalu - alukan penubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPS) dan Angkatan Perubahan Sabah (APS) serta kesediaannya bersatu di bawah payung Pakatan Rakyat untuk menjana arus perubahan dalam Pilihan Raya Umum ke 13.

Ini menandakan keyakinan rakyat Sabah kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai peneraju utama dalam Pakatan Rakyat yang insha Allah akan dinobatkan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 7.

 Semoga kebangkitan rakyat Sabah pada hari ini akan menghasilkan kejayaan dengan tertubuhnya Kerajaan Rakyat Negeri Sabah dalam Pilihan Raya Umum ke 13.

Salam reformasi

Azmin Ali ialah Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat

Johor: Bunyi kaya tetapi hanya indah kabar

Salmah Mat Husain,
JOHOR BAHRU: “Saya tak sangka negeri yang terkenal sebagai sebuah negeri yang kaya-raya, pesat membangun rupa-rupanya indah khabar dari rupa,” ujar artis Dayangku Intan (gambar) ketika dihubungi.

Dayangku Intan kini berada di Johor sejak tiga minggu lalu bersama PKR negeri itu untuk turun ke bawah termasuk menyampaikan sumbangan kepada golongan miskin di negeri itu.

Katanya, rakyat negeri itu walaupun kawasan bandar hidup mereka begitu dhaif, lebih miskin dari masyarakat Kelantan.

“Saya heran media dan pemimpin BN dok kutuk Kelantan kononnya negeri itu dikatakan miskin, rakyat susah, tetapi sepanjang tiga minggu Intan di beberapa kawasan di negeri ini, sebenarnya indah khabar dari rupa.

“Negeri kaya, kaya dengan rasuah nak buat apa, tentu tak berkat,”ujarnya.

Menurutnya, dengan pendapatan RM150 sebulan sumbangan kerajaan negeri, mana mencukupi untuk mereka menyara hidup sebulan, apa lagi dengan harga barangan keperluan semakin tinggi.

Sambungnya, berlainan Kelantan negeri miskin tetapi rakyatnya kaya raya kerana keberkatan pemimpinnya yang berlandaskan Islam disamping menjaga harta rakyat.

Katanya, beberapa tempat telah beliau turun bersama pimpinan PKR negeri termasuk  PAS  untuk menyumbang pada mereka yang memerlukan.

Beliau memberitahu, hasil sumbangan dari rakan-rakan termasuk sumbangan zakat, beliau kumpul untuk diagihkan pada masyarakat di negeri itu.

Pada masa yang sama beliau turun untuk berkempen bagi menghadapi Pilihanraya Umum (PRU 13) akan datang di negeri itu.

Selain menyampaikan ceramah, beliau turut menyampaikan risalah-risalah berkenaan Pakatan Rakyat dan mendedahkan korupsi yang telah dilakukan oleh kerajaan BN.

Jelasnya, dalam soal ini ada yang memberi respon yang baik ada yang sebaliknya.

“Tetapi tak apalah, kita doakan saja semoga yang tidak boleh menerima akhirnya dapat bersama kita, insyaallah perbanyakkan doa di bulan Ramadan,”ujarnya.

Sehubungan itu, Intan turut mengingatkan penceramah Pakatan Rakyat khususnya PAS dan PKR supaya menjaga perilaku serta menggunakan bahasa yang lunak sepanjang Ramadan sewaktu berceramah.

Semoga kebaikan bulan Ramadan yang diamalkan dapat diteruskan sebaiknya selepas itu, katanya.

Saleh Man jadi YDP MAIPP, Umno gigit jari

Mohd Sabri Said,
PULAU PINANG: Kini isu Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) sudah selesai sekaligus membuatkan Umno terpaksa 'gigit jari' kerana tidak lagi berpeluang memainkan isu tersebut menjelang pilihanraya umum nanti kata, Setiausaha PAS Negeri, Mohd Nor Harun.

Baginya, perkenan Yang Dipertuan Agung terhadap nama Datuk Saleh Man (gambar) telah diduga walaupun sebelum ini timbul berbagai persoalan terhadap jawatan berkenaan setelah tamat tempuh YDP lama, Ustaz Elias Zakaria.

"PAS Pulau Pinang ucap tahniah terhadap perkenan Yang Dipertuan Agung dan berharap isu yang dimainkan oleh Umno kononya PAS diperkotak katikkan oleh pimpinan Pakatan Rakyat nyata gagal, " tegasnya ketika dihubungi.

Menurut beliau lagi, perlantikan tersebut merupakan 'janji ditepati' Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang mahukan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir yang mewakili PAS dilantik mengisi kekosongan YDP MAIPP.

Menurut Mohd Nor, beliau dan barisan kepimpinan PAS Negeri Pulau Pinang akan berdiri teguh di belakang Datuk Saleh disamping membantu beliau merencanakan atau meringgankan tanggungjawab yang semakin besar di sandangnya sejak diberikan kepercayaan menang pilihanraya kecil Permatang Pasir menggantikan Allayarham Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman yang meninggal dunia tiga tahun lalu.

Walaupun penuh dengan dugaan sebelum mendapat mandat sebagai YDP MAIPP namun beliau tidak pernah resah sebaliknya melaksanakana tugasan sebagai Timbalan YDP MAIPP dengan penuh tanggungjawab.

"Sepanjang tugasanya sebagai Timbalan YDP MAIPP kami nampak ada peningkatan. Di mana banyak program yang dirasmikan nampak tersusun serta mempunyai gaya pengucapan yang bernas, " tambahnya.

Pengumuman perlantikan baru itu dibuat oleh Timbalan Ketua Menteri 1, Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman di aras 52 Komplek Tun Abdul Razak (KOMTAR) baru-baru ini mengantikan Abdul Malik Kassim yang melepaskan jawatan ekoran kesilapan teknik.

Angin politik Sabah bakal melanda Semenanjung

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengharapkan angin perubahan yang bermula di Sabah menjadi titik tolak kepada perubahan di Semenanjung dengan penyertaan pemimpin-pemimpin BN ke dalam Pakatan Rakyat.

Justeru, DPPM mengalu-alukan Ahli Parlimen Beaufort yang juga merupakan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Lajim Ukin serta Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing keluar dari Barisan Nasional dan menyokong Pakatan Rakyat (PR).

“DPPM menganggap kedua-dua ahli parlimen terbabit merupakan mereka yang berani dan tegas dalam mempertahankan prinsip,” kata Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor (gambar).

Menurutnya, meskipun dengan penghijrahan mereka menyebabkan mereka tidak menikmati kehidupan selesa sebagai pemimpin sebuah parti kerajaan seperti sebelum ini, namun atas tekad kedua-duanya untuk melakukan perubahan mereka meninggalkan segala bentuk habuan yang diterima beliau.

Katanya, penghijrahan Datuk Seri Lajim Ukim dan Datuk Seri Wilfred Bumburing menjadi bukti bahawa BN bukan lagi parti yang boleh diharap bagi membantu dan membela rakyat.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata dasar perjuangan BN sudah jauh tersasar daripada matlamat perjuangan mereka terdahulu.

Hari ini, ujarnya pemimpin yang benar-benar berprinsip merasa sukar untuk hidup di bawah payung BN kerana pemimpinnya hanya meletakkan kepentingan untuk diri mereka dan keluarga mereka, bukan untuk rakyat.

Rakyat juga, tambah beliau melihat BN sudah terlalu lama memerintah sehingga segala kepincangan dan penyelewengan terserlah serta sukar disembunyikan lagi.

Beliau menambah, rakyat pula kini mula menaruh harapan kepada Pakatan Rakyat (PR) sebagai parti masa depan yang bakal memimpin negara.

“Sejak akhir-akhir ini juga didapati ramai tokoh pelbagai latar belakang menyertai Pakatan Rakyat.

“Mereka terdiri daripada bekas pegawai tinggi kerajaan, bekas pegawai tinggi polis dan tentera, selebriti, serta ahli-ahli politik,” ujarnya.

Ini, kata Riduan menunjukkan rakyat sudah mula hilang kepercayaan kepada BN dan menunggu masa untuk menghukum BN yang dilihat sudah sampai masa untuk rebah.

Tambahnya, tidak mustahil, selepas ini lebih ramai pemimpin BN dari pelbagai parti khususnya dari Sabah dan Sarawak akan keluar BN dan menyertai Pakatan Rakyat.

“Malaysia perlu diselamatkan dari kemusnahan dengan masing-masing pihak yang mempunyai kesedaran perlu bingkas berusaha bersama-sama membina dan membangunkan sebuah Malaysia baru yang lebih adil, aman dan sejahtera,” ujarnya lagi.

Rumah terbengkalai, 477 tentera jadi mangsa

Harakahdaily,
MACHANG: Polis diminta menyiasat bagaimana satu pemaju perumahan mendapat tuntutan 100 peratus bayaran pinjaman perumahan padahal projeknya terbengkalai.


(Dokumen berupa laporan polis dan surat dari Kementerian Kewangan yang diberikan Zainal kepada Harakahdaily)

Ini kerana, akibat apa yang berlaku, 477 tentera yang terlibat dalam membeli rumah di projek berkenaan dipotong gaji mereka untuk bayaran pinjaman tetapi rumah tidak boleh diduduki.

Menurut salah seorang dari mangsa ini, Zainal Ismail, beliau bersama anggota tentera yang lain membeli rumah di Taman Sri Labok, Machang pada pertengahan 2008.

Mengikut perjanjian jual beli antara mereka, rumah itu akan disiapkan pada tahun 2009 namun sehingga sekarang ia tidak disiapkan.

Yang memeranjatkan mereka adalah, Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP), Kementerian Kewangan telah mengeluarkan 100 peratus bayaran tuntutan kepada syarikat pemaju ini walaupun rumah mereka belum disiapkan lagi.

Ia bermakna, syarikat ini mendapat tuntutan lebih RM40 juta duit dari Kementerian Kewangan itu walaupun tidak menyiapkan rumah yang mereka bina.

Zainal telah membuat laporan polis Balai Polis Machang pada 12 April 2011 ekoran apa yang berlaku.

Beliau juga telah membuat laporan kepada Bahagian Pinjaman Perumahan, Kementerian Kewangan tentang apa yang berlaku.

Hasilnya, Kementerian Kewangan pada 14 Mac 2012 telah mengeluarkan surat kepada Biro Pengaduan Awam, Kuala Terengganu bagi melaporkan kes ini.

Mereka mengesahkan projek ini memang terbengkalai tetapi telah mendapat tuntutan 100 peratus dari kementerian.

Ekoran itu, BPP telah membuat keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas pemaju itu kerana mengemukakan tuntutan palsu kepada kerajaan tanpa menyiapkan rumah itu.

Sehubungan itu, BPP telah membuat laporan polis pada 1 Mac 2012 di IPD Putrajaya yang melibat 12 projek perumahan yang melibatkan pemaju perumahan berkenaan.

BPP juga membuat laporan kepada Lembaga Arkitek Malaysia kerana terdapat pengesahan arkitek terhadap semua tuntutan yang dibuat oleh pemaju berkenaan.

Bagi menguatkan laporannya, Zainal telah menghantar satu surat khas kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar agar membantu beliau dan rakan-rakannya yang teraniaya.

Pas ramal PR tawan 14 kerusi Parlimen di Sabah

Wartawan Sinar Harian

SHAH ALAM - Seorang pemimpin Pas Pusat meramalkan Pakatan Rakyat (PR) akan mendapat sekurang-kurangnya 14 kerusi di Sabah ekoran tindakan dua ahli Parlimen BN menyokong perikatan berusia empat tahun itu.

Ini bermakna, Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Pas (PPP), Dr Dzulkefly Ahmad berkata, simpanan tetap BN di Sabah dan Sarawak sudah tamat.

Beliau berkata, 55 kerusi Parlimen dari 57 dari Sabah-Sarawak telah dibolosi dan sudah tidak ada lagi jaminan BN mendapat sokongan dari kedua-dua negeri ini.

"Hari ini ramalannya ialah 14 kerusi dari Sabah termasuk Kota Kinabalu, Sandakan dan Pensiangan akan mudah-mudah tumbang kepada Pakatan Pembangkang," kata beliau dipetik Harakahdaily.

Ahli Parlimen Kuala Selangor ini mengulas tindakan Datuk Seri Panglima Lajim Ukin dan Datuk Seri Wilfred Bumburing yang meninggalkan BN dan menyokong Pakatan Rakyat.

"Kejutan buat Najib bukan kepalang, amat menyiksakannnya. Mimpi ngerinya semakin menjadi realiti, tambahan masa bukan disebelahnya untuk membuat apa jua percaturan strategik kecuali memandang ke hujung tahun atau dilajakkan ke tahun depan," ulas beliau ekoran kenyataan kedua-dua anggota Parlimen BN dari Sabah itu.

Bagi beliau, tindakan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak sejak akhir-akhir ini hanya menjaga kepentingan dirinya sahaja tanpa memikirkan BN secara menyeluruh.

"Apakah maknanya bagi Najib yang mengikut kajian mutakhir Merdeka Center bahawa ‘tahap keyakinan’ atau ‘Approval Rating’ pada paras 64%, (Jun) menurun 1% dari bulan Mei (65%), sementara tahap keyakinan kepada parti dan BN yang dipimpin terus mengalami penghaksian sokongan ke paras 42%," kata ahli jawatankuasa kerja Pas pusat.

Bagi beliau, Najib hanya mahu pujian dan pengiktirafan rakyat maka dia terus memberi – BRIM 1 dan kini bonus dan sebagainya.

"Kesemua untuk membuktikan bahawa beliau peka dan prihatin kepada rakyat sementara kesan pemberian itu tidak lagi seperti dulu, begitu hebat dan mendalam, termasuk kepada peneroka Felda mutahkir ini," tulis beliau.

Pada pendapat beliau, rakyat umumnya semakin membenci tindakan pemimpin yang cuba untuk memujuk dan menggula-gulakan rakyat seperti.

Tidak kira dari BN atau Pakatan penolakan rakyat terhadap kepimpinan ‘populist’ seperti ini semakin ketara, dakwa beliau.

"Kecuali golongan yang boleh terus ditipu dan dibeli dengan pelbagai ‘pemberian’ ini, rakyat umumnya sedang menyaksikan gelagat kepimpinan Umno-BN yang semacam cacing kepanasan mutakhir ini," katanya lagi.

Bagi beliau, masa untuk berubah telah sampai.

"Mampukah rakyat lakukan perubahan ini? dan Mampukah Pakatan mengisi pengharapan rakyat nanti?" soal beliau.

Royalti: Jangan bohong, Nik Aziz nasihat Umno

Wartawan Sinar Harian

Nik Aziz kecam Harussani
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
 
 
SHAH ALAM - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pemimpin Umno tidak wajar "berbohong" berhubung isu royalti petroleum, yang dituntut Kerajaan Negeri itu, lebih-lebih ketika bulan Ramadan sekarang.

Sambil menolak kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin semalam, Nik Abdul Aziz berkata, "berkatalah sesuatu yang benar di bulan Ramadan."

"Janganlah dididik lidah berbohong lebih-lebih lagi di bulan yang mulia ini," kata beliau dalam satu mesej dikeluarkan menerusi Facebook hari ini.

"Saya membaca kenyataan seorang pemimpin Umno di Kelantan dalam akhbar Sinar Harian hari ini bahawa royalti minyak telah dibayar kepada Kelantan dalam bentuk wang ihsan.

"Suka saya mengingatkan bahawa tuntutan terhadap royalti minyak ini bukan disuarakan oleh pemimpin kerajaan negeri dan rakyat Kelantan sahaja tetapi turut disuarakan oleh Sultan Kelantan dialam titah baginda sedikit masa dahulu.

"Apakah pemimpin berkenaan ingin menyatakan bahawa titah baginda silap dan tidak boleh dipercayai?" kata beliau yang menerajui kerajaan negeri sejak 1990.

Mursyidul Am Pas ini seterusnya berkata, mengapa Kerajaan Pusat membayar royalti kepada Sabah dan Sarawak sedangkan Kelantan disediakan wang ihsan.

"Saya ingin persoalkan kenapa negeri lain seperti Sabah dan Sarawak menerima royalti, bukan wang ehsan?

"Berkatalah sesuatu yang benar di bulan Ramadan. Janganlah dididik lidah berbohong lebih-lebih lagi di bulan yang mulia ini," katanya lagi.

Dalam laporan hari ini, Sinar Harian memetik Awang Adek berkata, tidak perlu melakukan konvoi atau demonstrasi tuntutan royalti minyak oleh mana-mana pihak memandangkan hak rakyat Kelantan itu, sudah diberikan kepada rakyat Kelantan secara terus dan bukan melalui Kerajaan Negeri.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengagihan Wang Ehsan Kelantan berkata, wang ihsan diberikan kepada mereka yang layak secara terus dan telus iaitu kaedah yang lebih baik berbanding diberikan kepada Kerajaan Negeri.

Menurutnya, wang itu adalah milik rakyat Kelantan dan tidak perlu Kerajaan Negeri menimbulkan kekecohan untuk menuntut diserahkan kepada mereka.

"Kerajaan Persekutuan bukan hendak sangat pun duit RM24 juta setahun untuk rakyat Kelantan.

"Kita berikan terus kepada yang layak seperti untuk kecemerlangan pelajar Ujian Pencapaian Sekolah Rendah, Penilaian Menengah Rendah, Sijil Pelajaran Malaysia, Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia dan pelajar yang memasuki universiti serta bantuan bencana untuk rakyat Kelantan," katanya.

Konvoi tersebut diketuai oleh Nik Abdul Aziz bersama 150 kereta dan 50 motosikal berkuasa tinggi bermula dari Kota Bharu, melalui Ketereh, Machang dan Kuala Krai, dan berakhir di Gua Musang.