Beliau berkata, populariti ini tidak dapat menggambarkan keyakinan rakyat negara ini kepada mana-mana tokoh atau pemimpin dan rating populariti mampu berubah pada bila-bila masa saja.
“Kita hanya mampu melihat populariti yang diraih apabila tarikh PRU13 diumumkan kelak. Populariti ini hanya memberi sedikit kesan,” kata Salahuddin ketika dihubungi Sinar Harian Online.
Pensyarah Geopolitik Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Fuad Mohd Jalikelmarin berkata, hasil kajian menunjukkan populariti Najib meningkat 76 peratus berbanding dua pemimpin utama pembangkang iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Menurut Fuad, transformasi berterusan yang dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjaya melonjakkan populariti beliau berbanding pemimpin pembangkang berkenaan.
Jelasnya, populariti Najib itu disokong dengan pendekatan model magnet yang bersifat populis dan praktikal.
Mengulas lanjut, Salahuddin menjelaskan rakyat sendiri kini tertanya-tanya tarikh sebenar PRU13 dan oleh itu, populariti pemimpin tidak boleh dijadikan sebagai kayu ukur bagi menjamin kemenangan mutlak parti.
“Mungkin PRU13lama lagi, jadi populariti ini bukan faktor penentu kemenangan,” tegasnya.
Tambah beliau, kekuatan jentera pilihan raya dan sokongan daripada akar umbi yang menjadi faktor penguat dalam meraih kemenangan dalam PRU13.
“Setakat popular saja tidak cukup. Rakyat kini semakin bijak menilai. Mereka juga akan menilai dari segi isu yang dimainkan kini.
“Contohnya, Pakatan Rakyat (PR) ingin mewujudkan pendidikan tinggi percuma, isu ini boleh mempengaruhi pemikiran rakyat untuk mengundi parti pilihan mereka,” katanya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian menjelaskan yang sejauh mana kemampuan sesebuah parti itu membangkitkan isu berkaitan kepentingan rakyat, ia pasti mampu mempengauri minda mereka bagi memilih parti yang tepat dalam PRU kelak.
PKR pula berpendapat yang populariti seseorang pemimpin tidak memberi kesan secara menyeluruh dalam keputusan PRU13.
Menurut Pengarah Strategi, Rafizi Ramli, pengundi atas pagar yang bakal mempengaruhi keputusan PRU akan datang kerana mereka tidak akan memandang populariti pemimpin atau calon, sebaliknya mereka akan lebih mementingkan isu, tawaran yang parti dapat berikan dan juga manisfesto yang dibawakan oleh parti yang bertanding.
“Saya juga tidak menolak kajian yang dibuat oleh pensyarah berkenaan adalah sebagai satu cara untuk memberi peringatan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengadakan PRU kerana rakyat sendiri mula resah dan gelisah berhubung tarikh PRU yang selama ini menjadi satu teka-teki hingga kini,” katanya.
Tambah beliau, faktor terkuat yang mempengaruhi undi ialah soal calon, parti politik yang bertanding dan rekod perkhidmatan wakil rakyat sendiri, bukan menjurus kepada populariti semata-mata.
Berbeza pendapat pula dengan DAPdi mana Setiausaha Publisitinya, Tony Pua berpendapat yang populariti seseorang pemimpin menjadi salah satu faktor terkuat untuk memastikan kemenangan dalam PRU akan datang.
“Populariti pemimpin sendiri menjadi faktor penyumbang bagi menentukan kemenangan kerana pemimpin yang diterima ramai ini ialah pemimpin yang popular. Jadi, saya tidak menolak hasil kajian yang dijalankan oleh Prof Madya Dr Fuad Mohd Jali ini,” katawakil rakyat muda ini.
Menurutnya, antara faktor penyumbang yang lain ialah parti yang bertanding dan kekuatan calon yang bertanding turut menjadi teras utama menyumbang kemenangan selain daripada populariti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan