HALAMAN SANTAI

Sabtu, 28 Julai 2012

Warga Rohingya Terengganu Rayu Bantu Keluarga di Arakan

Editor Buletin


KUALA TERENGGANU – Umat Islam warga Rohingya yang bermastautin di negeri Terengganu memohon jasa baik pihak-pihak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak berkuasa kerajaan Malaysia membantu saudara mara dan rakan taulan mereka yang terus dizalimi di Myanmar.

Mereka yang ditemui merasa sangat sedih kerana hanya mampu mendengar dan melihat  gambar-gambar Bandar, kampung halaman dan kaum keluarga mereka dibakar dan di sembelih.

Syahida (bukan nama sebenar) menangis teresak-esak apabila ditanya tentang peristiwa hitam yang masih tergambar di kepalanya.

Beliau yang ditemui, sedang menjalankan usaha mengumpulkan apa sahaja, sokongan kewangan dan moral bagi membantu. 

Katanya, bantuan. sokongan dan moral adalah sangat penting, bukan untuk dirinya, tetapi untu saudara-saudara di Arakan.

"bantuan bukan utuk saya, saya AlhamduliLlah bleh makan minum di sini, tapi untuk keluarga di sana.....,

"emak saya......tak tahu hidup ke mati .......,"ujarnya sambil tersedu sedan.

Beliau berkata, beliau bersama suaminya telah melarikan diri dari Arakan pada tahun tahun 1988, bersama tiga saudara yang lain.

Namun katanya, selepas menyeberangi sempadan menuju Bangladesh, mereka terpisah dan tidak tahu samada hidup atau pun mati.

3 ulasan:

mzammil berkata...

salam..tlg bg no phone pertubuhan rohingya di kuala terengganu...hubungi sya 0199642743 Ammil

mzammil berkata...

salam..tlg bg no phone pertubuhan rohingya di kuala terengganu...hubungi sya 0199642743 Ammil

Unknown berkata...

Assalamualaikum.. Saya juga org rohingya dan saya berumur 18 tahun.. Dan kini saya di Australia, saya pergi dengan bot dari Malaysia ke Australia.. Saya pergi kerana keluarga yg sedang susah disana.. Tidak boleh mkn tidak boleh buat apa2 tanpa saya.. Dan saya juga tidak boleh apa2 disini kerana saya masih lagi di pusat tahanan immigresen "kem".. Saya mohon daripada badan perpaduan rohingya agar tolong keluarga saya dikemaman,Terengganu.. Ini Number mak saya 0109199074