Wartawan Buletin
MARANG -
PAS menggesa kerajaan Malaysia dan pertubuhan atarabangsa menggunakan
saluran diplomatik bagi menekan pemerintah Myanmar yang bertindak zalim
dan kejam keatas muslim Rohingya.
Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang turut
mendesak Myanmar menghentikan segera penganiayaan terhadap umat Islam
Rohingya yang merupakan penduduk minoriti di negara itu.
Beliau
juga menyarankan satu badan bebas antarabangsa ditubuhkan bagi menyiasat
jenayah kemanusiaan yang membabitkan rejim Myanmar agar dapat diaadili
di mahkamah antarabangsa.
“Kita (PAS) mengajak supaya pihak
kerajaan menggunakan saluran diplomatik dan pertubuhan antarabangsa
untuk menekan kerajaan Myanmar supaya berhenti dari tindakan yang zalim
dan kejam itu.
“Satu tindakan antarabangsa perlu diambil
terhadap rejim Myanmar dan pihak pertubuhan antarabangsa perlu melakukan
penyiasatan yang bebas dan mereka yang terlibat dengan jenayah
kemanusiaan perlu dibawa ke mahkamah antarabangsa,” tegasnya.
Beliau
berkata demikian selepas menyampaikan ucapan dalam satu majlis Ceramah
Isu Semasa sempena kepulangannya dari lawatan ke Maghribi, Tunisia dan
Mesir di perkarangan Masjid Rusila, Marang, 27 Julai lalu.
Ustaz
Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang mengajak semua pihak agar
menunjukkan rasa simpatinya terhadap bencana yang dialami oleh penduduk
Islam Rohingya di Burma (Myanmar).
Katanya, tindakan zalim yang dilakukan oleh rejim Myanmar itu berlaku di luar perikemanusiaan.
Menurutnya, perlakuan membunuh, membakar kediaman, meroboh masjid itu suatu tindakan tidak bertamadun.
“Di
atas nama kemanusiaan dan Islam. PAS mendesak semua pihak supaya
menunjukkan simpati yang sesungguhnya terhadap bencana yang dialami oleh
penduduk Islam di Burma, yang diperlakukan di luar perikemanusiaan.
“Tindakan
yang diambil oleh rejim Burma dengan membunuh, membakar kediaman,
meroboh rumah ibadat, menghalang beramal dengan agama adalah satu
tindakan yang tidak bertamadun dan tidak patut berlaku di zaman
sekarang.
“Zaman manusia mendokong hak asasi manusia. Hak
kemanusiaan yang mesti diberi kepada seluruh manusia di dunia. Walau pun
mereka (Rohingya) manoriti yang tinggal di negeri yang majoriti bukan
dari kalangannya,” jelas Dato’ Seri Abdul Hadi.
Hadir sama pada
majlis tersebut Penolong Setiausaha Agung PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad
Nawawi, Timbalan Pesuruhjaya (I) PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri
Mamat dan Setiausaha PAS Terengganu, Yahaya Ali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan