Prof Dr Mansor Mohd Noor dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendedahkan penemuan kajiannya hari ini - Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan akan kekal di tangan PR.
Pun begitu katanya, Selangor, negeri paling kaya di Malaysia, akan jatuh ke tangan BN sebagaimana disebutkan dalam laporan kelmarin.
Anggota panel forum mengenai PRU13 ini berkata, penemuan pihaknya diperoleh menerusi kajian berkala yang dikendalikan beliau antara April dan Mei lalu.
"Kami menjalankan kajian dari bulan ke bulan, melibatkan kumpulan berfokus, kajian panel," kata beliau ketika ditemui selepas membentangkan hasil kajiannya di sini, hari ini.
Turut menjadi panel forum yang diadakan sempena Program Semarak Kasih MPN Bersama Anak Yatim di sini petang ini ialah Prof Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin dan Prof Datuk Seri Dr Syed Arabi Syed Idid.
Mansor yang juga Felo Penyelidik Utama Institut Kajian Etnik (Kita) Universiti Kebangsaan Malaysia berkata, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Perlis, Terengganu, Sabah, Sarawak, Labuan dan Putrajaya akan kekal di bawah BN.
Penemuannya juga menunjukkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan kekal dikuasai PR.
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Sarawak tidak melibatkan kerusi Dewan Undangan Negeri.
Dalam laporannya kelmarin, Prof Dr Rohana Yusof berkata, rakyat negeri itu juga yakin dengan cara kepimpinan yang di bawah oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menerajui negara.
Menurutnya, ini kerana corak pemerintahan yang dibawa oleh Perdana Menteri secara tidak langsung meningkatkan tahap ekonomi di negeri itu, berbanding Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.
“Kajian itu menunjukkan 65 peratus kepimpinan Najib mampu meningkatkan tahap ekonomi negara berbanding 44 peratus yang dilakukan oleh Azizan untuk negeri itu.
“Malah 67 peratus juga menyukai corak kepimpinan Perdana Menteri berbanding dengan menteri besar yang hanya 41 peratus. Ini menunjukkan rakyat kini mula memihak kepada Kerajaan Persekutuan, “ katanya.
Beliau berkata demikian dalam sesi perbincangan Meja Bulat anjuran MPN yang bertajuk ‘PRU13: Malaysia Pilih Siapa?’. Perbincangan pusingan pertama ini membawa tajuk ‘Prestasi dan Potensi BN di 4 Negeri, Siapa Jadi Pilihan?’.
Rohana yang juga berkata, kajian ini dilakukan di 36 Dewan Undangan Negeri turut mendapati 59 peratus rakyat Kedah mendakwa bahawa Kerajaan Negeri gagal mengotakan janji yang dibuat oleh mereka.
MPN mempunyai keanggotaan kira-kira 1,700 orang.
Ketika ditanya mengapa hasil kajian beliau berbeza dengan yang dikendalikan oleh Rohana, Mansor menjelaskan, perbezaan seumpama itu bukan sesuatu yang luar biasa.
Katanya, mengambil kira aspek permasalahan dan objektif kajian, perbezaan hasil kajian bukan sesuatu yang luar biasa.
"Kajian saya kendalikan kajian panel, melibatkan kumpulan fokus... ia berbeza daripada kajian Prof Syed, sebagai contoh, yang mana beliau menggunakan tujaun dan matlamat, dan juga method kajian yang berbeza," katanya.
Jelas beliau, sebagaimana diketahui kajian Rohana dikendalikan ada Oktober dan November lalu manakala "hasil kajian saya ini pada April dan Mei lalu."
"Malah, hasil kajian saya juga pernah menunjukkan Johor akan jatuh... hasil kajian tahun lalu. Tetapi pada hari ini keadaan berbeza, pengundia menunjukkan pendirian berbeza," kata beliau sambil menambah, sama ada pengundi sudah membuat keputusan muktamad, sukar untuk ditentukan.
"Tempoh kempen lima hari semasa kempen adalah masa yang penting bagi pengundi membuat keputusan. Jadi, kajian pada lima hari semasa akan memberi gambaran siapa seseorang pengundi akan menyokong," katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan