Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Sains Polisi, Universiti Kolej Antarabangsa Sedaya (UCSI), Dr Ong Kian Ming berkata, keputusan kajian dilakukan Merdeka Center dan beberapa universiti awam baru-baru ini tidak seharusnya disalah ertikan sebagai bukti BN kembali kuat.
“Jangan salah anggap. Ia sokongan kepada Najib sahaja, bukannya BN, jika sokongankepada BN, peratusannya di bawah 40 peratus,” katanya.
Dalam kajian Merdeka Center, sokongan pengundi Cina terhadap Najib telah meningkat daripada 37 peratus pada bulan Mei kepada 42 peratus pada bulan Jun.
Ditanya sama ada trend ini akan berterusan, Kian Ming berkata, sokongan ini hanya akan berlegar-legar sekitar 40 hingga 50 peratus sahaja.
“Selepas perhimpunan Bersih 3.0 pada hujung April, sokongan masyarakat Cina terhadap Najib hanyalah 37 peratus pada Mei, kemudian pada Jun sokongan meningkat mungkin kerana faktor Bersih 3.0 sudah hilang,” katanya.
Menurutnya, sokongan masyarakat Cina meningkat tidak semestinya membuatkan Najib yakin mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13.
“Walaupun sokongan masyarakat Cina meningkat, tetapi sokongan Melayu dan India menurun, maka itu membimbangkan Najib,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan