HALAMAN SANTAI

Ahad, 29 Julai 2012

Bangsar sifar jenayah jalanan sejak dua hari lepas: Polis

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR – Operasi Pencegahan Jenayah atau ‘Ops Tawan’ yang dijalankan di sekitar Bangsar di sini nyata berkesan apabila tiada kejadian jenayah dilaporkan berlaku di kawasan itu sejak 48 jam lepas.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Wan Abd Bari Wan Abd Khalid berkata operasi itu, yang dimulakan sejak hari pertama Ramadan, disertai 90 anggota polis dari Bukit Aman dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).

Beliau berkata sejak Januari lepas, sebanyak 23 kes jenayah jalanan antaranya seperti kes ragut, samun, pecah kereta dan pecah rumah dilaporkan.

“Operasi ini akan diteruskan sehingga kadar jenayah reda dan masyarakat berasa selamat  di kawasan ini,” katanya kepada pemberita selepas member taklimat kepada anggota polis yang menyertai ‘Ops Tawan’ di sini, hari ini.

Wan Abdul Bari berkata kesemua anggota polis itu akan dibahagikan kepada kumpulan empat orang untuk melakukan rondaan jalanan.

Menurutnya operasi sama juga akan dilaksanakan di kawasan Desa Sri Hartamas dan Taman Tun Dr Ismail. – Bernama

Tiada ulasan: