GEORGETOWN
– Laporan Sinar Harian berhubung pekerja sebuah kopitiam yang memasak
dan memakan katak di dapur mendapat tindak balas segera daripada pihak
berkuasa yang melakukan operasi mengejut di premis berkenaan
semalam.
Serbuan dibuat Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bersama Bahagian Pengurusan Halal
Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp) dan juga Majlis Perbandaran
Pulau Pinang (MPPP) jam 2.30 petang.
Sepanjang pemeriksaan selama sejam itu, pihak berkuasa tempatan mengeluarkan 15 kompaun serta-merta.
Kesalahan
serius dilakukan ialah mengelirukan orang ramai dengan meletakkan
perkataan halal di depan kedai. Untuk kesalahan ini, pemilik kopitiam
itu akan dihadapkan ke mahkamah bawah Akta Perihal Dagangan pindaan
2011. Jika didapati bersalah boleh dikenakan denda RM200,000 atau
penjara lima tahun atau keduaduanya sekali.
Ahli
Majlis MPPP, Mohd Rashid Hasnon berkata, notis yang tertulis perkataan
halal itu mengelirukan orang ramai, khasnya pelanggan Islam.
“Dari jauh
pelanggan hanya akan nampak perkataan halal sedangkan sebenarnya notis
tersebut adalah pemberitahuan bahawa kopitiam berkenaan dalam proses
memohon sijil halal.
“Notis ini
mudah diperoleh kerana hanya dengan membuat permohonan mereka akan
dapat, namun ia mengelirukan orang ramai,” katanya dalam sidang media
selepas operasi.
Hadir
sama, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Jaipp, Mohd Saiful Hamizi Mohd
Yusof; Penolong Pegawai Penguatkuasa KPDNKK, Mohd Hussein Bahari;
Pengerusi Jawatankuasa Gantian Tetap Kesihatan Awam MPPP, Ong Ah Teong
dan Ahli Majlis MPPP, Lim Siew Kim.
Semalam,
Sinar Harian melaporkan bahawa tukang masak di sebuah kedai kopitiam
dekat sini disyaki memasak dan memakan katak di dapur premis itu.
Perkara
tersebut didedahkan oleh salah seorang pekerja kopitiam itu kerana dia
tidak mahu pelanggan kamah bawah Akta Perihal Dagangan pindaan 2011.
Jika didapati bersalah boleh dikenakan denda RM200,000 atau penjara
lima tahun atau keduaduanya sekali.
Ahli
Majlis MPPP, Mohd Rashid Hasnon berkata, notis yang tertulis perkataan
halal itu mengelirukan orang ramai, khasnya pelanggan Islam.
“Dari jauh
pelanggan hanya akan nampak perkataan halal sedangkan sebenarnya notis
tersebut adalah pemberitahuan bahawa kopitiam berkenaan dalam proses
memohon sijil halal.
“Notis ini
mudah diperoleh kerana hanya dengan membuat permohonan mereka akan
dapat, namun ia mengelirukan orang ramai,” katanya dalam sidang media
selepas operasi.
Hadir
sama, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Jaipp, Mohd Saiful Hamizi Mohd
Yusof; Penolong Pegawai Penguatkuasa KPDNKK, Mohd Hussein Bahari;
Pengerusi Jawatankuasa Gantian Tetap Kesihatan Awam MPPP, Ong Ah Teong
dan Ahli Majlis MPPP, Lim Siew Kim.
Semalam,
Sinar Harian melaporkan bahawa tukang masak di sebuah kedai kopitiam
dekat sini disyaki memasak dan memakan katak di dapur premis itu.
Perkara tersebut didedahkan oleh salah seorang pekerja kopitiam itu kerana dia tidak mahu pelanggan ditipu. sumber: Sinar Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan