Banyak bungkah-bungkah bangunan dan monumen-monumen di Baitulmaqdis yang
boleh dijadikan mercu tanda atau sebagai wajah pengenalan kota berkenaan.
Semua bangunan purba yang terdapat di situ layak untuk dijadikan mercu tanda. Ini
termasuklah tembok-tembok ketinggian mencecah lebih 35 meter dengan ketebalan 10
hingga 15 meter yang dibina di zaman beberapa kerajaan yang menguasai tanah
suci itu sejak ribuan abad lalu.
Keindahan dan kehebatan As Sahkarah. |
Sesuai
dengan kota yang penuh dengan ketamadunan dan
sejarah agama, maka apa juga monumen yang terdapat di situ boleh
dianggap
sebagai mercu tanda Baitulmaqdis atau pun sebagai identiti bandar suci
yang
sangat dirindui itu. Apa tidaknya semua khazanah sejarah itu unik,
artifek dan monumen-monumen yang masih wujud mempesona dan mengkagumkan
tiada kedapatan di tempat lain.
Apa pun Qubbat As Sahkarah atau Dome of the Rock
atau pun Kubah Batu adalah paling wajar dijadikan mercu tanda berbanding
dengan menara-menara kuil, gereja ataupun lain-lain bangunan.
Ketinggian dan rupa bentuknya mudah
disambar mata, bumbungnya yang bersadur emas terpilih itu boleh dianggap
sebagai mentari
Baitulmaqdis.
Tatakala mentari dalam perjalanan pulang ke lubuk tidurnya ia akan memanah bumbung kubah itu menyebabkan pantulan cahaya kekuningan akan menyirai dan jatuh ke segenap laman di Al Haram Al Syarrif. Pemandangan ini sungguh indah dan syahud serta mengharukan rasa hiba. Mungkin inikah syurga?
Tatakala mentari dalam perjalanan pulang ke lubuk tidurnya ia akan memanah bumbung kubah itu menyebabkan pantulan cahaya kekuningan akan menyirai dan jatuh ke segenap laman di Al Haram Al Syarrif. Pemandangan ini sungguh indah dan syahud serta mengharukan rasa hiba. Mungkin inikah syurga?
Secara
umum As Sakharah telah melalui tiga zaman atau tiga periode
pemerintahan; iaitu zaman Islam, perang Salib, penguasaan sementara
British dan zaman kependudukan Israel kini. Cis Isreal.
Kewujudannya mengambil tempat sebagai seni bina Islam termahal dan terawal di dunia. Sejarah
pembinaan modennya bermula pada tahun 687
Mesihi sehingga tahun 691 Mesihi oleh Khalifah Abdul Malik Marwan,
khalifah
kerajaan Ummayiah. Ia dibina selepas setengah abad kewafatan Rasulullah
s.a.w. Saya tidak dapat hendak berilusi apa kata dan komen Rasulullah
kalau baginda melihat akan kecantikan dan keagungannya?
Qubbat
As Sahkarah terletak di dalam satu kawasan,
Al Haram As Syarrif yang dianggarkan seluas 1,500 hektar. Di dalam ini
juga tedapatnya
masjid Al Aqsa yang berkedudukan kira-kira 80 meter dari laman kubah
Sahkarah.
Masjid Al Aqsa adalah masjid suci ketiga dan terpenting dalam Islam.
Tiga entiti atau komponen ini; Al Haram Al Syarrif, masjid Al Aqsa dan
As Sahkarah sukar
dipisahkan. Ia adalah 'triniti' yang membentuk kompleks agung itu.
Yang jelas, As Sahkarah adalah satu entiti yang
memiliki sejarah dan kelebihan tersendiri yang tidak ada kepada
masjid Al Aqsa. Bahkan sejarah keagamaan inilah menjadikan kawasan Al Haram As
Syariff itu sebagai tempat suci yang mana diiktiraf oleh Quran tempat suci ketiga bagi Islam. Jika
tidak wujud Qubbat As Sahkarah di situ, Al Haram Al Syariff tidak mempunyai
apa-apa erti dan keawliatannya.
Di sini saya hendak menceritakan mengenai kelebihan
dan keistimewaan Qubbat As Sakharah terlebih dahulu kemudian saya akan memberi gambaran
mengenai suasana dan keadaan lapangan Al Haram Al Syariff pada catatan lain.
InsyaAllah ia akan dirangkumi dengan catatan atau lakaran rasa terhadap masjid
Al Aqsa serta kisah-kisah atau kesan-kesan sejarah lain terdapat di sampingannya yang sungguh mengharukan.
Banyak kekeliruan mengenai kubah yang juga dikenali dengan Kubah Baru ini sebenarnya
yang sengaja dipesongkan oleh penentang agama Allah yang benar, Islam. Saya
mengira orang Yahudi cuba memesongkan kerana ada tujuan dan strategi tertentu.
Satu masa dan sterusnya Yahudi begitu mengidam untuk menguasai tapak masjid al
Aqsa kerana mempercayai di situlah terletakkan tapak Kuil Solomon (Nabi Sulaiman) yang menjadi
pujaan mereka. Jadi apabila mereka mengalihkan pandangan dengan menamamakan As
Sahkarah sebagai masjid al Aqasa menyebabkan pemerhatian dan penjagaan umat
Islam akan terfokus kepada kubah batu itu. Dalam masa sama mereka terus berusaha untuk menawan dan merampas masjid Al Aqsa.
Saya sendiri dulu menganggap Kubah Batu ini sebagai
masjid Al Aqsa. Sekeping gambar yang saya beli di Sarajevo, Bosnia-Hezegovina, (2003) memberi caption ia
sebagai masjid Al Aqsa. Sehinggalah seorang tetamu datang ke rumah yang melihat
gambar itu memberi penjelasan bahawa yang tertera itu bukan masjid Al Aqsa
tetapi As Sahkarah.
Keizinan
Allah membenarkan saya mengujungi
Baitulmaqdis dua minggu lepas memberi kesempatan kepada saya untuk
menjamah
dengan fizikal kubah berkenaan dan merasai akan keajaibannya dengan jiwa
sendiri.
Kesempatan itu juga memberi peluang untuk saya mengenali kedudukannya
serta mengetahui beberapa rahsia yang sulit yang ada di sekelilingnya.
Pengenalan saya kepada Sahkarah kini bukan secara zahiriah tetapi
menerusi
naluri spritual juga.
Paling bertuah saya masuk sendiri ke dalam kubah
berkenaan yang berbebntuk bulat pesegi yang saya anggar keluasan atau saiznya
250 atau 350 meter. Ada beberapa kesan sejarah yang terlindung di bawahnya.
Yang paling bernilai ialah tempat di mana Rasulullah mendirikan solat sebelum
baginda 'mikraj' ke langit. Tempat ini terletak di dalam sebuah gua kecil yang
posisinya menurun ke bawah. Untuk turun ke gua ini perlu melalui beberapa anak
tangga. Dipercayai dan dianggap di situlah tempat Rasulullah bersolat sebelum
mikraj – naik ke langit.
Hampir
setiap hari gua kecil berkeluasan 20 kali 30 meter ini dipenuhi dengan
pelawat yang mengambil kesempatan meninjau dan mendirikan solat hajat,
berdoa dan bermunajat. Ia dianggap sebagai lokasi mustajab untuk berdoa.
Rasanya elok sesiapa yang hendak menjadi calon dalam pilihan raya atau
pun bagi mendapat jodoh mengunjungi Baitulmaqdis dan berdoa di sana!
Kehadiran
saya itu menjawab persoalan dan teka teki
selama ini yang mengatakan di bawah As Sahkarah terdapat batu yang
berkedudukan
tergantung. Kononnya batu itu mulanya berada dalam jarak tinggi dengan
bumi
tetapi menjadi semakin rendah dan hampir mencecah bumi kerana terlalu
berat
menanggung dosa umat manusia.Lebih 'obiuse' lagi di zaman kanak-kanak
ada saya mendengar cerita apabila batu itu mencecah bumi maka kiamat pun
akan berlaku. Oh... batu itu semacam suis kiamat pula!
Versi keagamaan pula dan banyak diceritakan di dalam
hadith, kononnya batu itu juga mahu mengikut Nabi 'mikraj' ke
langit tetapi
ditahan oleh Jibrail kerana bimbang tidak mampu menghadapi cabaran dalam
perjalanan menemui Tuhan. Saya tidak pasti batu mana yang disebutkan
itu.
Kerana tidak mungkin batu yang membentuk gua berkenaan yang dimaksudkan
itu. Kalau batu (gua) itu ia merupakan komponen yang besar dan bukan
bersiri individul.
Bahagian dalam kubah itu yang dianggap sebagai inti
Sahkarah kini sedang dalam proses pembinaan. Kedapatan besi-besi serta
peralatan pembinaan di dalamnya, bercerangahan. Kawasan sekeliling juga ditutup. Mungkin dari
belah dalam kita akan dapat melihat batu yang dikatakan. Memang dari sebuah tingkat cermin dapat
dilihat akan suasana di dalamnya atau lebih tepat sebagai lantai ia
adalah batu. Sekali lagi dipercaya atas batu inilah tempat Nabi kita
berdiri kemudian ghaib.
Dari maklumat lain,
katanya batu itu memang asalnya tergantung tidak tersentuh bumi. Tetapi
akhirnya ia dibina foundation atau tongkat konkrit untuk
menahannya dari jatuh.
Para pembesar Islam yang mengujungi ke tempat itu dikatakan tidak berani
untuk berada di bawahnya kerana bimbang takut menghempap kepalanya.
Gambaran ini menunjukkan batu itu tergantung? Sejauh mana benar
walah’hualam kerana saya tidak nampak akan batu yang
dimaksudkan itu, kecuali masuk ke dalam gua tempat dimana Rasulullah
bersolat
sebelum mikraj.
Kubah
As Sahkarah yang ada kini adalah tambahan
kepada kubah asal yang diperbuat dari kayu yang mana arahan pembinaannya
dibuat oleh Syadina Ummar Khattab. Pembesaran dan pembinaanya modennya
dilakukan pada
zaman pemerintahan Ummayiah. Bermula di sinilah ia dibina dengan penuh
aritistik
sekali menjadikan ia satu-satu kubah yang terindah dan tercantik didunia
seperti mana yang ada kini.
Kedudukannya atau posisinya di dalam Al Haram As
Syaarif begitu strategik. Ia berada di muka pintu besar daripada 12 pintu yang
terbentuk di tembok itu. Semua pintu berbentuk pintu gerbang mempunyai nama
masing-masing. Beberapa pintu telah ditutup atau dibina baru kerana mengalami keretakan atau runtuh.
Nama-nama
pintu itu ialah; Iron Gate, Counsul Gate,
Cotton Merchant’s Gate, Abolution Gate, Chain Gate, Gate of Remission
(pintu utama),
Gate of the Prives, Gate of Mercy, Gate of Delness, Margibi Gate, (gate
ini
laluan masuk untuk bukan orang Muslim). Setiap di muka pintu ini
tercegak binatang Israel dengan senjata yang mengawal dan memeriksa
setiap orang yang hendak bersujud di rumah Allah itu.
Sebaik melangkah masuki menjaguk ke kawasan itu
bumbungnya yang kuning keemasan menyilau ke dalam mata dan hati menyebabkan jantung
kita akan berdegup kencang dan tertegun beberapa saat. Kehebatan dan keagungan daya
cipta manusia menjadikan kita insaf dan tertunduk kepada ke besaran Allah.
Saat masuk keadaanya di dalamnya agak
tidak terurusan. Mungkin disebabkan kebetulan proses pembaikpulihan bahagian
tengah sedang dilakukan. Debu bertaburan di mana-mana sahaja. Karpet juga sudah
ada yang lusus dan agak lama tidak bertukar ganti. Hanya kaum wanita dibenarkan mendirikan solat di bawah kubah
ini. Pada hari Jumaat kaum wanita akan memenuhi kubah ini dan melimpah ke
sekeliling sehingga hampir rapat dengan laman masjid Al Aqsa yang dikhas untuk kaum
lelaki.
Para
jemaah akan berhimpun atau bertompok di tepi-tepi mihrab-mihrab kecil
yang dibina di sekeliling kawan As Sahkarah. Mihrab itu dulu merupakan
tempat para imam muktabar membawa kitab dan mengajar. Imam Ghazali
dikatakan pernah mengajar di salah satu mihrab berkenaan. Terdapat
sekurang-kurang enam mihrab kecil, al-Silsilah, an-Nabwaj, al-Mikraj,
al-Khalili, an-Nahawiah dan sebuah mimer bernama Burhan ad-Din.
Menurut
seorang pengurus Al Haram Al Syariff mereka
mempunyai wang terhad untuk menjaga dan menguruskan As Sahkarah. Biaya
yang
diperolehinya dari derma tidak mencukupi untuk menanggung kos pengurusan
yang
agak besar juga. Apa yang mereka dapat lakukan mengikut kemampuan yang
ada. Keperluan
kini sangat terdesak untuk membaik pulih atau merawat As Sahkarah.
Kurang pasti pula sebanyak mana dana diberikan oleh UNESCO untuk
penyelangaraan dan memelihara As Shakarah? Khabarnya As Shakarah antara
bangunan sejarah dan antik yang dipedulikan UNESCO.
Penguasa
binatang Yahudi menurutnya tidak membantu dan tidak akan membantu. Apa
yang
mereka tahu mengawal setiap pintu masuk ke Al Haram Al Syarrif 24 jam.
“Yang
boleh membantu ialah kaum Muslim... dan bantuan itu katanya adalah
kewajiban
kerana walaupun Sahkarah terletak di Baitulmaqdis tetapi dari segi
spritual dan
historikalnya ialah adalah milik semua umat Islam tidak kira di mana
mereka
berada,” ujarnya. Iya sekiranya Sahkrah runtuh atau Al Aqsa jatuh ke
tangan Israel seluruh umat Islam di dunia ini perlu bertanggungjawab dan
merasa malu.
Seperti saya nukilkan dalam “puipen” saya mengenai
Sahkarah... “kau adalah pujaanku yang hilang kesekian lama, aku memburu dan
mencari.. pertemuan ini tidak lebih dari menggantungkan rasa riduku kepadamu. Kapan
lagi aku kemari? Aku sendiri sendiri pandir mengenainya... tetapi wajah mu terus termimpi-mimnpi dalam mindaki.”
Bersambung...
Bahagian dalam As Sahkarah dilihat dari tingkat bercermin. |
Anak tangga untuk turun ke bawah gua. |
Pemandangan dalam gua tempat Rasulullah solat sebelum mikraj. |
Pemandangan bahagian dalam As Sahkarah. |
Syiling As Sahkarah indan dan memegunkan. |
Lagi pemandangan bahagian atas As Sahkarah. |
Mihrab-mihrab kecil di laman As Sahkarah. |
Lapangan dari Sahkarah ke masjid Al Aqsa. |
Bergambar kenangan dengan dua sahabat, Rushdan dan Fauzi. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan