Nasrudin bin Hassan
Kurangkan
cukai ke atas rakyat marhaen, jika perlu mansuhkan cukai yang jelas
membebankan rakyat menengah ke bawah, sebaliknya perkasakan sistem
percukaian ini secara adil dan telus kepada pihak yang layak dan wajar
membayar cukai.
Sistem zakat ke atas ummat Islam adalah terbaik selaku produk Tuhan yang
Maha Mencipta yang juga perlu diperkasakan perlaksanaannya dalam negara
kita.
Malaysia antara negara yang banyak mengenakan cukai ke
atas rakyat dan tinggi pula nilai cukai tersebut berbanding negara -
negara jiran seperti Thailand. Antara cukai yang dikenakan seperti :
a] Cukai pendapatan
b] Cukai pintu rumah kediaman
c] Cukai bakul penjaja kecil dan juga
d] Cukai jalan
e] Cukai kenderaan import
f ] Cukai stamp dan pelbagai cukai lain yang dilihat membebankan rakyat.
Malaysia sedang menghadapi 2 keadaan yang tidak membangunkan rakyat .
Pertama
: Hasil mahsulnya yang banyak, tetapi kekayaan itu masih berlegar
dikalangan orang - orang kaya dan elit tertentu. sedang inilah yang
dilarang oleh syara'. Firman Allah swt :
مَّا أَفَاءَ اللَّهُ
عَلَىٰ رَسُولِهِ مِنْ أَهْلِ الْقُرَىٰ فَلِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ وَلِذِي
الْقُرْبَىٰ وَالْيَتَامَىٰ وَالْمَسَاكِينِ وَابْنِ السَّبِيلِ كَيْ لَا
يَكُونَ دُولَةً بَيْنَ الْأَغْنِيَاءِ مِنكُمْ وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ
فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانتَهُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ
اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
Apa yang Allah kurniakan kepada
RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan
tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi
Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan
orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan).
(Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara
orang-orang kaya dari kalangan kamu.
Dan apa jua perintah yang
dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan,
dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah
laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah
amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar
perintahNya). Al Hasyr : 7
Kedua : Ialah ketirisan dana
perbelanjaan awam yang banyak merugikan demikian juga pembaziran dengan
melakukan projek mega yang tidak membawa impak maksima kepada rakyat.
Antara contoh yang boleh saya tunjukkan di sini ialah :
a] Laporan Ketua Audit Negara baru - baru ini menjelaskan ketirisan dalam perbelanjaan dana awam sebanyak RM 28 bilion.
b]
Dakwaan Global Financial Integrity [ GFI ] bahawa RM 889 bilion wang
haram telah mengalir keluar dalam tempoh 8 tahun [ 2000 - 2008 ]
c] Menurut laporan Majalah International Living tahun 2010 : Kos hidup di Malaysia adalah ke 21 paling tinggi di dunia.
5. Kos hidup meningkat antaranya kerana :
a]
kenaikan harga barang keperluan termasuk harga rumah dan tanah. sedang
pendapatan masih perlahan ditambah pula terpaksa membayar pelbagai kadar
cukai.
b] Statistik Bank Negara Malaysia pada akhir Nov 2010 menjelaskan mengenai :
Hutang Isi Rumah rakyat Malaysia : RM 577 bilion
Ia bersamaan 74 % dari Keluaran Dalam Negara Kasar [ KDNK ] sekaligus ia menampakkan keupayaan berbelanja rakyat sangat rendah.
Realiti
ini tentunya menekan rakyat terutama generasi muda. Saya tertarik
dengan hasil kajian Pemuda BN sendiri [ melalui Makmal Pemuda BN ]
menampakkan trend serupa mengenai suara anak muda :
40 % : anak muda bimbang masa depan negara
48 % : Kualiti hidup mereka di Malaysia tidak terjamin
39 % : hidup di Malaysia sukar & hanya cukup keperluan
9 % : sangat sukar & tdak cukup keperluan.
81 % anak muda pernah habis wang sebelum dapat gaji berikutnya.
10 % anak mudankerap mengalami situasi tersebut iaitu habis wang sebelum dapat gaji bulan berikut.
Malaysia
bukan negara gersang tanpa hasil mahsul. Malaysia memiliki bijih,
minyak, gas, emas, getah, sawit, balak, padi, ikan dan sebagainya. Gamat
pun banyak . Semuanya adalah amanah Allah swt dan selayaknya diurus
oleh kerajaan yang TELUS dan AMANAH.
Kekayaan negara yang
berlonggok dikalangan tertentu, bukan sahaja melebarkan jurang kaya
miskin, tetapi sering menjadikan mereka angkuh dengan kekayaan dan kuasa
yang mereka miliki. Persis rakaman kisah yang disebut oleh Allah dalam
al Quran :
إِنَّ قَارُونَ كَانَ مِن قَوْمِ مُوسَىٰ فَبَغَىٰ
عَلَيْهِمْ وَآتَيْنَاهُ مِنَ الْكُنُوزِ مَا إِنَّ مَفَاتِحَهُ لَتَنُوءُ
بِالْعُصْبَةِ أُولِي الْقُوَّةِ إِذْ قَالَ لَهُ قَوْمُهُ لَا تَفْرَحْ
إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْفَرِحِينَ
Sesungguhnya Qarun adalah
ia dari kaum Nabi Musa, kemudian ia berlaku sombong dan zalim terhadap
mereka; dan Kami telah mengurniakannya dari berbagai jenis kekayaan yang
anak-anak kuncinya menjadi beban yang sungguh berat untuk dipikul oleh
sebilangan orang yang kuat sasa. (Ia berlaku sombong) ketika kaumnya
berkata kepadanya: "Janganlah engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu),
sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang bermegah-megah.
(seperti lagakmu itu).
وَابْتَغِ فِيمَا آتَاكَ اللَّهُ
الدَّارَ الْآخِرَةَ وَلَا تَنسَ نَصِيبَكَ مِنَ الدُّنْيَا وَأَحْسِن
كَمَا أَحْسَنَ اللَّهُ إِلَيْكَ وَلَا تَبْغِ الْفَسَادَ فِي الْأَرْضِ
إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ
"Dan tuntutlah dengan
harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan
kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu
(keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada
hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan
pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau
melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada
orang-orang yang berbuat kerosakan ".
قَالَ إِنَّمَا أُوتِيتُهُ
عَلَىٰ عِلْمٍ عِندِي أَوَلَمْ يَعْلَمْ أَنَّ اللَّهَ قَدْ أَهْلَكَ مِن
قَبْلِهِ مِنَ الْقُرُونِ مَنْ هُوَ أَشَدُّ مِنْهُ قُوَّةً وَأَكْثَرُ
جَمْعًا وَلَا يُسْأَلُ عَن ذُنُوبِهِمُ الْمُجْرِمُونَ
Qarun
menjawab (dengan sombongnya): "Aku diberikan harta kekayaan ini hanyalah
disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku". (Kalaulah Qarun
bijak pandai) tidakkah ia mengetahui dan pandai memahami, bahawa Allah
telah membinasakan sebelumnya, dari umat-umat yang telah lalu,
orang-orang yang lebih kuat daripadanya dan lebih banyak mengumpulkan
harta kekayaan ? Dan (ingatlah) orang-orang yang berdosa (apabila mereka
diseksa) tidak lagi ditanya tentang dosa-dosa mereka, (kerana Allah
sedia mengetahuinya). Surah al Qasas : 76 - 78
Mengurangkan kadar
dan jumlah cukai yang dikenakan keatas rakyat akan banyak membantu
rakyat membina kehidupan yang lebih baik dan selesa. Sekaligus
berpotensi menjana kitaran ekonomi yang sihat melalui tahap upaya rakyat
berbelanja.
Negara dan pemimpinnya juga mesti yakin pada berkat
dan rahmat Allah swt tuhan yang memberikan rezeki. Pastikan negara
bertaqwa dan tidak derhaka kepada Allah swt dengan tidak melakukan
mungkar samaada dalam sosial, politik mahupun ekonomi, nescaya negara
akan diberkati dan dirahmati Allah swt. Pastinya rezeki atau pendapatan
negara akan bertambah tanpa perlu bergantung dengan pelbagai cukai yang
disedut daripada rakyat.
وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَىٰ آمَنُوا
وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَاتٍ مِّنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ
وَلَٰكِن كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُم بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ
Dan
(Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta
bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan)
yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka
mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa
disebabkan apa yang mereka telah usahakan. Surah Al A'araf : 96
** Ustaz Nasruddin Hassan adalah Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan