Ramai umat Islam yang terkejut dan kecewa sewaktu Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria (foto) mengeluarkan kenyataan bahawa athlit Muslim yang mewakili di temasya Sukan Olimpik London 2012, dibenarkan menangguhkan ibadah puasa. Malah, lebih mengejutkan apabila Mufti Perlis Dr Juanda Jaya dan bekas mufti Perlis Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin
pula bersetuju dan menyokong pandangan Harussani itu.
Dalam satu
kenyataan, Dr Juanda mengulas pandangan Harussani dan Dr Asri itu
berkata, atlit Muslim boleh menangguhkan puasa bagi mengelakkan daripada
dituduh tidak beri kerjasama, diboikot atau boleh menjejaskan peluang
kemenangan.Sebelum itu Dr Asri yang juga pensyarah kanan Universiti Sains Malaysia (USM dilaporkan The New Straits Times sebagai berkata, atlit boleh berbuat demikian kerana mereka bermusafir.
Isu berkenaan turut mendapat perhatian Persatuan Ulama Malaysia (PUM) yang menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) supaya bersidang bagi memutuskan pandangan mereka berhubung perkara itu. Setiausaha PUM Dr Mohd Roslan Mohd Nor berkata pandangan yang dikemukakan itu bukan pandangan rasmi kerajaan.
"Umat
Islam memerlukan satu panduan yang sama. Kita menghormati padangan Tan
Sri Harussani dan Dr Asri. Tetapi pandangan mereka tidak mewakili satu
badan yang berpusat dari kerajaan. "Itu pandangan peribadi mereka,"
katanya yang menambah PUM telah berbincang mengenai perkara itu sebelum
ini.
Bagaimanapun masyarakat Islam sangat memerlukan keputusan majlis
itu dan PUM mahu diselaraskan di peringkat kebangsaan, kata Dr Mohd
Roslan lagi. Persoalannya sekarang, kini heboh di internet berkenaan
sukan Olimpik London 2012 adalah agenda jahat yang dilakukan oleh Zionis dan Illuminati
untuk menyebarkan dakyah-dakyah mereka sebenarnya.
Perkara itu disahkan
lagi dengan banyak pendedahan tentang perkara ini. Malah, melihat
kepada pelancaran upacara sukan tersebut kelmarin jelas membuktikan ia ada kaitan jelas dengan Illuminati sebenarnya.
Apa yang lebih mengejutkan ialah hari pelancaran sukan Olimpik London 2012 baru-baru ini dengan jelas menunjukkan kepada kita tentang tanda-tanda Illuminati dan Freemason sebenarnya. Mungkin kepada mereka yang tidak perasan, tidak mengetahui tanda-tanda tersebut. Tetapi bagi mereka yang sudah mengetahuinya sebelum ini, maka mereka dapat melihat dengan jelas semua ini.
Soalnya, apakah Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria tidak menyedarinya?. Lantaran rela mengeluarkan kenyataan yang jelas telah mengelirukan umat Islam secara keseluruhannya. Ramai yang keliru ketika menyaksikan upacara tersebut yang disiarkan secara langsung itu. Replika pokok yang diletakkan di atas bukit dan kemudian ada ramai manusia keluar dari bawah pokok tersebut sebenarnya menunjukkan dengan jelas simbolik Yahudi.
Ramai yang tidak menyedari bahawa pokok Olimpik itu adalah lambang kepada pokok Yahudi iaitu Gharqad. Bukti jelas perkara ini ialah Rasulullah S.A.W bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tarmizi:
"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-orang Islam akan memerangi Yahudi. Orang-orang Islam akan memerangi (membunuh) Yahudi dan mereka akan bersembunyi di sebalikk batu-batu dan pokok. (Ketika itu) Batu dan pokok akan akan bersuara 'Wahai muslim! wahai hamba Allah! di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya', kecuali POKOK GHARQAD (yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi".
Musykil, Dr.Juanda Jaya dan Dr.Mohd Asri Zainul Abidin pula boleh sokong
kenyataan yang telah dibuat oleh Mufti Perak, Tan Sri Hairussani Zakaria itu
Hadis
ini menceritakan tentang peristiwa akhir zaman iaitu waktu hampir
kiamat. Pada waktu ini tentera Yahudi yang dipimpin oleh Dajjal akan
berperang dengan orang Islam. Dalam peperangan ini, orang Islam akan
dapat membunuh dan menewaskan orang Yahudi sehinggakan apabila mereka
berselindung di sebalik mana-mana batu dan pokok untuk menyelamatkan
diri, maka dengan izin Allah pokok dan batu akan memberitahu tentera
Islam tentang Yahudi yang berlindung di sebaliknya. Akan tetapi satu
pohon yang tetap berdiam diri dan akan bersekongkol dengan Yahudi iaitu
pohon yang bernama Gharqad.
Pada ketika ini, orang-orang Yahudi sedang
giat menanam pokok Gharqad secara berleluasa di Negara Haram Israel
sebagai suatu persediaan menghadapi tentera Islam pada akhir zaman. Ini
juga bermakna bahawa orang Yahudi sebenarnya memang tahu dan sedar
tentang kebenaran Islam dan kebenaran hadis nabi saw. Keegoaan dan sikap
bongkak mereka menyebabkan mereka tidak menerima ajaran Islam,
sebaliknya terus berusaha memerangi umat Islam.
Bukti, pokok Olimpik London 2012 adalah lambang pokok Yahud "Gharqad"
Ramai juga yang bertanya tentang bagaimanakah rupa pokok Gharqad. Ada yang menyatakan bahawa ia pokok Krismas, dan ada pula yang menyatakan bahawa ia pokok Rhu, pokok Kaktus dan sebagainya. Gambar pokok Gharqad yang dipapar di sini insya Allah akan dapat menyelesaikan kekeliruan tentang gambaran pokok Gharqad. Dan yang pastinya pokok Gharqad tidak sesuai dengan iklim di Malaysia dan ia tidak tumbuh di tempat kita.
Pokok Gharqad adalah pokok African Boxthorn, dari keluarga Solanaceae. Ia sejenis pokok yang berduri dan mempunyai dahan yang berjalin-jalin. Dikategorikan sebagai beracun, dan buahnya seperti buah tomato, tetapi kecil dan hanya berdiameter 1 cm sahaja. Daun nya bewarna hijau muda. Bunganya kecil dan berwarna putih dengan tompok-tompok ungu.
Di dalam laman web JewishNational Fund, terdapat maklumat di mana kerajaan Israel menyediakan satu dana khas untuk penanaman pokok. Dana kebangsaan khas ini bertujuan untuk menghijaukan bumi dan tujuan paling utama adalah mencari tanah untuk puak-puak Yahudi ini tinggal.
Laman ini juga menyatakan mereka telah berjaya menanam sebanyak 220 juta pokok dan projek-projek lain. Penanaman pokok Gharqad ini adalah satu dari agenda kempen menghijaukan bumi ini dan kempen ini berkumandang di seluruh dunia bagi mengaburi agenda mereka di Palestin.
[Dengan pendedahan yang sedikit ini, ia diharap dapat menghuraikan kekalutan yang melanda akibat kenyataan Mufti Perak agar athlit Muslim dari negara kita yang menyertai Olimpik London 2012 dibolehkan menanggugkan puasa untuk sertai sukan tersebut.
Ramai yang berpendapat, menangguh puasa bagi musafir hanyalah atas perkara yang tidak bercanggah dengan hukum syarak apatah lagi mungkar seperti ini. Itu pun untuk sehari sebelum sampai ke lokasi yang berkenaan, bukan sepanjang tempoh berada di lokasi tersebut. Makanya, wajarkah athlit Malaysia tangguhkan puasa sepanjang tempoh sukan Olimpik berlangsung?.
Inilah yang memusykilkan sebenarnya. Majlis Fatwa Kebangsaan sepatutnya memainkan peranan untuk merungkai kekalutan ini. Tambahan pula dengan bukti-bukti jelas bahawa Olimpik London 2012 ini ada kaitannya dengan Illuminati, Freemason dan Yahudi (Zionis). Apakah semua Mufti terbabit tidak mendapat ilmu langsung tentang semua ini, atau sengaja memekakkan telinga dan menutup mata untuk melihat kebenaran semata-mata dek kerana mahu mencari keuntungan duniawi!].
Tiada ulasan:
Catat Ulasan