HALAMAN SANTAI

Isnin, 30 Julai 2012

Pekema bimbang ramai muflis jika hapus duti eksais kereta

MALAYSIA KINI
 
 
 
Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) tetap bersetuju dengan rancangan untuk menghapuskan duti eksais kereta namun bimbang langkah itu akan menyebabkan pekerja dalam sektor automotif tempatan akan kehilangan pekerjaan.

Presidennya, Datuk Zainuddin Abdul Rahman dalam laporan Berita Harian hari ini berkata, beliau juga bimbang ekonomi negara tidak stabil dan menyebabkan ramai muflis.

"Dengan penghapusan itu, negara akan kehilangan kira-kira RM7 bilion setahun yang mana ia boleh digunakan untuk menaik taraf infrastruktur, bantuan pendidikan dan membantu golongan berpendapatan rendah," katanya seperti dipetik akhbar itu.

Katanya, beliau juga bimbang pembuat kereta nasional Perodua dan Proton akan gulung tikar sekiranya rancangan Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga kereta itu dilaksanakan.

Zainuddin ketika bercakap kepada Malaysiakini sebelum ini bagaimanapun berkata, negara masih mampu memperolehi sumber pendapatan yang jauh lebih tinggi daripada sumber ekonomi selain daripada cukai ke atas kereta.

"Kalau hapuskan cukai ke atas kereta, apalah sangat kesan kepada pendapatan negara sebanyak satu atau dua bilion itu," katanya.

Tiada ulasan: