Tulisan saya masih
lagi berkisar perspektif saya terhadap pembentukan masyarakat dalam
konteks sosio-budaya, politik, dan perkembangan semasa. Bukan kerana
saya dibayar untuk menulis hal-hal ini, tapi ternyata saya masih belum
mampu lari dari menekan papan kekunci saya untuk menaip
perkataan-perkataan berkaitan politik dan sosial. Tidak salah bagi saya
rasanya; lagi pun saya kira bila terus menerus saya masih menulis hal
berkaitan politik sebegini, bukankah saya sedang meneruskan survival
orang Melayu dalam arena politik? Saya sedang menyelamatkan kuasa
politik umat Melayu dari dirampas oleh orang Cina dan India; kalau
menurut sudut pandang kelompok penguasa yang mengebar bendera keris
tidak bersarung.
Saban hari setiap umat manusia dalam Negara ini masih lagi terus tertanya-tanya; bila agaknya pilihan raya? Ketika tulisan ini dicatat, di Negara jiran kita, Indonesia; rakyatnya yang bermastautin di kota megapolis Jakarta baru sahaja selesai melalui proses pilihanraya provinsi yang disebut sebagai Pilkada iaitu singkatan dari Pemilihan Kepala Daerah, persis pilihan raya negeri yang diamalkan di Negara kita (contohnya Sarawak baru-baru ini). Pemilihan Kepala Daerah yang baru sahaja selesai pusingan pertama itu adalah proses pilihan raya untuk memilih Gabenor bagi provinsi Jakarta. Apabila ditanya kepada rakan-rakan dari Jakarta, bila pula Pemilu (Pemilihan Umum-untuk memilih Presiden Republik) akan diadakan; ringkas sahaja dijawab 2014! Masih ada dua tahun lagi, tapi awal lagi sudah diketahui bila pemilihannya.
Secara ringkas, saya titipkan demokrasi sebagai bukan sahaja satu proses mengendalikan sebuah organisasi baik kecil atau besar melalui pungutan suara atau pendapat ramai semata-mata, malah ia sepatutnya perlu difahami sebagai lebih dari itu. Demokrasi bukan hanya proses "orang atas" mendengar dan mengikut apa yang dinyatakan oleh orang di bawah, sebaliknya proses demokrasi itu sendiri sebenarnya adalah untuk menolak wujudnya konsep orang atas dan orang bawah. Demokrasi yang sebenar sepatutnya difahami sebagai satu proses di mana setiap keputusan, pelaksanaan keputusan, atau apa-apa sekalipun urusan yang melibatkan orang ramai perlu dijalankan bukan sahaja mengikut "pendapat" orang ramai sebaliknya yang paling penting adalah keterlibatan orang ramai itu sendiri. Namun kelihatannya, sekadar yang termampu buat saat ini hari ini, hanyalah melalui proses pungutan suara lima tahun sekali yang dipanggil pilihan raya.
Menyelami maksud dan pengamalan sebenar demokrasi di Negara ini boleh jadi satu perbincangan yang membingungkan. Membingungkan kerana sedia difahami, walaupun kita dengan gahnya melaungkan demokrasi, kita sebenarnya tidak pernah serius dalam memberi pendidikan mengenai demokrasi itu sendiri kepada rakyat. Apabila kita memilih untuk menjadi sebuah Negara demokrasi, asas yang paling penting yang perlu dimuktamadkan adalah memastikan setiap orang yang berada di dalam Negara ini memahami demokrasi itu sendiri. Jika demokrasi tidak difahami oleh orang ramai, maka sia-sialah proses pilihan raya berlangsung dalam Negara kita. Asas kepada kejayaan demokrasi adalah wajib bagi setiap rakyat yang sah dalam sesebuah Negara itu memahami demokrasi; kerana demokrasi adalah mengenai semua orang, bukan hanya sekelompok majoriti mahupun minoriti.
Apabila demokrasi tidak difahami oleh orang ramai terutama sekali orang-orang yang saban kali turun mengundi, maka terjadilah demokrasi palsu. Demokrasi yang hanya bersifat pengolahan persepsi untuk membenarkan sesebuah kuasa terus dipegang; dan akhirnya mendorong terjadinya korupsi dalam pentadbiran. Sebagai contoh untuk memudahkan lagi pembaca memahami maksud saya; adakah seorang orang tua yang buta huruf yang tinggal di pendalaman faham tujuan mengundi? Terjadi banyak kes di mana orang ramai turun mengundi bukan kerana mereka faham bahawa undi yang dibuang mereka adalah untuk menentukan masa depan dan polisi Negara, sebaliknya hanya terpikat dengan janji-janji pilihan raya serta habuan-habuan mee segera. Malah dalam sebuah kajian berdasarkan pilihan raya negeri Sarawak yang terakhir, hakikat yang lebih teruk dan pahit untuk ditelan adalah masih terdapat kumpulan masyarakat yang tidak mengetahui bahawa di atas kertas undi, pengundi dibenarkan untuk memangkah parti lain selain dari incumbent. Mereka seolahnya hanya diajar untuk memangkah sesebuah parti tanpa mengetahui tujuan dan matlamatnya. Inilah realiti yang terus menerus berlaku akibat ketidakfahaman orang ramai tentang pengamalan demokrasi itu sendiri. Di sini, kita meletakkan kembali persoalan; selepas 54 tahun pentadbiran anak tempatan, 12 kali pilihan raya: adakah Negara dan tentu sekali masyarakat benar-benar cocok dan faham serta sedia menganuti demokrasi?
Saya tidak perlu pergi sejauh membincangkan model demokrasi apa sebenarnya yang perlu diamalkan di Negara ini. Jika saya cuba mengangkat tajuk demikian, ia memerlukan lebih banyak kajian dan perbincangan. Malah saya sendiri juga mungkin akan jadi bingung. Demokrasi juga mempunyai banyak wajah. Namun, di sebalik ketidakperluan kita membincangkan bentuk demokrasi tersebut, kita tetap masih perlu dan wajib sebenarnya membincangkan bagaimana proses pengamalan demokrasi yang paling sesuai dengan Negara kita. Hakikatnya, kita masih hidup dan tinggal dalam sebuah Negara yang mana kelas sosialnya masih belum terurai. Kita tinggal dalam sebuah Negara yang unik; menerima masuk demokrasi, namun mengekalkan elemen feudal. Mengamalkan demokrasi kononnya sebagai pengiktirafan terhadap hak setiap individu dalam Negara membuat keputusan buat Negara namun masih membeza-bezakan masyarakat mengikut kelas, ras, darjat, dan agama. Inilah elemen yang perlu dinilai semula dalam Negara kita untuk memastikan pengamalan demokrasi dapat berlangsung dengan sihat.
Persoalan tentang perbezaan kelas masyarakat kedengaran seperti tajuk yang tidak relevan untuk dikaitkan dengan masyarakat Negara kita. Istilah perbezaan kelas sosial dalam masyarakat seolah-olah berada di luar konteks Malaysia; perbezaan kelas kelihatannya seperti tidak wujud dalam Negara kita. Hati-hati dengan pendapat yang demikian. Perbezaan kelas tetap berlaku di mana-mana, termasuklah Negara kita walaupun ia seolah tidak disedari. Jurang miskin kaya masih luas, apa lagi kalau kita lihat pula konteks lain termasuklah ras, darjat keturunan, dan agama. Ini elemen yang perlu diuraikan jika kita benar-benar ikhlas dalam mengamalkan demokrasi. Contoh mudah untuk memahami apa yang cuba saya terangkan ini boleh dilihat dalam organisasi yang lebih kecil; pemilihan parti misalnya. Eksploitasi undi boleh berlaku dengan mudah jika terdapat pertembungan antara calon yang berbeza kelas. Yang kaya bertembung dengan yang miskin; dengan mudahnya yang kaya mampu untuk mempengaruhi undi mereka. Jika yang Islam bertembung dengan yang bukan Islam misalnya, turut akan berlaku yang demikian; mudah untuk bermain dengan persepsi. Ini yang cuba saya terangkan dengan permasalahan yang wujud apabila demokrasi cuba diamalkan dalam keadaan dan persekitaraan yang tidak sekata dan saksama. Dan inilah realiti yang berlaku dalam Negara kita; demokrasi yang sedikit tempang. Manusia yang masih hidup berlandaskan kelas yang berbeza-beza tidak mungkin dapat menikmati demokrasi yang adil dan sempurna.
Jika kita abaikan dahulu perbezaan kelas masyarakat; kita masih lagi berhadapan pula dengan proses demokrasi yang tidak adil. Pilihan raya dalam Negara kita masih terlalu jelik untuk dibanggakan. Pengamalan demokrasi yang cukup menjijikkan; akses media yang tidak adil, manipulasi undi, senarai pengundi, eksploitasi suruhanjaya pilihan raya, dan seribu satu kekusutan yang melingkari proses pilihan raya itu sendiri sudah cukup untuk dijadikan indikator bagaimana "demokrasi" sebenarnya hanya menjadi alat untuk mengekalkan kuasa sesuatu pihak. Maka apabila Perdana Menteri Najib Razak (gambar kiri) digelar sebagai "demokrat palsu" oleh Mark Mackinnon dalam Globe and Mail, khalayak masyarakat seharusnya sudah boleh memahami bagaimana pemimpin Negara kita ini boleh mendapat gelaran tersebut yang turut pernah dikalungkan kepada Hosni Mubarak dan Milosevic. Bukan hanya disebabkan oleh keengganan untuk mengakui bahawa kuasa yang diberi kepada beliau bukan kuasa mutlak, sebaliknya juga adalah kerana jenayah yang dilakukan beliau sendiri; tidak menghormati demokrasi. Seorang pemimpin yang tidak menghormati intipati demokrasi bererti beliau tidak menghormati rakyatnya sendiri. Bukti jelas untuk menilai sejauh mana seorang Najib Razak tidak menghormati demokrasi; imbaulah kembali episod kejatuhan kerajaan negeri Perak beberapa tahun yang lepas.
Apabila kita setuju dan mahukan demokrasi, adalah sangat penting bagi kita untuk memahami demokrasi itu sendiri. Dengan jumlah rakyat yang seramai kira-kira 28 juta orang, memberi pendidikan mengenai demokrasi kepada rakyat bukanlah suatu yang mustahil. Jika benar kita mahu menganuti demokrasi seikhlas hati kita, wajib bagi kita semua sekali untuk memahami demokrasi dan bagaimana demokrasi itu berfungsi buat kita. Untuk memurnikan pula demokrasi tersebut, wajib juga bagi kita sedia melepaskan segala "hak-hak keistimewaan" dan melihat orang lain sebagai sama dan setara dengan kita. Demokrasi tidak boleh diamalkan jika kita gagal menghormati tujuannya; meletakkan hak yang sama rata kepada setiap individu yang terlibat. Jika kita mahu anuti demokrasi, biarlah kita anuti dengan ikhlas dan menghormati "anutan" kita ini. Mempergunakan demokrasi sebagai alat untuk mengekalkan kuasa adalah hina dan jijik.
Bersediakah kita menganuti demokrasi?

*Adam
Adli ialah aktivis mahasiswa, bergiat aktif dalam pertubuhan Legasi
Mahasiswa Progresif (LMP) dan kini Bendahari Solidariti Mahasiswa
Malaysia (SMM).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan