Ketua
Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan jet peribadi yang
dinaikinya bersama pimpinan pembangkang pertengahan bulan ini adalah
ehsan ‘tajaan’ daripada seorang kenalan.
Tanpa mendedahkan identiti
pemilik jet berkenaan, Anwar malah mengharapkan ‘tajaan’ seumpama itu
terutamanya menjelang pilihan raya umum akan datang.
”Saya tak ada
masalah (naik jet peribadi). Kalau ada ruang, saya nak pinjam lagi
terutama dekat pilihan raya…saya nak pinjam,” katanya pada sidang media
di Lobi Parlimen di sini, Isnin.
Mengulas
lanjut mengenai peminjam jet peribadi itu, Anwar berkata beliau
dihubungi individu berkenaan bagi mendapatkan persetujuan untuk menaja
pakej perjalanannya dari Kuala Lumpur ke Sabah dan Sarawak.
“Rekod siapa punya jet itu ada pada DCA (Jabatan Penerbangan Awam). Jet itu berpangkalan di Kuala Lumpur.
“Saya
dihubungi seseorang untuk diberikan kebenaran. Dia kata kalau ditanya
(identiti pemilik jet) kata kawan tolong uruskan.Setakat itu sahaja
yang saya boleh jawab. Macam kalau kereta saya rosak, saya minta tolong
(pinjam) kereta kawan,” katanya.
Media hari
ini melaporkan kontroversi gambar Anwar bersama pemimpin pembangkang
menaiki sebuah jet peribadi dari Terminal SkyPark Subang untuk ke
Labuan, Sabah pada 15 September laluyang menjadi topik hangat di
internet.
Menurut
pendedahan blog yang memetik kenyataan akaun Twitter Naib Presiden
Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua beberapa hari lalu, jet peribadi
itu dinaiki Anwar bersama-sama para pemimpin pembangkang lain ke
Labuan dan Kota Kinabalu, dipercayai bagi menyambut perayaan Hari
Malaysia.
Mengulas lanjut mengenai penyebaran gambar tersebut, Anwar berkata ia sengaja disebarkan bagi mengelakkan sebarang spekulasi negatif.
Mengulas lanjut mengenai penyebaran gambar tersebut, Anwar berkata ia sengaja disebarkan bagi mengelakkan sebarang spekulasi negatif.
“Mengapa
kita izinkan Tian ambil gambar? Ia sebab saya tak mahu perkara ini
dirahsiakan. Sebab itu sengaja kita sebarkan di facebook,” katanya.
Dalam pada
itu Anwar turut menafikan sebarang dakwaan yang mengaitkan wujudkan
unsur rasuah disebalik penajaan jet peribadi tersebut.
“Saya
semak jika wujud unsur berkepentingan di Selangor, tapi tak ada. Saya
bimbang juga kalau dia nak tanah atau kontrak di Selangor…tapi tak
ada,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan