HALAMAN SANTAI

Jumaat, 28 September 2012

Speaker DUN PP nafi ada ekuiti dalam projek RM200j

Susan Loone


 
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Abdul Halim Hussein telah menafikan sekeras-kerasnya bahawa beliau ada kepentingan peribadi dalam pembangunan sebuah taman tema di Teluk Bahang.

NONEBeliau menyifatkannya sebagai satu "fitnah yang berniat jahat dan
hipokrit" daripada pemimpin Umno dan menuduh parti itu tidak sensitif terhadap nasib rakyat di kawasan itu.

Abdul Halim berkata, kenyataan timbalan ketua Umno Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir itu adalah satu "mesej yang berbahaya" kepada para pemaju.

Abdul Halim yang juga naib ketua PKR Pulau Pinang menafikan mempunyai sebarang kepentingan peribadi dalam projek tersebut dan menganggap tuduhan itu bertujuan untuk memfitnah, mencemar dan memperkecilkan namamua sebagai Speaker DUN.

Tiada ulasan: