HALAMAN SANTAI

Khamis, 27 September 2012

Gambar- Anwar Ibrahim Naik Jet Eksekutif. Pinjam Atau Sewa? Kalau Sewa Sahaja Bernilai RM96,000!!

  Staff Berita Semasa

Jet Anwar (Gambar) Anwar Ibrahim Naik Jet Eksekutif. Pinjam Atau Sewa? Kalau Sewa Sahaja Bernilai RM96,000!!

Dunia politik di Malaysia seperti dilanda tsunami “versi Malaysia” apabila tersebar berita Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim naik jet ekslusif bersam-sama pemimpin Pakatan Rakyat yang lain. Siapa yang mula buka “cerita’ kalau pemimpin PKR sendiri atas nasihat Anwar Ibrahim….

Siapa Lagi Yang Naik Jet Ekslusif Itu?

Tian Chua Jet Ekslusif (Gambar) Anwar Ibrahim Naik Jet Eksekutif. Pinjam Atau Sewa? Kalau Sewa Sahaja Bernilai RM96,000!!
  1. Ketua Pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim
  2. Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw
  3. Naib Presiden PKR, Tian Chua
  4. Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas, Dr. Hatta Ramli
  5. Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin b
  6. Bekas Ahli Parlimen Kemaman dari PKR, Abdul Rahman Yusof

Kronologi Isu Penggunaan Jet Ekslusif Oleh Anwar Ibrahim + Pemimpin Pakatan Rakyat Yang Lain ?

  •  14 September 2012 : Tian Chua muat naik gambar semasa mereka naik jet ekslusif dari Labuan ke Kota Kinabalu atas nasihat Anwar Ibrahim dengan harapan perkara tersebut tidak disembunyikan. [Sumber : Mstar]
Jet Ekslusif Anwar (Gambar) Anwar Ibrahim Naik Jet Eksekutif. Pinjam Atau Sewa? Kalau Sewa Sahaja Bernilai RM96,000!!
  • 24 September 2012 : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan jet peribadi yang digunakannya dalam kempen di Sabah dan Sarawak tengah bulan ini bukanlah miliknya tetapi milik ‘rakannya’ yang meminjamkan jet peribadi jenis Dassault Falcon 7X tersebut untuk berkempen kerana masalah cuaca dan logistik yang dihadapi di kedua negeri Malaysia Timur itu.
  • Petang itu tiada penerbangan komersial … yang ada hanya bot laju, dan itu pun mengambil masa dua jam, namun keadaan pinggang saya yang tidak berapa baik.”
  • Anwar Ibrahim dikatakan telah bertanya terlebih dahulu kepada pemilik jet itu adakah dia berbuat baik kerana mempunyai kepentingan memiliki tanah di negeri bawah pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) ‘rakannya’ itu menafikannya.
  • Jet tersebut berpangkalan di Kuala Lumpur dan berdaftar dengan Jabatan Penerbangan Awam. [Sumber : The Malaysian Insider]
  • Kos menyewa jet eksekutif selama dua hari untuk membawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama beberapa pemimpin pakatan pembangkang lain ke Labuan, Sabah pertengahan bulan ini adalah RM96,000.
  • Menurut sumber, kos tersebut meliputi semua caj termasuk bayaran juruterbang, jurutera dan perkhidmatan lain yang dikenakan Tjets Sdn. Bhd. (Tjets). Difahamkan, urusan tempahan jet berkenaan dilakukan oleh seorang individu dari Sarawak. [Sumber : Kosmo]
  • 25 September 2012 : Seorang pengusaha jet (TJets Sdn Bhd) Datuk Mohd Taufik mengakui bahawa pesawat milik syarikatnya disewakan untuk kegunaan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi lawatan ke Sabah dan Sarawak minggu lalu. [Sumber :  Utusan Malaysia]
  • 25 September 2012: Datuk Mohd Taufik tidak mahu mendedahkan kos sewaan tersebut. [Sumber : The Star]
Betulkah tiada penerbangan komersial pada waktu itu? Jadi, jadual di bawah ini dipanggil apa ya?

Labuan Kota Kinabalu Jet (Gambar) Anwar Ibrahim Naik Jet Eksekutif. Pinjam Atau Sewa? Kalau Sewa Sahaja Bernilai RM96,000!!

Labuan – Kota Kinabalu
  • MH 2605 bertolak 12.05, ketibaan Kota Kinabalu 12.35 – hari-hari ada
  • MH 3076 bertolak 3.30, tiba Kota Kinabalu 4ptg – hari-hari ada
  • MH 3242 bertolak 5.40, tiba Kota Kinabalu 6.10ptg – Isnin, Rabu, Khamis, Jumaat
Yang mana satu?
  • Betulkah tiada penerbangan komersial? Kami semak ada sahaja waktu itu.
  • Anwar Ibrahim kata kawan yang bagi pinjam. Lain lagi ceritanya. Tian Chua ada mengatakan sewa jet ekslusif itu murah? Murah yang macam mana tu?
Jet Anwar Ibrahim (Gambar) Anwar Ibrahim Naik Jet Eksekutif. Pinjam Atau Sewa? Kalau Sewa Sahaja Bernilai RM96,000!! 

Pengajaran untuk pimpinan politik Pakatan Rakyat atau mana-mana parti politik yang lain. Kalau nak “beli jiwa rakyat”, silalah naik kenderaan seperti mana yang sering digunakan oleh rakyat marhaen. Jangan belum jadi pemimpin, sudah ngada-ngada “memasang” mata untuk menaiki jet peribadi. Pedulikan orang nak bagi sewa apatah lagi diberikan secara percuma. Ahli politik secara umumnya patut sedar dan berpijak dibumi yang nyata.
“Langkah dan tingkahlaku anda seringkali diperhatikan”
Perlu dielakkan mentaliti seperti ini terutamanya penyokong tegar pemimpin politik yang ada hari ini :
  1. Dak aihh.. sikit sahaja
  2. Dak aihh.. Ramai buat
  3. Dak aihh.. Boleh bilang jari
  4. Dak aihh.. Macam tumpang naik kereta
  5. Dak aihh.. Macam beli korporat table dinner
  6. Dak aihh.. Ini rezeki terpijak
Yang paling kelas : ada yang mengatakan “ini telus”. Apa maksud sebenar “telus”
Asal telus: Accountability + Governance. Ehem…
P/S : Sekarang bagi pinjam jet ekslusif. Esok apabila “kawan” dapat diangkat menjadi Perdana Menteri merasalah habuan lumayan. Nauzubillah. Minta dijauhkan…

Tiada ulasan: