Berikut
ialah intipati Belanjawan 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan, di Dewan
Rakyat, pada Jumaat. Tema Belanjawan 2013 ialah “Memakmur Negara,
Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati”.
* Peruntukan RM251.6 bilion bagi melaksanakan semua langkah, program dan projek pembangunan.
* RM201.9 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus dan RM49.7 bilion bagi peruntukkan pembangunan.
* RM58.6 bilion diperuntukkan bagi Emolumen dan RM33.7 bilion bagi perkhidmatan dan bekalan.
* RM3.0 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan projek permulaan (EPP) bagi tahun 2013.
*
Penyediaan Dana Strategik Pelaburan Domestik berjumlah RM1.0 bilion di
bawah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia untuk aktiviti penyumberan
luar dan pemerolehan teknologi oleh syarikat tempatan.
* Penyediaan dana sebanyak RM1.0 bilion di bawah Skim Pembangunan PKS bawah kendalian SME Bank.
* SME Bank
dengan kerjasama Bank Pembangunan Islam akan menyediakan Dana Industri
Halal sebanyak RM200 juta untuk membiayai modal kerja PKS terlibat.
* Skim
perlindungan insurans berkelompok kepada penjaja dan peniaga kecil
berdaftar dengan had maksimum RM5,000 dengan peruntukan RM16 juta
setahun.
* Pertumbuhan ekonomi diunjur berkembang kukuh pada kadar 4.5 peratus hingga 5.5 peratus.
* KDNK nominal dijangka melepasi paras RM1.0 trilion.
* Peruntukan RM251.6 bilion bagi program dan projek pembangunan, dengan fokus terhadap kesejahteraan rakyat.
* Kutipan hasil Kerajaan Persekutuan 2013 dianggarkan meningkat kepada RM208.6 bilion.
* Pelaburan swasta dijangka meningkat kepada RM148.4 bilion.
* RM30
bilion diperuntukkan bagi sektor ekonomi untuk menampung keperluan
infrastruktur perindustrian serta pertanian dan pembangunan luar bandar
* RM11.1
bilion diperuntukkan bagi sektor sosial termasuk pendidikan dan
latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat.
* RM4.6
bilion diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan, RM2 bilion
bagi pentadbiran am dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka.
* Kerajaan akan terus memperhebat pelaksanaan 12 Bidang Keberhasilan Utama Ekonomi (NKEA) negara.
* RM3
bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan Projek Permulaan, termasuk RM1.5
bilion bagi projek pertanian seperti kelapa sawit, getah, herba
bernilai tinggi dan padi.
*
Perbadanan Nasional Bhd menyedia kemudahan pinjaman hingga RM25,000
bagi pemegang lesen dan RM500,000 bagi penyedia lesen menerusi program
Transformasi Perniagaan.
* Elaun Cukai Pelaburan 100 peratus untuk 10 tahun bagi aktiviti penapisan produk petroleum kepada yang layak.
* Program
Insentif Global bagi Perdagangan (GIFT) ditambah baik dengan
pengecualian cukai pendapatan 100 peratus ke atas pendapatan berkanun
bagi tempoh tiga tahun pertama operasi.
*
Perbelanjaan menerbitkan AgroSukuk diberi potongan cukai dua kali bagi
tempoh empat tahun mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.
* RM500
juta diperuntukkan bagi projek River of Life bagi mengindahkan Sungai
Klang, RM300 juta untuk projek pemulihan rangkaian paip dan pembetungan
bagi perkhidmatan dan kemudahan air.
* RM358 juta diperuntukkan di bawah perbelanjaan pembangunan sempena Tahun Melawat Malaysia 2013/2014.
* Lanjutan
pengecualian cukai pendapatan selama tiga tahun bagi pengusaha
pelancongan yang mengendalikan sekurang-kurangnya 750 pelancong asing
atau 1,500 pelancong tempatan setahun.
* Memberi
penekanan kepada sektor pertanian untuk meningkatkan pendapatan negara
dan memastikan kelestarian jaminan bekalan makanan. RM5.8 bilion
diperuntukkan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
* RM30
juta diperuntukkan bagi pembangunan program pertanian merangkumi
aplikasi penggunaan teknologi tinggi dalam pengeluaran buah dan
sayuran, peningkatan bekalan benih berkualiti, kestabilan harga melalui
jualan terus dari ladang, pewujudan pasar ikan rakyat serta
penambahbaikan institusi latihan pertanian.
* RM75 juta bagi meningkatkan pengeluaran produk makanan dan kesihatan.
* RM432 juta disediakan untuk program penanaman semula pokok kelapa sawit di bawah NKEA sektor perladangan.
* RM127 juta disediakan untuk pembangunan bahan terbitan oleo bernilai tinggi yang dapat mengubah komposisi industri hiliran.
* Empat
kawasan jelapang padi baru dibuka dan diperluas iaitu di Kota Belud,
Batang Lupar, Rompin dan Pekan. Pertambahan seluas 19,000 hektar dengan
penyertaan 12,237 pesawah dijangka menghasilkan 104,000 tan metrik
dengan perbelanjaan sebanyak RM140 juta.
* RM230
juta diperuntukkan sebagai insentif tangkapan ikan dan bayaran elaun
bantuan sara hidup nelayan. Pada masa ini kerajaan memberi elaun sara
hidup RM200 sebulan kepada nelayan, menyediakan insentif pada kadar 10
sen hingga 20 sen sekilo bagi hasil tangkapan ikan dan memperkenal skim
perlindungan insuran nelayan.
*
Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 10 tahun kepada syarikat
berstatus Tun Razak Exchange, pengecualian duti setem berstatus TRX
Marquee dan pengecualian cukai bagi pemaju hartanah.
* Yayasan
Wakaf Malaysia, di bawah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji diberi
tanggungjawab untuk merangka pelan induk Wakaf Korporat dengan
mengambil kira struktur perundangan Agama Islam Negeri.
* RM9 bilion atau 43 peratus daripada nilai kos infrastruktur projek MRT diperuntukkan kepada syarikat Bumiputera.
* Dana
Pembiayaan Bumiputera berjumlah RM1 bilion akan disediakan oleh SME
Bank untuk membantu PKS membiayai pengambilalihan anak syarikat milik
GLC yang menjalankan aktiviti bukan teras dan telah dikenal pasti untuk
dijual.
* Skim
Jaminan Modal Kerja akan dilanjutkan sehingga Disember 2013, dan
diperluaskan kepada syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi serta
kelayakan manakala dana pemegang saham syarikat ditingkatkan kepada RM20
juta.
* DanaInfra Nasional Bhd akan terbitkan bon runcit bernilai RM300 juta akhir tahun 2012 untuk biayai pembangunan MRT.
*
Perbelanjaan tambahan menerbitkan bon dan sukuk runcit akan diberi
potongan cukai dua kali mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.
* Pelabur individu diberi pengecualian duti setem ke atas surat cara yang terlibat dalam urus niaga bon dan sukuk runcit.
* Suruhanjaya Sekuriti perkenal inisiatif Graduate Representative Program dengan sektor swasta bagi melatih 1,000 graduan.
*
Peruntukan modal Danajamin ditambah sebanyak RM400 juta dalam tempoh
dua tahun. Suntikan ini dapat melipatgandakan nilai terbitan antara RM4
bilion hingga RM6 bilion.
* RM100
juta disediakan kepada Yayasan Pasaran Modal melalui Tabung Pembangunan
Pasaran Modal di bawah kawal selia Suruhanjaya Sekuriti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan