HALAMAN SANTAI

Jumaat, 28 September 2012

#Tanya Najib: Rakyat andaikan Bajet BN untuk Rosmah

Oleh Aisha Geoffrey

KUALA LUMPUR : Sesi #Tanya Najib ternyata mendapat respon melucukan apabila 90 peratus pengguna lebih berminat bertanya mengenai kegilaan Datin Seri Rosmah Mansur berbelanja boros dan mengandaikan Bajet 2013 BN adalah untuk isteri Perdana Menteri itu.

Sesi soal jawab secara dalam talian yang sepatutnya bermula 3 Oktober nanti, dianjurkan Datuk Seri Najib Razak untuk membolehkan rakyat bertanya mengenai Belanjawan 2013, yang dibentangkannya di Parlimen, petang ini.

Najib meminta pengguna Twitter mengemukakan soalan itu melalui label (hashtag) #Tanya Najib.

Bagaimanapun, ramai di kalangan pengguna Twitter terlebih awal mengambil peluang pada semalam untuk menjadikan Rosmah sebagai bahan jenaka.



Ada yang menimbulkan isu imej rambut dan sikap boros Rosmah, tidak kurang juga persoalan berhubung kematian tragis wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu dan skandal pembelian kapal selam Scorpene.

“Itu membuktikan Rosmah adalah liabiliti kepada Najib dan Umno dan BN, walaupun sesi itu diadakan untuk tujuan belanjawan. Rakyat tahu belanjawan itu nanti hanya sebagai gula-gula untuk mereka, tetapi yang akan terima keuntungan adalah Rosmah,” kata Ahli Majlis Piminan Pusat KEADILAN, Fariz Musa.

Sebelum ini, Rosmah telah banyak dikaitkan dengan berita keborosan beliau yang memiliki aset mencecah jutaan ringgit.

Terbaru, tersebar di internet gambar beliau bersama subang berlian bernilai RM2.5 juta dan jam tangan mewah dianggarkan antara RM350,000 hingga RM500,000.

Rosmah juga dilihat banyak memberi gambaran negatif terhadap suaminya yang sememangnya dianggap lemah kerana dikuasai isteri apabila beberapa kali tampil mewakili Najib dalam majlis-majlis besar, yang tidak pernah dilakukan mana-mana isteri Perdana Menteri sebelum ini.

Tiada ulasan: