SHAH ALAM : Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bersama anak syarikatnya, Selangor Industrial Corporation Sdn Bhd (SIC) mengutuk pengedaran surat permohonan mengambilalih hutang perumahan di kalangan pembeli rumah PKNS.
Surat berkenaan yang diedarkan di Taman Dagang, Ampang mengandungi kepala surat Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) dan ditandatangani oleh Presidennya, Azwanddin Hamzah.
Kandungan surat itu menyeru pembeli rumah PKNS atau SIC untuk memohon Kerajaan Negeri melupuskan semua hutang mereka yang masih tertunggak.
Tindakan itu kononnya mengikut dasar sama yang diambil Kerajaan Negeri dalam melupuskan hutang Talam Corporation Berhad (Talam).
Sehubungan pengedaran surat tersebut, dua laporan polis turut dibuat hari ini di Ibu Pejabat Daerah Shah Alam tadi oleh wakil PKNS dan SIC yang turut ditemani peguam mereka, S.N Nair & Partners.
Menurut , selain mengandungi kenyataan tidak tepat, surat tersebut juga berniat jahat dan berunsur fitnah.
“PKNS mahupun SIC tidak mengeluarkan sesen pun seperti didakwa dan digembar-gemburkan.
“PKNS melihat pengedaran surat ini sebagai satu tindakan menghasut dan cuba memberi tanggapan salah kepada PKNS, anak syarikatnya dan Kerajaan Negeri,” tegas Ishak.
Tambahnya lagi, PKNS bersedia mengambil tindakan undang-undang ke atas mana-mana pihak yang mengaitkan PKNS dengan isu Talam sepertimana yang sering ditimbulkan media arus perdana.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan