HALAMAN SANTAI

Ahad, 30 September 2012

Belanjawan 2013 tidak tumpu isu ketirisan, rasuah

Oleh: Sidiqin Omar

KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Kepong, Tan Seng Giaw berkata, kerajaan tidak serius untuk menambahbaik agensi seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam usaha menangani rasuah dan ketirisan dalam belanjawan 2013 yang dibentang semalam.

“Belanja berjumlah RM 251.6 bilion adalah yang terbesar dalam sejarah Malaysia. Tapi kita tidak fokus kepada ketirisan yang berjumlah RM 43 bilion.

“Hutang negara mencecah 54% dari KDNK. Kalau nak cegah ketirisan, kita mesti memperkuat SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia). Sekarang ini, RM251 juta tak cukup dan SPRM mesti dinaiktaraf sebagai Suruhanjaya Perkhidmatan.

“Kalau tidak ada (langkah) pencegahan ketirisan, kita akan menghadapi masalah pada masa akan datang. Ini perkara yang betul. Kita nak mencegah jenayah,” tegas Tan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub pula berkata, Belanjawan 2013 yang dibentangkan kerajaan Umno-BN meminggirkan penduduk di Sabah dan Sarawak seperti isu pemberian royalti minyak.

“Berbanding Barisan Nasional, Pakatan Rakyat lebih komited menaikkan bayaran royalti minyak kepada Sabah dan Sarawak dari 5% kepada 20%,” katanya kepada Keadilandaily.

Tiada ulasan: