KUALA LUMPUR : Kerajaan Pusat diselar kerana gagal menyiapkan kompleks mahkamah Klang dan membiarkannya terbengkalai selama tiga tahun sebelum memutus untuk memulih-kembali projek tersebut.
MP Puchong, Gobind Singh Deo melahirkan kekecewaannya tentang projek tersebut yang sepatutnya siap pada Mac tahun lepas.
“Apabila projek diberikan mereka dibekalkan kertas kerja yang menyatakan fasa kerja yang perlu disiapkan dalam tempoh tertentu dan kos terlibat.
“Kerajaan perlu pantau dan perkara ini (terbengkalai) tidak seharusnya berlaku,” katanya apabila ditemui di luar Dewan Rakyat hari ini.
Gobind berkata bangunan kompleks mahkamah ttersebut tidak boleh digunakan langsung dan baru dibina setengah.
Gobind turut mempersoalkan mengapa kerajaan tidak mengambil tindakan pantas dan menunggu sehingga tiga tahun untuk membina semula projek ini.
Di dalam jawapannya kepada soalan Gobind, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Liew Vui Keong berkata punca projek ini tidak siap adalah masalah kewangan yang dihadapi kontraktor He-con Sdn Bhd.
Projek ini dimulakan pada 21 Mei 2009 dan sepatutnya siap pada 27 Mac 2011.
Namun khidmat kontrakor tersebut dibatalkan pada 21 Julai 2011 dan kerajaan melantik kontraktor baru pada 3 Julai tahun ini.
Chong Hon Min yang juga MP Sandakan berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) memberikan jaminan bahawa projek ini siap penghujung tahun ini.
Gobind turut menjangkakan kos pembinaan ini akan bertambah memandangkan sebelum ini projek ini menelan belanja RM40.77 juta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan