Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) ini kerana pengundi generasi kedua lebih ramai daripada peneroka.
PETALING JAYA: NGO pro peneroka Felda menjangka bajet 2013 akan memberi umpan besar kepada generasi kedua Felda bagi menarik sokongan untuk pilihan raya umum ke 13.
Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) ini kerana pengundi generasi kedua lebih ramai daripada peneroka.
“Mungkin Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan insentif perumahan untuk generasi kedua Felda.
“Masalah perumahan ini sedang berlaku kepada generasi kedua itu,” kata Presiden ANAK, Mazlan Aliman.
Perdana Menteri akan mengumumkan bajet di bangunan Parlimen kira-kira jam 4 petang ini.
Pada masa sama, Mazlan meminta Najib menyemak semula penyenaraian Felda Global Ventures (FGV) kerana menurutnya merugikan peneroka.
Katanya, Najib mengumumkan penyenaraian FGV semasa membentangkan bajet tahun lalu.
“Kini penyenaraian itu membebankan peneroka. Sebagai contoh, hutang tanam semula telah meningkat kepada RM100, 000 dalam tempoh 20 tahun.
“Apa yang peliknya, hutang peneroka lebih banyak dari sebelumnya,” katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan