Pemilik Borders, Berjaya Books dan dua pekerja Borders pada 25 Jun lalu telah berjaya mendapatkan semakan kehakiman terhadap tindakan JAWI, menteri dalam negeri dan menteri lain, diantaranya merampas buku penulis Islam liberal, Irshad Manji.
“Saya rasa amat kecewa dengan menteri dalam negeri yang jelas cuba mengesahkan tindakan JAWI yang benar-benar salah dan tidak ada fatwa atau Perintah Larangan pada ketika itu,” menurut ketua operasi Borders, Yau Su Peng dalam affidavit difailkan pada 26 September.
Dia telah membalas affidavit menteri dalam negeri pada 5 September.
Pegawai JAWI telah menyerbu kedai buku dan merampas buku yang bertajuk “Allah, Kebebasan dan Cinta” pada 23 Mei, tetapi Borders mengatakan kementerian dalam negeri hanya mewartakan larangan buku tersebut pada 29 Mei, dan meluluskannya pada 14 Jun.
Menteri dalam negeri dalam affidavitnya berkata, beliau tidak perlu memberitahu Borders tentang pengharaman buku tersebut jika JAWI bertindak berdasarkan hukum Syariah.
Dia juga berkata dalam affidavitnya, “walaupun tidak ada Perintah Larangan pada tarikh buku itu dirampas oleh JAWI, JAWI mempunyai kuasa untuk merampas buku tersebut kerana dalam seksyen 13 Akta Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997, rampasan boleh dilakukan oleh JAWI di bawah undang-undang tersebut walaupun tidak ada perintah larangan dari menteri dalam negeri.”
Akta Penerbitan dan Mesin Cetak meliputi penjualan, peredaran, penerbitan yang menjadi bidang kuasa dan tanggungjawab kementerian dalam negeri, kata Yau lagi.
“Oleh itu, ini adalah tugas menteri dalam negeri, dan dalam perenggan 3, 4 dan 5 affidavitnya amatlah dikesali kerana melepaskan tugas dan tanggungjawabnya,” katanya lagi.
Peguamnya telah menasihatinya bahawa penjualan dan pengedaran buku tidak di bawah Akta Jenayah Syariah, katanya lagi.
Peguam telah memberitahu dia bahawa tindakan JAWI “adalah tidak mengikut Akta Cetakan, dan tindakan JAWI tidak sah.”
Dua pekerja Borders berkata, Borders mempunyai 200,000 judul buku dalam satu masa, dan “mustahil bagi Borders atau pekerjanya dalam membaca semuanya” setiap satu.
Yau berkata Borders tidak mempunyai kepakaran dalam perundangan Islam untuk menentukan jika ada buku melanggar hukum syarak, dan ini tidak ada dalam undang-undang.
Borders dan pekerjanya bergantung kepada notis dari menteri dalam negeri atau jabatan agama negeri untuk memberitahu pengharaman buku yang menentang hukum syarak, katanya lagi.
“Tetapi JAWI tidak memberi sebarang notis kepada kami bahawa buku tersebut menentang hukum syarak,” katanya lagi.
Dia juga berkata bahawa mahkamah tinggi, dan bukan mahkamah syariah yang patut menentukan isu ini dalam semakan kehakiman ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan