"Malah Badan Peguam Malaysia menerima dana asing yang dikenal pasti untuk projek-projek tertentu.
"Tiada apa salahnya kerajaan dan organisasi swasta menerima wang dari luar negara selagi undang-undang negara dipatuhi."
Tambahnya, agak malang apabila terdapat unsur-unsur tertentu mempersoalkan motif dan membuat kenyataan yang memburukkan pembiayaan asing.
"Pokoknya sama ada organisasi yang menerimanya mematuhi Akta Syarikat dan Akta Pertubuhan."
Lim mengulas mengenai media arus perdana yang mendakwa dana asing yang diterima oleh organisasi tertentu, termasuk BERSIH dan Suaram dengan tujuan untuk menggugat kestabilan kerajaan.
Menurutnya, tidak ada undang-undang yang menyekat dana asing dan menambah, "saya tidak fikir kita mahu melihat perundangan seumpama itu."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan