HALAMAN SANTAI

Khamis, 27 September 2012

PKR: Tiada bayaran untuk jet peribadi

Aidila Razak


 
Timbalan presiden PKR Azmin Ali hari ini menegaskan bahawa penggunaan jet peribadi oleh pemimpin PKR, termasuk Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim hujung minggu lalu tidak melibatkan apa-apa bayaran.
Bercakap kepada pemberita di bangunan Parlimen hari ini, beliau berkata, naib presidennya Tian Chua sepatutnya membuat semakan terlebih dahulu sama kenyataan yang dibuatnya itu tepat.

NONEKatanya, pemberita sepatutnya mengikut penjelasan Anwar bahawa jet tersebut dipinjamkan oleh seorang rakan ketua pembangkang itu.

“(Tian) perlu semak sebelum buat kenyataan. (Pemberita) sepatutnya dengar (penjelasan) Anwar (yang menyatakan jet tersebut dipinjamkan seorang rakan)," katanya.

Tambahnya, butiran mengenai pemilikan jet tersebut boleh didapati dengan Jabatan Penerbangan Awam untuk semakan awam dan PKR tidak perlu mendedahkannya.

"Kenapa anda tidak tanya mengapa (isteri perdana menteri, Datin Seri) Rosmah (Mansor) membuat perjalanan menggunakan pembiayaan kerajaan atau siapa yang membayar untuk penerbangan helikopter mingguan (Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri) Hishammuddin dari Kuala Lumpur ke Johor?," soalnya.

Bagaimanapun, Chua ketika diminta memberi penjelasan mempertahankan bahawa kenyataannya tidak bercanggah dengan kenyataan Anwar.

"Faktanya adalah jet tersebut disewa, tetapi kita tidak bayar sesen pun untuk (sewa)," katanya.

Katanya lagi, sekiranya PKR ingin menyembunyikan apa-apa, mereka tidak akan memuatkan gambar jet tersebut untuk tatapan umum.

Tiada ulasan: