KEADILAN DAILY
KUALA LUMPUR : Pakatan mahu negeri pengeluar minyak dan gas di negara ini menubuhkan syarikat minyak masing-masing dan menyertai pembangunan lapangan kecil.Penubuhan syarikat yang dikenali sebagai PetroSabah, PetroSarawak dan Petro Terengganu, dapat memulangkan hasil negeri kepada rakyat masing-masing.
Mereka digalak menyertai pembangunan lapangan kecil (marginal field) daripada dibolot syarikat kroni Umno BN yang tidak menguntungkan rakyat.
Memetik Laporan Belanjawan Pakatan 21013, Pakatan percaya terhadap kemampuan negeri pengeluar minyak untuk menubuh syarikat sendiri berdasarkan sumber yang mereka dimiliki.
Syarikat itu akan dinaungi Petronas yang akan menyediakan skim khusus supaya syarikat berkenaan dapat bersaing di peringkat antarabangsa dalam tempoh 10 tahun.
Pakatan juga mengulangi ikrar meningkatkan royalti petroleum untuk negeri pengeluar minyak kepada 20 peratus berbanding lima peratus yang menjadi amalan Umno BN.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kadar 20 peratus itu bersamaan RM12.5 bilion dan mampu menjana ekonomi negeri pengeluar minyak iaitu Kelantan, Sabah, Sarawak dan Terengganu.
Pakatan, katanya akan memperketat prosedur pengaliran wang hasil royalti itu bagi memastikan setiap sen dimanfaat untuk kepentingan rakyat.
Beliau berkata, ia berbeza dengan dasar Umno BN kerana lima peratus hasil royalti hanya dimanfaat segelintir kecil kroni yang rapat dengan pemerintah.
Buktinya, kata Anwar, empat negeri itu pengeluar minyak adalah antara negeri termiskin di Malaysia sejak sekian lama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan