HALAMAN SANTAI

Khamis, 27 September 2012

Anggota RCI Sabah tak perlu bimbang, kata Nazri

 
Hazlan Zakaria


 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz berkata tugas anggota suruhanjaya siasatan diraja dalam isu pendatang asing Sabah tidak terjejas walau mengangkat sumpah kerahsiaan mengikut Akta Rahsia Rasmi.

"Mereka adalah pesuruhjaya yang akan menyiasat dan mengumpul bukti, bukan menjadi saksi," katanya ketika menjawab satu soalan dalam persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Tambahnya, undang-undang berhubung siasatan diraja itu memberi "keistimewaan mutlak" yang melindungi mereka daripada apa-apa tindakan atau dakwaan fitnah ke atas pesuruhjaya atau saksi yang memberi keterangan.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan yang dikemukakan Hiew King Cheu (DAP-Kota Kinabalu) yang menyatakan kebimbangan bahawa bekas penjawat awam berkenaan akan dihalang daripada menjalankan tugas mereka sebagai pesuruhjaya.

"Ia bermakna mereka tidak boleh bersuara," kata Hiew.

Tiada ulasan: