"Ia bawah Seksyen 111 Kanun Acara Jenayah dan jika kami boleh ditangkap jika tidak tunjuk muka.
"Polis sekarang sudah terlibat sama," kata Cynthia ketika dihubungi Malaysiakini.
Gabriel semalam, melalui Twitter, memberitahu, tiga pegawai ROS datang dengan tiga kereta untuk mengarahkannya hadir ke siasatan pada Isnin, 1 Oktober depan.
"Adakah mereka tiada kerja lain," tweet Gabriel semalam.
Seksyen 111 memberi kuasa kepada polis memaksa saksi tampil memberikan keterangan. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan waran tangkap dikeluarkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan