THE MALAYSIAN INSIDER
KUALA LUMPUR — Datuk Seri Anwar Ibrahim
dikatakan melakukan kesalahan apabila menaiki jet peribadi milik rakyat
Amerika Syarikat (AS) yang menjadi satu kesalahan dalam perjalanan ke
Labuan sempena sambutan Hari Malaysia baru-baru ini.
“Adalah salah untuk menaiki jet yang didaftarkan milik rakyat AS di Malaysia.
“Hanya pemilik jet berkenaan yang boleh menggunakan jet tersebut
disini,” lapor akhbar NST yang memetik dari sumber dari pihak berkuasa
penerbangan negara.
Baru-baru ini, blog-blog pro Umno mendedahkan Anwar bersama pemimpin
DAP dan PAS menaiki jet peribadi mewah untuk ke Labuan, Sabah sempena
sambutan Hari Malaysia pada 16 September lalu.
Gambar-gambar di dalam jet tersebut mereka perolehi dengan mudah melalui laman Twitter naib presiden PKR, Tian Chua.
Semalam media melaporkan syarikat tempatan Tjets Sdn Bhd telah
mengaturkan urusan penyewaan jet peribadi untuk digunakan oleh pemimpin
pembangkang bagi menyambut Hari Malaysia di Labuan.
“Kemungkinan besar rakyat AS yang memiliki jet tersebut membenarkan Anwar untuk menggunakan jet tersebut,” lapor NST.
Sementara itu, timbalan presiden PKR, Mohamed Azmin Ali mengatakan
Tian Chua perlu menyemak fakta sebelum mengeluarkan kenyataan.
Naib presiden PKR itu dilaporkan berkata harga sewa jet peribadi
murah walaupun Anwar sebelum ini mengatakan jet tersebut oleh seorang
teman.
“Tian Chua harus kekal dengan maklumat tepat, yang dibuat oleh Anwar,” kata Azmin seperti dilapor NST.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan