| http://bilahrotan.blogspot.com/, |
Kata Dr. M, "Rakyat tak berpeluang memilih BN kembali, jika PR Berkuasa."
Demikianlah yang tersurat. Apakah yang tersirat? Dr. M mengugut rakyat memilih UMNO/BN lagi untuk PRU akan datang. Mengapa dia perlu mengugut? Sudah pasti dia melihat sokongan terhadap gabungan parti yang pernah dipimpinnya selama 22 tahun itu semakin berkurangan dari hari ke hari. Apakah sandarannya? Dia pernah berkata, "Najib mewarisi sebuah kerajaan yang lemah. Apa-apa saja yang dilakukannya tidak mencukupi untuk mengembalikan kekuatan. Dia akan senantiasa dikritik." Pernyataan ini bukan sahaja menghentam Pak Lah malahan juga mengherdik Najib. Sudah terang lagi bersuluh, dia sedang gelabah sekarang ini. Kegelabahan itulah yang menyebabkan dia meracau.

Betulkah rakyat tidak berpeluang lagi memilih BN kembali jika PR berkuasa ?
Kita perlu menyelami hakikat yang sedang berlaku pada masa ini. PR
menguasai Kedah, Pulau Pinang, Selangor, dan Kelantan. Pentadbiran
negeri-negeri ini menerima pujian demi pujian daripada Ketua Audit
Negara. Tidak ada sesiapa pun pemimpin dari negeri-negeri ini yang
dihukum kerana rasuah. Kesemuanya mampu membayar balik hutang kepada
Kerajaan Persekutuan. Kesemuanya mampu menambah hasil negeri. Kesemuanya
mampu menyalurkan kebajikan kepada rakyat tanpa mengira kaum, warna
kulit, dan agama. Kesemuanya berusaha keras menyalurkan kekayaan negeri
kepada rakyat. Perlu diingat bahawa kemampuan tersebut terhasil dalam
situasi kerajaan negeri dinafikan hak mereka menurut konsep federalisme.
Lojiknya PR akan berbuat lebih baik daripada itu jika menguasai
Putrajaya. Mengapa demikian? Wang negara akan menjadi lebih berganda
kerana rasuah berkurangan, ketirisan dapat diminimumkan, penyalahgunaan
kuasa disekat, hutang negara dikurangkan melalui perbelanjaan berhemah
dan jimat cermat, serta pembanterasan penggubahan wang haram. Inilah
"hantu" yang bergentayangan di negara kita ketika ini.
Pertambahan pendapat negara akan dipulangkan kepada rakyat melalui
pendidikan percuma, penghapusan tol, penurunan harga minyak serta
kereta, dan sebagainya. Apabila rakyat dilimpahi kebahagiaan, tidak
mungkin mereka berpaling kepada UMNO/BN lagi. Inilah yang menjadi mimpi
ngeri Dr. M dan UMNO/BN. Tunggulah saat mereka dikuburkan. Ketika itu,
UMNO/BN akan hilang segala-galanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan