Ketua penerangan Pemuda BN negeri, H'ng Khoon Leng mendakwa bahawa "Miss P dan Dato' JP" adalah kroni Lim, dan hubungan mereka bermula sejak sebelum pilihan raya umum ke-12 pada tahun 2008.
"Adakah dua individu ini menyediakan Lim dengan bantuan kewangan sebelum 8 Mac tahun itu? Beliau perlu menjawab soalan ini," kata H'ng dalam satu sidang akhbar hari ini.
"Kerana kita berani bertanyakan soalan tersebut, maka Lim pula mestilah berani menjawabnya," katanya.
H'ng merujuk kepada plot tanah di Taman Manggis di Jalan Zainal Abidin yang kini diperuntukkan untuk sebuah pusat perubatan.
H'ng mendakwa tanah tersebut telah diperuntukkan untuk perumahan awam tetapi kerajaan negeri mendakwa tidak ada pelan yang dikemukakan bagi tujuan tersebut oleh pentadbiran sebelumnya.
Apabila diberitahu bahawa penjualan tanah itu telah dibuat melalui tender terbuka, H'ng menjawab bahawa pihak berkuasa telah memanggil tender dua kali tetapi berikutan pengumuman pertama, perkataan 'jemput' telah digunakan.
"Ini menimbulkan syak terhadap proses tender tersebut. Itulah sebabnya mengapa kami menggesa Lim mendedahkan dokumen-dokumen yang berkaitan dengan urusniaga tanah tersebut," kata H'ng.
Lim dijemput lawat tanah terbabit
Dalam sidang akhbar yang sama, Oh (kiri) memperbetulkan Lim mengenai saiz tanah tersebu, yang didakwanya 4.9 ekar, dan bukannya 1.1 seperti yang disebut oleh ketua menteri itu.
Beliau mempelawa Lim untuk melawat kawasan itu pada hari Jumaat, jam 10 pagi, dan berkata Pemuda BN akan menunjukkan kepada ketua menteri rekod kerajaan sebelumnya mengenai cadangan perumahan di Taman Manggis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan