THE MALAYSIAN INSIDER
KUALA LUMPUR — Sambutan ambang merdeka sepatutnya
menyerlahkan kegembiraan dan kebanggaan negara terhadap begitu banyak
pencapaian cemerlangnya.
Sebaliknya, ia telah dicemari dengan tingkah laku biadab dan tidak sopan segelintir peserta perhimpunan 'Janji Demokrasi'.
Kumpulan itu telah mencemarkan kiraan detik ambang Merdeka dengan mengibarkan bendera baharu bagi menggantikan Jalur Gemilang, beraksi tidak sopan seperti melondeh seluar dan menunjukkan punggung kepada gambar perdana menteri dan memijak gambar pemimpin nombor satu negara itu.
Tindakan itu jelas menunjukkan rasa tidak hormat dan penghinaan terhadap negara dan pemimpinnya.
Ketua Pemuda Parti Progresif Penduduk (PPP) Harridz Mohan berkata kekecohan yang dicetuskan oleh beberapa peserta semasa perhimpunan 'Janji Demokrasi' di Dataran Merdeka, merupakan satu pengkhianatan kepada negara sendiri.
Beliau berkata bendera negara adalah lambang kepada setiap rakyat Malaysia untuk mewakili kecintaan kepada negara.
"Lagipun, bendera bukan hak milik sesiapa. Ia milik negara dan bukannya parti kerana kerajaan boleh bertukar tetapi bukannya sejarah dan kedaulatan sesebuah negara," katanya semasa ditemu bual Bernama. — Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan