HALAMAN SANTAI

Isnin, 3 September 2012

Karpal tentang hudud atas alasan peribadi, kata Aspan

Oleh Shuhaniza Said

Post Pic

SHAH ALAM: Blogger Aspan Alias hari ini mendakwa tentangan Pengerusi DAP, Karpal Singh terhadap hukum hudud hanya bersifat peribadi dan bukan mewakili suara parti.

Malah ahli DAP Melayu itu menyifatkan Karpal antara "sekerat dua" golongan bukan Islam yang menentang pelaksanaan hudud dengan merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan.

"DAP kata dia menghormati keputusan itu (laksana hudud), pasal dia tiada kena mengena.. Dia orang kafir. Bukankah pendirian DAP itu menghormati agama dan kepercayaan masing-masing. Karpal saja yang sibuk dengan pendirian peribadinya, dan dia bercakap atas isu perlembagaan negara.

"Perlembagaan itu siapa yang buat? Bukan Allah Taala yang buat. Takkanlah Perlembagaan Malaysia lebih tinggi daripada perlembagaan Tuhan. Dan DAP secara rasminya tidak menentang, dia menghormati dia kata," kata beliau ketika dihubungi.

Menurut Aspan, polemik mengenai hudud sengaja ditimbulkan untuk kepentingan politik masing-masing, namun tidak mengambil inisiatif untuk membuka minda bagi memahami hudud dalam erti kata sebenar.

Mengulas mengenai kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tentang pandangan bahawa pelaksanan hudud akan menjamin keamaan dan keselamatan negara, Aspan mengambil sikap terbuka.

"Apa yang beliau cakapkan itu memang betul, hudud itu hukum daripada Tuhan. Takkan Tuhan nak merosakkan orang pula. Yang mengendalikan hukum syariat Islam ini ialah manusia yang bersifat baharu. Ada kelemahannya sedikit.

"Tetapi secara relatifnya, hudud adalah hukum yang terbaik, sebab bukan mudah nak potong tangan. Hudud ini 'preventive law' (menghalang)..Ia nak mengelakkan orang buat kerja jahat. Jadi nak membuktikan seseorang itu buat salah contohnya, memerlukan saksi yang muktabar. 

"Nak dapatkan saksi yang muktabar itu, layakkah mereka ni nak jadi saksi? Kerana dia perlukan orang yang betul-betul sempurna. Orang yang zuhud, orang yang elok, orang yang tidak tinggal sembahyang. Jadi sebenarnya hukum hudud ini menyediakan manusia untuk menjadi manusia yang takut untuk melakukan kesalahan," kata beliau.

Aspan antara sebilangan kecil individu Melayu yang menyertai perjuangan DAP termasuk Zairil Khir Johari, Hata Wahari, Mohd Ariff Sabri atau lebih dikenali dengan nama gelaran 'Sakmongkol 47'.

Bekas Naib Presiden Tunku Aziz Tunku Ibrahim melepaskan jawatan awal tahun ini selepas tidak bersetuju dengan pendirian parti itu yang menyokong perhimpunan haram BERSIH 3.0 di ibu negara pada April.

Tiada ulasan: