HALAMAN SANTAI

Selasa, 4 September 2012

Khir Toyo: S'gor jemput Sultan setiap tahun di masa BN

Abdul Rahim Sabri


Bekas menteri besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo berkata, pentadbiran BN di negeri itu sebelum ini sentiasa menjemput Sultan Selangor untuk hadir ke majlis sambutan ambang merdeka.

Mohd Khir menjelaskan bahawa beliau sebelum ini menjemput Sultan Selangor secara lisan dan secara rasmi  untuk hadir ke majlis di Dataran Kemerdekaan Shah Alam itu dan juga untuk majlis bacaaan surah Yasin keesokan harinya.

"Semasa kerajaan BN, tiap-tiap tahun kita menjemput Tuanku. Terpulang kepada Tuanku untuk hadir ataupun tidak.

"Setiap kali berjumpa (dengan Tuanku sebelum majlis itu), saya juga menjemput secara lisan dan secara (surat) rasmi untuk sambutan ambang kemerdekaan dan bacaan Yassin," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab kenyataan setiausaha politik menteri besar, Faekah Husin bahawa kerajaan BN juga tidak pernah menjemput Sultan Selangor ke majlis tersebut.

Faekah dalam kenyataannya sebelum ini berkata, Tuanku tidak pernah dijemput untuk malam ambang kemerdekaan kerana baginda hanya akan hadir pada program rasmi pada sebelah pagi 31 Ogos iaitu majlis tahlil dan doa selamat di Masjid Negeri.

Faekah berkata, beliau mengesahkan perkara itu dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohamad Khusrin Munawi yang merupakan pengerusi Jawatankuasa Sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan ke-55.

Tiada ulasan: