HALAMAN SANTAI

Rabu, 5 September 2012

Kumpulan anti-Lynas akan mohon injunksi

Hazlan Zakaria


 
Kumpulan yang menentang operasi loji pemprosesan nadir bumi Lynas, Selamatkan Malaysia, Hentikan Lynas (SMSL) akan memfailkan injunksi di mahkamah untuk menghalang lesen operasi sementara (TOL) kepada loji di Gebeng, Kuantan itu daripada dikuatkuasakan.

Seorang jurucakap SMSL memberitahu Malaysiakini bahawa badan tersebut telah mengarahkan peguam mereka supaya memfailkan injunksi berkenaan.

Katanya, injuksi itu sekurang-kurangnya bagi membolehkan dua permohonan semakan kehakiman yang difailkan mereka sebelum ini diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuantan.

Permohonan semakan kehakiman pertama adalah ke atas penganugerahan TOL kepada loji Lynas oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) dan satu lagi ke atas keputusan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Maximus Ongkili yang menolak rayuan mereka.

TOL berkenaan, bagaimanapun dikeluarkan oleh AELB kepada syarikat perlombongan nadir bumi Australia itu.

Tiada ulasan: